And whatever good you do, (be sure) Allâh knows it. And take a provision (with you) for the journey, but the best provision is At-Taqwa (piety, righteousness). So fear Me, O men of understanding! (Al-Baqarah 2:197)
Wednesday, April 08, 2009
Doa Ketika Sujud
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ".
Maksudnya: “Seseorang hamba paling hampir dengan Tuhannya ialah ketika ia sujud. Maka hendaklah kamu membanyakkan doa ketika sujud”.
Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasa’iy, Ahmad, Ibn Hibban dan al-Baihaqiy.
Di dalam kitab Syarah Sahih Muslim, Imam al-Nawawi berkata: maksud Hadis ini ialah:
Paling hampir dengan Tuhan bererti paling hampir dengan rahmat dan kurniaNya
Galakan supaya membanyakkan doa ketika sujud
Dalil yang menguatkan pendapat mereka yang berkata sujud adalah yang paling afdhal berbanding rukun-rukun solat yang lain.
No comments:
Post a Comment