OLEH
MAZNAH BINTI DAUD
DAN
FADZIL BIN HJ AWANG
Pendahuluan
HAJI merupakan ibadah badaniyyah. Hampir semua amalan yang dituntut, sama ada rukun atau wajib haji memerlukan kekuatan dan ketahanan yang tinggi. Kekuatan dan ketahanan berkait rapat dengan faktor usia dan kesihatan.
Satu kajian yang dilakukan ke atas 808 jemaah yang dimasukkan ke Hospital Universiti Raja Abdul Aziz menunjukkan 79 peratus pesakit yang dimasukkan ke hospital terdiri dari mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan lebih satu pertiga lain berusia lebih 60 tahun.
Mereka menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti jangkitan virus, penyakit jantung serta trauma. Kajian menunjukkan hampir 85 peratus pesakit terbabit mencatatkan sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan serius manakala 13 peratus lain mengalami dua masalah seumpamanya. Menurut ketua penyelidik Fakulti Perubatan hospital, Dr Tariq A Madani, risiko kesukaran atau komplikasi serta kes kematian amat ketara di kalangan jemaah berusia, khususnya berumur lebih 80 tahun.
Jemaah haji Malaysia boleh dikatakan majoritinya terdiri daripada orang tua. Umpamanya yang telah mendaftar untuk menunaikan haji pada musim akan datang, sehingga Mac 2007 berjumlah 162 737 orang. 83559 orang atau 51.34% adalah terdiri daripada meraka yang berusia 50 tahun keatas. 55107 orang atau 33.86% terdiri daripada mereka yang berusia 40 – 49 tahun. Ini bererti hanya 14.79% sahaja bakal jamaah yang berusia di bawah 40 tahun.
Keadaan ini tidak jauh berbeza dengan tahun-tahun yang lalu. Musim haji 1426, seramai 34 995 orang telah terpilih untuk menunaikan haji. Daripada jumlah itu 23 770 orang atau 67.92% terdiri daripada mereka yang telah berusia antara 50 – 90 tahun.
Berdasarkan pengalaman serta pengamatan pihak pengurusan TH, jamaah yang telah berusia memang menghadapi pelbagai masalah yang perlu diberi perhatian khusus. Antaranya:
1. Mudah terlupa, nyayok dan murung.
2. Mudah diserang sakit akibat perubahan cuaca.
3. Kejutan perubahan tempat, persekitaran, penginapan, cuaca dan budaya.
4. Tahap ingatan yang lemah, khususnya mengenai ibadah dan manasik. Akibatnya mereka melakukan ibadah dalam keadaan kurang jelas, was-was, dan terikut-ikut. Mereka juga banyak bergantung serta mengharapkan ahli keluarga atau rakan-rakan dalam semua hal termasuk menguruskan diri di hotel dan ke masjid.
5. Tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menyempurnakan ibadat tawaf, saie dan lontar. Untuk itu mereka terpaksa mengeluarkan kos tambahan bagi mengupah pihak lain. Akibatnya ada yang di tipu oleh penduduk tempatan yang mengambil upah
Jelas kepada kita hikmah di sebalik pensyaratan wajib haji yang telah disepakati berlandaskan dalil-dalil yang sahih lagi soreh, iaitu istita’ah. Di dalam Mazhab Hanbali, kesihatan tercakup di dalam pengertian istita’ah dan dikira sebagai satu daripada syarat wajib haji. Maka tidak wajib haji ke atas orang sakit yang tidak berupaya mengerjakan haji dan orang tua yang tidak mampu menaiki kenderaan secara bersendirian atau tidak mampu menanggung kesulitan serta kepenatan dalam perjalanan.
Maksud Istita’ah
Berkuasa atau istita’ah merupakan satu daripada syarat-syarat wajib haji berdasarkan Ijma’ muslimin.
Ijma’ atau persepakatan ini berlandaskan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup (istita’ah) mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.”
Menurut Muhammad Rashid Ridha, istita’ah ialah kemampuan untuk sampai ke tanah suci. Ia berbeza mengikut keadaan diri seseorang serta jauh atau dekatnya dengan Baitillah.
At-Tirmizi meriwayatkan dari Ibn ‘Umar r.a. katanya: Telah datang seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w., “Ya, Rasulullah! Apakah perkara yang mewajibkan haji?” Baginda menjawab: “Bekalan dan kenderaan”.
Menurut Mazhab Shafi’iy, kesihatan tubuh badan juga merupakan satu daripada syarat istita’ah.
Kata Malik bin Anas: Apabila seseorang mempunyai bekalan dan dia mampu berjalan kaki ke Mekah, maka wajib ke atasnya haji. Jika dia tidak mempunyai bekalan tetapi dia boleh berusaha mendapatkan bekalan di dalam perjalanannya, maka wajib juga ke atasnya menunaikan haji.
Pendapat ini selari dengan pendapat yang dikemukakan oleh al-Dhahhak. Beliau berkata: Seorang pemuda yang sihat lagi kuat, sekiranya dia tidak mempunyai harta, wajib mengambil upah sehingga dia dapat menunaikan hajinya”. Muqatil bertanya: “Adakah Allah s.w.t. mentaklifkan manusia supaya berjalan kaki ke Baitillah?” Al-Dhahhak menjawab: “Sekiranya seseorang kamu mempunyai harta warisan di Mekah, adakah dia akan membiarkannya begitu sahaja? Tentu tidak. Sebaliknya dia pasti akan segera berangkat ke sana walaupun dengan cara merangkak.” Beliau memperkukuhkan pandangannya dengan membawa firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Dan serulah umat manusia untuk Haji, mereka akan datang ke rumah Tuhanmu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta, yang datangnya dari berbagai-bagai jalan dan ceruk rantau yang jauh”.
Di dalam ayat di atas, Allah s.w.t. menyebut (mereka akan datang ke rumah Tuhanmu dengan berjalan kaki). Mereka menambah: Haji merupakan ibadah badaniyyah yang termasuk dalam kategori fardhu ‘ain. Maka bekalan dan kenderaan tidak boleh menjadi syarat wajibnya sebagaimana solat dan siam (puasa)
Di sini kita dapati Imam Malik dan al-Dhahhak mentafsirkan istita’ah itu sebagai berkuasa untuk sampai walaupun tidak mempunyai bekalan di dalam tangan. Seseorang itu sudah dikira berkemampuan sekiranya dia dapat berusaha mendapatkannya semasa dalam perjalanan.
Sehubungan dengan itu, Imam al-Nawawi mengulas satu persoalan yang dikemukakan: “Jikalau tiada didapatinya barang yang dibelanjakan pada bekalan dan air, tetapi ada baginya pencarian yang memadakan dia dan dapat nafkahnya maka adakah lazim akan dia pergi haji kerana bergantung atas pencarian itu sahaja?”
Maka telah mehikayat oleh Imam al-Haramain daripada Ashab kita Ahli Iraq akan hukumnya iaitu: jika adalah musafirnya itu panjang atau pendek dan tiada pencariannya di dalam tiap-tiap hari itu melainkan memadai harinya jua nescaya tiada lazim akan dia pergi haji kerana putus ia daripada pencarian pada hari-hari haji. Dan jika adalah musafirnya itu pendek atau panjang dan pencariannya itu yang dapat kerja daripada sehari boleh dibelanjakan beberapa hari nescaya lazim akan dia pergi haji”.
Mengulas soalan mengenai pergi haji dengan meminta sedekah, Imam al-Nawawi berkata: Telah berkata Sahib al-Muhazzab: dan jika tiada bekalan dan kenderaan bagi seseorang pada hal ia kuasa berjalan pukul kaki dan ada baginya kepandaian kerja yang jadi pencariannya yang memadai nafkahnya nescaya sunat baginya pergi haji kerana kuasa ia atas menggugurkan fardhu dengan berpayah-payah yang tiada benci menanggungnya, maka sunat baginya menggugurkan fardhu itu sama jua dengan hukum orang yang musafir apabila upaya ia puasa di dalam musafirnya maka puasa itu lebih awla. Adapun apabila tidak ada bagi seseorang kuasa berjalan itu bekalan dan tunggangan dan tiada pula ia pandai mencari nafkah kerana tiada ketukangan dalam tangannya bahkan dengan menadahkan tangan pada orang-orang sahaja, nescaya makruh baginya pergi haji dengan minta sedekah itu kerana menadahkan tangan serata orang itu makruh dan pula kerana pada minta sedekah itu tanggungan yang berat sangat maka dimakruhkan dia.
Kupasan-kupasan yang dibentangkan di atas menunjukkan para ulamak bukan sahaja melihat pengertian istita’ah itu pada realiti yang telah sedia wujud, malah mereka juga melihat dan membahaskan istita’ah yang ada kemungkinan boleh diusahakan. Menurut pendapat Imam Malik bin Anas, sekiranya seseorang itu boleh mendapat bekalan untuk menunaikan haji dengan cara meminta-minta, maka wajib ke atasnya menunaikan haji.
Haji dengan cara berhutang
Haji diwajibkan ke atas umat Islam yang berkemampuan serta cukup syarat-syaratnya. Maka tidak wajib haji selagi belum ada kemampuan. Dengan ini, ulamak berkata orang yang belum ada kemampuan tidak perlu berhutang. Kalau berhutang juga sedang dia tidak ada cagaran untuk membayarnya maka dia berdosa kerana menyusahkan dirinya dengan perkara yang belum diwajibkan. Begitu juga sekiranya seseorang menawarkan perbelanjaan untuk mengerjakan haji, dia tidak wajib menerimanya kerana takut menanggung budi walaupun tidak salah.
Kini timbul persoalan mengenai menunaikan haji secara kredit, iaitu bank atau institusi kewangan menawarkan model pembayaran haji secara hutang. Proses pembayaran balik hutang tersebut berlangsung sampai jamaah haji pulang dari tanah suci, ertinya haji dilangsungkan dengan cara berhutang. Cadangan ini dtimbulkan atas semangat untuk memudahkan umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke lima.
Menurut laman web Nahdlatul Ulama, “haji kredit” ini belum dibincang di Indonesia meski banyak juga yang telah berhaji dengan model hutang ini.
Bagi menjelaskan persoalan ini, penulis memetik beberapa fatwa yang telah dikemukakan oleh beberapa orang ulamak yang muktabar.
1. Syaikh Atiyyah Saqar ditanya mengenai seorang lelaki yang tidak mempunyai harta yang mencukupi untuk menunaikan haji, adakah harus baginya berhutang untuk menunaikannya? Beliau menerangkan bahawa tidak wajib ke atas lelaki itu berhutang untuk menunaikan haji. Namun sekiranya dia yakin dapat membayar hutang tersebut tanpa memberi kesan yang menyulitkan diri dan keluarganya maka harus baginya berhutang.
Pandangan beliau disandarkan kepada Hadis Al-Baihaqi daripada Abdullah bin Abi Aufa katanya: “Saya bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai seorang lelaki yang belum menunaikan haji, adakah dia perlu berhutang?” Baginda menjawab: “La!”.
Larangan didalam Hadis di atas boleh diandaikan larangan lil-tahrim yang membawa maksud haram atau lil-karahah yang membawa maksud makruh.
2. Syaikh Muhammad bin Saleh al-’Uthaimin mengemukakan pandangan dengan berkata: ”Manurut pendapat saya perkara itu (menunaikan haji dengan cara berhutang) tidak usah dilakukan kerana seseorang itu tidak diwajibkan ke atasnya menunaikan haji sekiranya dia menanggung hutang. Maka bagaimana pula dia hendak berhutang untuk menunaikan haji? Maka saya tidak nampak dia patut berhutang untuk menunaikan haji kerana pada ketika itu haji tidak wajib ke atasnya. Dia tidak patut membebankan dirinya dengan hutang yang dia tidak tahu kemungkinan dia tidak dapat melunaskannya. Boleh jadi dia mati sebelum dia membayarnya. Maka hutang tersebut terus terpikul di atas tanggungannya”
3. Syaikh Saleh bin Fauzan, anggota Lujnah Daimah lil-Ifta’ ketika diajukan soalan tentang hukum menunaikan haji dengan cara berhutang, telah menjawab: ”Allah s.w.t. berfirman maksudnya: “Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup (istita’ah) mengadakan perjalanan ke Baitullah...”
Sabil di dalam ayat ini bermaksud bekalan dan kenderaan, iaitu orang yang mempunyai perbelanjaan yang mencukupi untuk menunaikan haji dan mempunyai nafkah yang mencukupi untuk anak-anak serta orang yang di bawah tanggungannya sehingga dia pulang. Orang yang tidak mempunyai keupayaan dari segi harta, tidak wajib ke atasnya menunaikan haji. Dia tidak usah berhutang untuk itu kerana Allah tidak mewajibkannya sedikitpun. Jika dia berhutang bererti dia membebankan dirinya dengan hutang dan memberatkan dirinya melakukan sesuatu yang tidak diwajibkan ke atasnya. Allah s.w.t. telah berfirman maksudnya: ”Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan Dia tidak menghenkadi kesusahan ke atas kamu...”
Maka Syara’ tidak menuntut seseorang insan itu berhutang untuk menunaikan haji. Tetapi sekiranya dia telah melakukannya, iaitu berhutang dan pergi menunaikan haji, maka hajinya sah dan wajib ke atasnya membayar hutangnya”
Pandang yang serupa juga dikemukakan oleh Dr. Hasan Ahmad al-Kabir, Dekan Kulliyyah Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar, Zaqaziq, Mesir.
4. Persoalan mengenai harus atau tidak mengerjakan haji dengan cara berhutang pernah juga dikemukakan oleh pembaca laman web “islamonline.net” dan telah dijawab oleh Dr. `Ali Jum`ah, Mufti Negara Mesir pada 18/Sep/2006.
Soalan:
“Dear scholars, As-Salamu`alaykum. Firstly, what is the ruling on performing Hajj or `Umrah by installments?...”
Al Fadhil para ulamak, Assalamu’alykum. Yang pertama apakah hukum mengerjakan haji atau umrah secara instalmen (ansuran)
Jawapan:
Responding to your question, Dr. `Ali Jum`ah, Mufti of Egypt, states the following:
It is lawful for one to perform Hajj or `Umrah by installments; for this does not violate any ritual or condition concerning Hajj or `Umrah.
Hukumnya harus bagi seseorag untuk mengerjakan haji atau umrah secara ansuran; kerana ianya tidak melanggar rukun dan syarat haji dan umrah.
From a far comprehensive perspective on that issue, Dr. Ahmad At-Tayyeb, Rector of Al-Azhar University, adds:
Daripada perspektif yang lebih menyeluruh dalam isu ini, Dr.Ahmad At-Tayyeb, Rektor Universiti Al-Azhar menambah:
Generally speaking, there is no lawful preventive as to paying for something in installments, so long as this is done without paying interests. Hence, there is nothing wrong if a certain financial association has paid the expenses of Hajj on behalf of its members as a loan without interests on the condition that the members will pay it back in installments.
Secara umum, tidak ada halangan dari sudut hukum membayar secara ansuran sesuatu perkara selagi mana tidak melibatkan riba. Dengan yang demikian tiada dosa sekiranya sesebuah institusi kewangan membayar perbelanjaan haji bagi seseorang sebagai pinjaman dengan syarat pembayaran balik secara ansuran tidak melibatkan riba (faedah)
Moreover, the eminent Muslim scholar, Dr. `Abdel-Fattah Idrees, Professor of Comparative Jurisprudence at Al-Azhar Univ., states:
Performing Hajj by installments, or, in other words, through (a financial association) [that makes it easy for people to perform that religious obligation] is lawful, for there is no religious evidence against performing Hajj in that way. Besides, the pilgrim in that case will pay the money borrowed back. This view is in accordance with the juristic schools, i.e., Shafi`i and Zhahiri schools, that say that any lawful means that enables one to perform Hajj is considered in that regard, even if it is through borrowing money. Hence, performing Hajj by installments is lawful and is as rewarded as the Hajj wholly paid for.
Tambahan kepada itu, seorang ulamak terkenal, Dr.’Abdel Fattah Idrees, Professor Syariah Perbandingan di Universiti Al-Azhar menyatakan:
Melaksanakan Haji melalui ansuran,atau dalam lain perkataan melalui institusi kewangan yang memudahkan orang ramai melakukan sesuatu fardhu adalah dibolehkan, kerana tiada dalil yang melarang disempurnakan haji cara begini. Selain itu, orang yang mengerjakan haji akan membayar pinjamannya balik. Pandangan ini selari dengan pandangan mazhab-mazhab seperti Syafie dan Zahiriy, yang mengatakan bahawa apa-apa cara yang halal yang membolehkan seseorang mengerjakan haji dianggap harus walaupun dengan berhutang. Maka mengerjakan haji secara ansuran dibolehkan dan dianggap sebagai haji yang perbelanjaannya ditanggung sepenuhnya oleh orang berkenaan.
5. Persoalan ini juga telah disentuh oleh tokoh ekonomi Islam Malaysia, Dr. Mohd. Daud Bakar, Presiden dan Ketua Eksekutif International Institute of Islamic Finance Inc. (IIIF) di dalam kertas kerjanya bertajuk “Pembiayaan Peribadi Mangikut Perspektif Syariah” pada program Muzakarah Kebangsaan Penasihat Syariah Kewangan Islam Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada 25 November 2006.
Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, walaupun terdapat pandangan sesetengah pihak pembiayaan untuk tujuan ibadah tidak dibenarkan, beliau berpendapat ia tidak lagi releven dengan keadaan semasa.
Beliau memberikan tiga faktor bagi menyokong pendapatnya itu iaitu pertama, pola pekerjaan pada zaman sekarang berbanding dahulu adalah lebih terjamin berdasarkan kontrak perkhidmatan bagi seseorang pekerja untuk satu tempoh dengan skim imbuhan yang telah dipersetujui.
Kedua, pembiayaan ini memudahkan seseorang itu pergi menunaikan haji semasa muda, sekaligus memberikan kualiti kepada hajinya berbanding pada usia lanjut dan kesihatan badan yang tidak baik.
Ketiga, ia memudahkan seseorang menunaikan haji bersama ahli keluarga kerana segala kos serta perbelanjaan yang tinggi boleh dibiayai melalui skim ini.
Kesimpulan
Dari apa yang telah dibentangkan, kesimpulan yang dapat dibuat ialah:
1. Walaupun kewajipan menunaikan haji tidak wajib disegerakan, ulamak berpendapat sunat disegerakan sekiranya ada peluang untuk menyegerakannya.
2. Tidak ada nas Al-Qur’an dan Hadits yang terang jelas melarang seseorang menunaikan haji dengan cara berhutang untuk tujuan memudahkannya, dan mungkin memudahkan keluarganya.
3. Oleh kerana tiada larangan, maka hukumnya adalah harus dengan syarat;
a. tidak ada unsur riba,
b. mempunyai pendapatan yang melebihi sara diri serta orang-orang yang di bawah tanggungan untuk melunaskan hutang atau perbelanjaan mengerjakan haji,
c. kemudahan yang diambil hendaklah benar-benar atas dasar menyegerakan perlaksanaan perintah Allah, bukan sekadar memenuhi keinginan untuk berkunjung dan berekreasi bersama keluarga ke tanah suci
4. Kebimbangan tidak dapat membayar balik pinjaman tidak timbul kerana berdasarkan amalan institusi kewangan, pinjaman yang diluluskan telah merangkumi insuran/takaful ke atas pinjaman tersebut. Sekiranya berlaku kematian atau kecatatan kekal ke atas orang yang meminjam, maka pinjamannya akan dilunaskan oleh pihak insuran/takaful.
5. Sekiranya kemudahan ini tidak dibenarkan maka masalah ramai jemaah haji dari kalangan warga tua tidak dapat diatasi. Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh para penyelidik Fakulti Perubatan Universiti Raja Abdul Aziz, ramai di kalangan jemaah warga tua berdepan masalah kesihatan disebabkan hanya mampu menjejakkan kaki ke tanah suci selepas membuat simpanan bertahun-tahun lamanya Sehubungan dengan ini, penulis membuat tinjauan rambang terhadap beberapa orang kenalan lelaki dan perempuan berusia antara 23 – 47 yang masih belum menunaikan haji. 91.3% menjawab sebab utama mereka belum menunaikan haji adalah kerana masalah kewangan. Selebihnya adalah kerana masalah keluarga dan kesibukan kerja, masing-masing 4.35%.
Penutup
Ulamak sependapat mengatakan bahawa haji tidak wajib kecuali ke atas mereka yang mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi untuk diri serta orang-orang yang berada di bawah tanggungan mereka. Kerana itu, mereka yang tidak mempunyai kemampuan adalah tidak wajib dan tidak perlu bersusah payah berhutang semata-mata untuk menunaikan haji. Walau bagaimanapun sekiranya mereka berhutang dalam keadaan yakin dapat melunaskan kembali hutang tersebut, harus dan sah hajinya. Allahu A’lam.
Nota Hujung:
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Dunia/20061218232614/Article/pp_index_html
al-Mughni, jid 3, m.s. 219
Bahr al-Mazi, jzk 6, m.s.15, percetakan Nahdi
Ali- Imran : 97
Tafsir al-Manar, jld 4, m.s.10, Dar al-Ma’rifah, Beirut, cetakan ke 2.
Bahr al-Mazi, jzk 6, m.s.15, percetakan Nahdi
al-Qurtubiy, m.s.148
Surah al-Hajj:27
al-Qurtubiy, m.s.148
Bahr al-Mazi, jzk 6, m.s.16, percetakan Nahdi
ibid,m.s.19
al-Qurtubiy, m.s.148
http://www.nu.or.id/v2/detail.asp?what=syariah&id=7&lang=id
Al-Fatawa min Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam, Syaikh Atiyyah Saqar, jzk 2, m.s.126
Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, m.s.331
Aali-‘Imran : 97
Al-Baqarah : 185
Al-Muntaqa min Fatawa FAdhilah Syaikh Saleh bin Fauzan, m.s.452
Fatawa Mu’asarah, Dr. Hasan Ahmad al-Kabir, jzk 1, m.s.385
islamonline.net
Mingguan Malaysia/Dalam Negeri, 26.11.2006, m.s.14
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Dunia/20061218232614/Article/pp_index_html
TAWARAN PERKHIDMATAN PINJAMAN, MOHON SEKARANG DAN DAPATKAN KELULUSAN TANPA STRESS ATAU BERTANGGUH.
ReplyDeleteHello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan.Kami menawarkan
pinjaman pada kadar faedah 2%, Hubungi kami melalui Whatsapp +918794792073
mghfbibdgf@gmail.com
BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
*******************************
1) Nama Penuh:
2) Jantina:
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
4) Tempoh Pinjaman:
5) Negara:
6) Alamat Rumah:
7) Nombor Mudah Alih:
8) Nombor Faks:
9) Pekerjaan:
10) Pendapatan Bulanan:
11) Tarikh Gaji:
12) Tujuan pinjaman:
13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
mghfbibdgf@gmail.com
QUICK EASY EMERGENCY URGENT LOANS LOAN OFFER EVERYONE APPLY NOW +918929509036 financialserviceoffer876@gmail.com Dr. James Eric
ReplyDelete