Sedia maklum, solat adalah rukun Islam yang pertama
selepas syahadah. Solat juga dikatakan sebagai tiang agama dan amalan yang
pertama akan dihisab pada hari akhirat nanti. Oleh kerana solat begitu penting,
Allah Ta’ala menjemput RasulNya mengadap sendiri untuk disampaikan perintah
mengenai solat pada malam Isra’ dan Mi’raj. Tidak dikirim wahyu melalui Jibril,
meskipun terbukti Jibril adalah pembawa wahyu yang setia lagi amanah.
Setiap hari umat Islam diwajibkan mendirikan solat
sebanyak lima (5) kali dengan jumlah raka’atnya adalah 17.
Apakah ada rahsia yang terkandung di sebalik
bilangan-bilangan itu?
Di dalam Islam, angka 7 merupakan angka yang sangat
significant.
Allah jadikan langit 7 lapis, al-Fatihah 7 ayat, tawaf 7
keliling, sujud di atas 7 anggota, dalam seminggu ada 7 hari dan lain-lain.
Berbalik kepada solat, 17 rakaat 5 kali sehari. Angka ini jika digabungkan,
menjadi 175.
175 bersamaan 7 x 5 x 5
Jadi bilangan solat dalam sehari bilangan raka’atnya
mempunyai kaitan dengan angka 7.
Pembahagian raka’at bagi setiap solat adalah (dimulai
dari Subuh):
Subuh – 2
Zohor – 4
Asar – 4
Maghrib – 3
Isya’ – 4
43442. Bilangan ini juga mempunyai kaitan dengan 7, iaitu
43442 = 7 x 6206
Jika dimulai dari Asar:
Asar – 4
Maghrib – 3
Isya’ – 4
Subuh – 2
Zohor – 4
42434 juga mempunyai kaitan dengan 7, iaitu 42434 = 7 x 7
x 866
Mengapa Subuh dan Asar?
Di dalam surah al-Baqarah ayat 238, Allah memerintahkan agar memelihara
solat, terutamanya solat wusto. Ulamak berbeza pendapat dari segi solat wusto,
ada yang berpendapat ia adalah solat Subuh dan ada yang berpendapat ia solat Asar.
Yang menakjubkan juga, kita perhatikan al-Quran
mengandungi 114 surah. Jika dihimpunkan dengan bilangan rakaa’at solat (17), ia
mempunyai kaitan dengan angka 7.
11417 = 7 x 7 x 233
114 surah al-Quran diturunkan dalam masa 23 tahun. Bilangan
inipun berkaitan dengan 7
23114 = 7 x 3302
Bilangan tahun turunnya al-Quran dengan bilangan raka’at
solat juga berkaitan dengan 7
2317 = 7 x 331
Perintah mendirikan solat dengan lafaz mufrad (singular)
iaitu (أَقِمِ ٱلصَّلاَةَ) diulang
di dalam al-Quran sebanyak 5 kali:
Hud :114
Al-Isra’
: 78
ToHa
: 14
Al-‘Ankabut
: 45
Luqman
: 17
Kali
terakhir disebut adalah di dalam surah Luqman ayat ke 17.
يٰبُنَيَّ أَقِمِ ٱلصَّلاَةَ وَأْمُرْ
بِٱلْمَعْرُوفِ وَٱنْهَ عَنِ ٱلْمُنْكَرِ وَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَ
إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ ٱلأُمُورِ
Ayat itu pula
mengandungi 17 perkataan. Dan huruf yang digunakan adalah 17 huruf tanpa
mengira yang berulang. Jika dihitung semua huruf, termasuk yang berulang adalah
sebanyak 68 huruf.
Bilangan
perkataan 17. Bilangan huruf 68. Jika dijumlahkan keduanya:
17
+ 68 = 85
Anehnya
85 adalah persamaan dengan 5 x 17, iaitu
bilangan solat 5 kali dan bilangan raka’at 17.
Bolehkah
kita katakan bahawa semua angka dan bilangan itu berlaku secara kebetulan? Atau
kita bertambah yakin bahawa Agama ini milik Allah Yang Maha Besar. Dia Yang
Menurunkan dan Dia Yang Menyusun sebegitu rapi, kemas dan teliti?
Sumber:
Harap anda jangan memandai-2... tiada ayat Qur'an dan hadis menerangkan tentang rakaat solat...
ReplyDelete