Tuesday, April 29, 2014

ISMAIL HANIYEH

Lama tidak berkesempatan memasukkan apa-apa bahan ke dalam blog. Hari ni, sempat berkenalan secara sepintas lalu dengan seorang tokoh yang sangat hebat dilahirkan di bumi barakah, Palestin. Beliau tidak lain dan tidak bukan, Perdana Menteri Ismail Haniyeh.



Dilahirkan pada tahun 1962 di khemah pelarian Palestin di kawasan pantai Ghazzah (Gaza). Keluarganya merupakan pelarian yang berasal dari kampung al-Jurah dekat Asqalan. Kampung itu telah termasuk di dalam sempadan kawasan yang dikuasai Zionis sejak tahun 1948.

Ismail Haniyeh mengikuti pengajian di Gaza sehingga ke peringkat universiti dan memperolehi ijazah dalam bidang kesusasteraan Arab pada tahun 1987.

Beliau mempunyai 13 orang cahayamata.

Beliau ditangkap oleh rejim zionis sebanyak empat kali. Tempoh paling lama beliau meringkuk di dalam penjara adalah pada tahun 1989 yang berlanjutan selama tiga tahun. Selepas dibebaskan, beliau diusir ke Selatan Lubnan bersama 400 orang aktivis dari kalangan anak-anak Palestin, termasuk Mahmud az-Zahhar dan Abdul Aziz ar-Rantisi. Sekembalinya ke Gaza semula pada tahun 1993, beliau dilantik sebagai dekan di Universiti Islam Gaza.

Selepas keluar dari penjara zionis kali terakhir pada tahun 1997, beliau dipertanggungjawabkan untuk mengurus pejabat Sheiikh Ahmad Yasin. Kehadirannya telah dapat menguatkan lagi saf perjuangan HAMAS.

Beliau terlepas dari cubaan membunuh yang dilepaskan dari udara yang ditujukan ke arah Ahmad Yasin pada tahun 2003, menjadikan dia masih hidup sehingga ke hari ini.

Selepas Ahmad Yasin dibunuh, HAMAS telah memutuskan beliau menjadi salah seorang anggota kepimpinan bersama Mahmud az-Zahhar, Sa'eid Siam dan Abdul Aziz ar-Rantisi pada tahun 2004. (Ar-Rantisi juga telah ditembak sehingga syahid oleh rejim zionis)


Pada bulan Januari 2006 Ismail telah˙ memimpin barisan "Islah wa Taghyir" dan telah mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya parleman Palestin. Dengan kemenangan itu, HAMAS berjaya membentuk kerajaan di bawah pimpinan Ismail Haniyeh.