Saturday, April 18, 2020

Doa untuk mengelakkan diri dari ujian atau musibah yang menimpa orang lain



Dah sebulan kita menjalani PKP.
Setiap petang, tiada lain yang dinantikan kecuali pengumuman tentang perkembangan terkini mengenai bilangan pertambahan yang terkena jangkitan, bilangan yang sembuh dan bilangan yang dijemput kembali ke Pangkuan Pencipta. 

Apakah yang harus kita lakukan apabila mendengar semua perkhabaran itu?

Imam al-Nawawi memetik daripada kitab al-Tirmizi hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Apabila seseorang melihat seseorang yang diuji, lalu dia berkata:
الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ ، وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا
“Segala puji bagi Allah yang mensejahterakan diriku daripada apa yang engkau diuji dengannya, dan Dia benar-benar mengurniakan aku kelebihan ke atas kebanyakan makhluk-makhlukNya”, nescaya dia tidak akan ditimpa ujian itu.” Al-Tirmizi berkata, status hadis adalah hasan. 
Imam al-Nawawi berkata lagi, ulamak berkata: zikir ini hendaklah disebut secara perlahan, sekadar didengari oleh diri sendiri sahaja. Jangan sampai didengari oleh orang yang ditimpa ujian itu kerana akan menyebabkan terguris hatinya. Namun jika di hadapan orang yang diuji dengan maksiat, tidak mengapa diperdengarkannya jika tidak dibimbangi mendatangkan keburukan


-      Kitab al-Azkar, Imam al-Nawawi.

No comments:

Post a Comment