Imam Hasan al-Banna rahimahullah pernah
berkata:
Aku telah banyak membaca dan aku telah
banyak mencuba. Aku bergaul dengan ramai manusia dan aku menyaksikan pelbagai
peristiwa. Daripada pengembaraanku yang singkat jaraknya, namun panjang tahapannya
aku sampai kepada satu kesimpulan yang aku sungguh-sungguh yakini, yang
seteguh-teguhnya aku pegangi, yang tidak mungkin dapat digoncang dan digoyang
lagi, iaitu KEBAHAGIAAN yang seluruh umat manusia mencarinya, hanya tercurah
dari hati dan jiwa mereka, melimpahi dan membanjiri diri mereka. Sesungguhnya
KEBAHAGIAAN itu tidak pernah datang dari luar hati mereka selama-lamanya. Hati
yang hidup, yang sentiasa berhubung dengan Allah itulah sumber KEBAHAGIAAN yang
sebenarnya.
ALLAH Ta'ala berfirman maksudnya: "Sesiapa yang beramal soleh, dari kalangan lelaki atau perempuan, sedang
ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang
baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang
lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan.”
Lantaran itu, kesedihan, kerisauan dan
sempit dada tidak akan menemui jalan selama-lamanya untuk menembusi hati ini,
iaitu hati yang berhubung dengan Allah. Ini telah tegaskan oleh Allah di dalam
firmanNya yang bermaksud: “…maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya
ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara. Dan sesiapa
yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah
baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat
dalam keadaan buta".
- At-Toriq ila Ar-Rabbaniyyah, Dr Majdi
al-Hilali
kebahagiaan = kesedaran, keyakinan tentang kebenaran.
ReplyDeletehttps://youtu.be/6yJ5JQ6HaB4?t=2283