Sunday, July 22, 2012

3 PERKARA


Alhamdulillah hari ini masuk hari ke 3 bulan penuh barakah. Pastinya ramai yang berlumba-lumba untuk mencapai seberapa banyak pahala buat bekalan kembali ke alam baqa. Tahniah dan teruskan usaha.

Bagi mereka yang berhajat kepada pahala, di sana terdapat tiga perkara yang dijanjikan pahala yang tidak berbatas banyaknya. Jangan lepaskan peluang untuk merebutnya!

Pertama: SABAR

Firman Allah:
إِنَّمَا يُوَفَّى ٱلصَّـٰبِرُونَ أَجۡرَهُم بِغَيۡرِ حِسَابٍ۬
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Az-Zumar:10)

Kedua: MEMBERI KEMAAFAN

Firman Allah:
وَجَزَٲٓؤُاْ سَيِّئَةٍ۬ سَيِّئَةٌ۬ مِّثۡلُهَا‌ۖ فَمَنۡ عَفَا وَأَصۡلَحَ فَأَجۡرُهُ ۥ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلظَّـٰلِمِينَ
Maksudnya: “Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.” (Asy-Syura:40)

Ketiga: PUASA

Nabi s.a.w. bersada di dalam sepotong Hadis Qudsi:
كل عمل ابن آدم له إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به
Maksudnya: “Semua amalan anak Adam itu untuk dirinya kecuali PUASA. Sesungguhnya puasa itu untukKU dan AKU akan memberikan ganjarannya.” (iaitu tanpa hisab) Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Tiga perkara: SABAR, KEMAAFAN dan PUASA untuk kita ganjaran yang tidak terkira.
Hari ini kita berpuasa tetapi;
adakah kita sabar menghadapi macam-macam karenah manusia keliling kelalang kita? Karenah anak-anak yang kadang-kadang menyebakkan dada? Karenah pengguna jalan raya yang sering menyakitkan jiwa? Karenah kawan-kawan yang suka menyakat dan menghina?
adakah kita telah memaafkan mereka yang telah menyakiti kita? Adakah kita telah memaafkan suami yang tidak menunaikan hak kita? Memaafkan isteri yang kurang layanannya kepada kita? Memaafkan pekerja yang kurang memuaskan hati kita?

Sekadar muhasabah buat diriku yang lemah dan selalu kalah.

"اللهم رحمتك أرجو فلا تكلني إلى نفسي طرفة عين، وأصلح لي شأني كله، لا إله إلا أنت"
“Ya Allah, hanya rahmatMu aku mengharap, maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata. Perbaikilah urusanku kesemuanya. Tiada Tuhan melainkan Engkau.” (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)

3 comments:

  1. Bismillah.
    Assalamu'alaikum wbt

    Ustazah Maznah, afwan, saya ada satu soalan tapi tak tahu bagaimana untuk contact ustazah.

    Ustazah, bolehkah kita memegang mushaf Qur'an dan terjemahannya ketika mengikuti imam solat terawikh. Niatnya untuk memahami bacaan imam kerana tidak faham bahasa Arab. Terjemahan yang dibaca ialah ayat yang sedang imam bacalah, bukannya ayat lain.

    Terima kasih ustazah.

    wassalam wbt

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumus-salam wr.wb.

    sebagai jawapan, saya petik tulisan imam an-Nawawi di dlm "al-Majmuk": kalau seseorang melihat kpd tulisan selain al-quran (termasuk makna) di dalam solat dan membacanya di dalam hati, tidak batal solat sekalipun lama (dia berbuat begitu), tetapi makruh.

    jika ada kemusykilan nak tanya, insyaAllah boleh hantar mesej di FB

    ReplyDelete
  3. ok insyaAllah. jzkk ustazah maznah. :)

    Saya doakan Ramadhan ustazah pernuh berkah. :)

    ReplyDelete