Friday, September 06, 2013

Bahayakah Syi'ah? - sambungan


Kedua: Bahaya pengembangan syi’ah di dunia Islam. tidak syak lagi bahawa pengembangan syi’ah bergerak dengan langkah yang perlahan dan berterusan. Mulanya tidak melangkahi tempat-tempat tradisinya syi’ah tersebar seperti Iran, Iraq dan Lubnan. Sekarang, secara kekuatan telah menjalar ke Bahrain, Emirit, Suria, Jordan, Saudi, Mesir, Afghanistan, Pakistan dan lain-lain Negara Islam. Lebih bahaya daripada itu ramai di kalangan mereka menganut fahaman syi’ah dalam keadaan mereka tidak menyangka bahawa diri mereka telah jadi syi’ah. Kami telah menerima beberapa artikel yang agak banyak juga dihantarkan kepada kami oleh beberapa orang penulis yang mendakwa dirinya sunni, tetapi sarat dengan fikrah serta manhaj syi’ah. Bukan satu rahsia lagi terdapat serangan dan celaan secara terang-terangan terhadap sahabat di dada-dada akhbar dan saluran TV di Negara sunni. Akhir-akhir ini, yang paling masyhur dan menonjol ialah serangan yang ditujukan kepada Sayyidatuna Aisyah r.a. melalui salah satu akhbar di Mesir dan serangan yang dihalakan kepada al-Bukhari rahimahullah. Begitu juga terdapat rancangan TV yang diterbitkan oleh seorang wartawan terkenal, di mana dalam setiap siri terdapat celaan terhadap para sahabat r.a.

Perkara yang tambah menyulitkan, dan tidak mungkin didiamkan ialah berlaku gabungan antara manhaj syi’ah dengan manhaj sufi dengan alasan kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi cintakan Ahli Bait. Sebagaimana kita ketahui, mazhab-mazhab sufi bertebaran di kebanyakan Negara-negara Islam. mazhab-mazhab sufi ini pula  diselaputi dengan banyak perkara-perkara bid’ah dan mungkar. Dan terdapat persamaan dengan syi’ah dalam setengah perkara seperti puja kubur Ahli Bait. Dengan itu penyebaran syi’ah adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan dalam suasana meluasnya kumpulan-kumpulan sufi di Negara-negara Islam.

Ketiga: Kedudukan Iraq sekarang amat bahaya. Pembunuhan muslimin sunni dengan sebab kecenderungan mereka kepada sunnah berlaku berulang-ulang dan menjadi satu kebiasaan. Setiausaha Agung Jabhah Ulamak Muslimin Sunnah di Iraq, Harith adh-Dhari menyebut bahawa di sana terdapat lebih daripada 100,000 sunni dibunuh oleh puak syi’ah dalam tempoh antata 2003 – 2006 sahaja. Di samping itu terdapat proses penghijrahan yang berterusan dari setengah-setengah tempat untuk memudahkan penguasaan syi’ah ke atas mereka. Tambahan kepada itu, orang-orang yang berhijrah ke luar Iraq, kebanyakannya terdiri dari penganut sunnah. Ini membawa kepada perubahan yang membimbangkan dari segi susunan penduduk yang akan mengakibatkan bahaya yang amat parah.
Persoalannya, apakah fitnah mendedahkan isu syi’ah ini lebih berbahaya daripada pembunuhan begitu ramai yang dilakukan ke atas penganut sunnah? Sampai bilakah kita mesti berdiam diri tentang hal ini? Dan semua pihak mengetahui bahawa Iran menyokong sepenuhnya operasi pembunuhan mereka yang cenderung kepada sunnah di Iraq ini.

Keempat: Ketamakan Iran kepada Iraq amat jelas. Bahkan ia dinyatakan secara jelas dan terus terang. Sesungguhnya sebelum ini telah berlaku peperangan yang panjang antara keduanya menjangkau lapan tahun genap. Dan sekarang jalannya terbentang luas, lebih-lebih lagi Iraq mempunyai kedudukan yang paling penting kepada Syi’ah. Di Iraq terdapat tempat-tempat suci penganut syi’ah, kubur enam orang daripada imam-imam mereka, kubur Imam Ali bin Abi Talib r.a. di Najaf, kubur Husain di Karbala’, kubur Musa al-Kazim, Muahammad al-Jawwad di Baghdad, kubur Muhammad al-Hadi dan Hasan ‘Askari di Samira’. Selain itu terdapat tempat-tempat yang disangka kubur bagi kebanyakan para Nabi seperti Adam, Nuh, Hud dan Soleh di an-Najaf al-Asyraf. Dan sebagaimana sedia maklum, sangkaan itu tidak sahih.

Tambah kepada bahaya ketamakan syi’ah kepada Iraq, Amerika berdiri berdiri teguh di belakang dan menyokongnya. Semua kita dapat lihat betapa kerajaan syi’ah dijaga dan didukung oleh Amerika. Jangan terpedaya dengan lakonan tuduh menuduh antara Amerika dan Iran. Sesungguhnya Amerika tidak pernah terfikir langsung untuk menyerang Iran sebagaimana yang telah kami jelaskan di dalam artikel “Ba’ba’ di bawah penguasaan”. Apa yang lebih membimbangkan mereka bukan setakat tamak kepada minyak Iraq dan segala kekayaannya, bukan setakat meluaskan tanah jajahan takluk syi’ah, tetapi lebih teruk daripada itu, jenayah dan keganasan merupakan sebahagian daripada agama di sisi mereka. Syi’ah menganggap para sahabat radhiallahu’anhum serta pengikut mereka dari kalangan sunnah yang melancarkan permusuhan dengan Ahli Bait. Mereka menamakannya sebagai nasibah atau nawasib. Pada hal kita (sunni) lebih menghormati Ahli Bait berbanding dengan mereka. Hasil tohmahan itu, mereka mengeluarkan hukum yang sangat bahaya. Umpamanya, Khomaini berkata: “Dan lebih kuat, kita samakan an-Nasib dengan kafir harbi. Harus mengambil ghanimah (harta rampasan perang) daripada mereka dan diambil 1/5 daripadanya. Bahkan yang zahirnya harus mengambil harta mereka di mana sahaja dan dengan apa cara sekalipun. Dan wajib dikeluarkan 1/5 daripadanya.”

Dan ketika ditanya Imam mereka, Muhammad as-Sadiq ar-Ruhani tentang hukum orang yang mengingkari jawatan kepimpinan imam 12 mereka, jawapannya sungguh pelik! Dia berkata: “Sesungguhnya imamah lebih tinggi maqamnya daripada nubuwwah. Dan sesungguhnya kesempurnaan agama dengan perlantikan Imam Amirul-Mu’mini (Ali) sebagai Imam. Allah Ta’ala berfirman (Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu – al-Maidah:3). Sesiapa yang tidak beri’tiqad dengan Imamah imam-imam 12, dia mati sebagai kafir.” Sesungguhnya kami telah sebut di dalam artikel “Asal-usul Syi’ah” bahawa Khomaini berkata di dalam kitabnya Hukumah Islamiyyah, bahawa imam-imam darjat mereka sampai ke darjat yang tidak sampai kepadanya malaikat yang muqarrabin dan nabi-nabi yang diutus. Maka tidak mengiktiraf imam-imam ini lebih teruk daripada tidak mengiktiraf Rasulullah s.a.w.” Di sini kita lihat, dia mentafsirkan titik kekufuran di sisi mereka dan dari situ lahir hukum halalnya darah ahli sunnah di Iraq dan lain-lain. Dari situ juga mereka menganggap penggabungan Iraq di bawah pemerintahan mereka adalah satu kemestian. Iraq yang mengandungi tempat-tempat suci mereka mesti dibebaskan dari tangan orang-orang yang mereka anggap “kafir”.

Kelima: Ancaman secara langsung ke atas Iraq tidak terhenti di sempadan itu sahaja. Ketamakan kepada Negara-negara sekitarnya bertambah meluas. Mereka menganggap Bahrain satu juzuk daripada Iran. Ini disebut secara terus terang oleh ketua perisik am, Ali Akbar Natiq Nuri di pejabat ketua revolusi semasa ihtifal mengingati 30 tahun revolusi Iran. Beliau berkata: “Sesungguhnya Bahrain pada asasnya muhafazah Iran ke 14. Ia diwakili oleh Naib Majlis Syura Kebangsaan Iran.”

Bukan rahsia bagi kita bahawa Iran telah menjajah tiga pulau Emirit yang penting di Teluk Arab. Bilangan mereka juga bertambah dengan ramainya di Emirit. Sekarang telah mencapai 15% daripada bilangan penduduk, dan mereka menguasai pusat-pusat perniagaan, khususnya di Dubai.

Begitu juga kedudukannya di Saudi. Keadaannya tidak begitu stabil. Sejak tercetus revolusi Iran tahun 1979 ketidak stabilan sering terjadi di Saudi, bahkan boleh dikatakan ia berlaku sejurus selepas revolusi Iran. Demonstrasi-demonstrasi syi’ah berlaku di Qatif dan Sayhat. Yang paling teruk ialah demonstrasi yang berlaku pada 19 November 1979. Ia kadang-kadang memuncak sehingga ke tahap pencerobohan ke atas Baitillahilharam, seperti yang terjadi pada tahun 1987 dan 1989. Bahkan sebenarnya selepas kejatuhan rejim Saddam Husain, 450 orang syi’ah di Saudi mengemukakan permohonan rasmi kepada Putera Raja ketika itu, Abdullah memohon jawatan tinggi di majlis cabinet, barisan diplomatic, angkatan tentera dan keselamatan dan mengangkat kedudukan mereka ke majlis syura.

Ali Syamkhani, Penasihat tentera kanan kepada pemimpin tertinggi revolusi Iran membuat kenyataan bahawa dalam keadaan Amerika menyerang pusat pembangunan nuclear Iran, maka Iran tidak cukup sekadar menyerang kepentingan Amerika di Teluk. Bahkan Iran akan menggunakan peluru berpandu balistik untuk menyerang sasaran-sasaran strategic di Teluk. Begitu juga pelantar-pelantar minyak dan stesyen-stesyen jana kuasa di Negara-negara Teluk Arab. Kenyataan ini disiarkan di dalam majalah Times British pada hari Ahad 10 Jun 2007.

Adakah ini segala-galanya?

Tentu sekali tidak. Di sana terdapat banyak lagi permasalahan yang kami belum sentuh.

Di dalam artikel ini, kami hanya menyentuh lima poin yang menjelaskan bahaya syi’ah dan ia sangat serius. Di sana terdapat lima poin lagi yang amat-amat serius. Aku bimbang sekiranya aku cepat-cepat menyebutnya sekarang, bermakna aku tidak memberikan haknya yang sebenar. Lantaran itu aku menangguhkannya terlebih dahulu. Dengan izin Allah aku akan sebut dalam artikel akan datang. Dan selepas itu kita akan kemukakan apakah pendekatan yang paling ideal untuk berhadapan dengan mereka dalam suasana yang genting ini.

Sesungguhnya isu syi’ah bukan isu sampingan dalam isu umat Islam, di mana ada pihak yang meminta supaya isu ini dibiarkan atau ditangguhkan. Sesungguhnya isu ini sepatutnya menjadi aulawiyyat di kalangan umat Islam. Semua kita sepakat bahawa pembebasan Palestin dari tentera Salib di tangan Salahuddin al-Ayyubi tidak menjadi kenyataan kecuali setelah Mesir dibebaskan dari pemerintahan Syi’ah Obeidi.  Pada ketika itu, Salahuddin tidak berkata bahawa perang Salib merupakan aulawiyyah, manakala masalah pemerintahan syi’ah ditangguhkan dahulu. Ini kerana umat Islam tidak akan menang kecuali dengan aqidah yang murni dan tentera yang ikhlas. Salahuddin tidak akan mengambil rakyat Mesir untuk berperang bersama dengannya untuk menentukan satu halatuju yang sangat penting bagi masa depan umat, kecuali bebanan pemerintahan bid’ah obeidi diangkat dari bahu-bahu mereka. Dan apa yang berlaku pada zaman Salahuddin di Mesir dahulu, itulah yang seharusnya berlaku di Iraq sekarang serta di semua Negara-negara yang diancam pengaruh syi’ah. Kita mesti menjadikan sejarah sebagai ibrah/pengajaran.

Kita memohon kepada Allah agar memuliakan Islam dan Muslimin.

Sumber:

No comments:

Post a Comment