Wednesday, November 27, 2024

KEWAFATAN NABI SAW DALAM AL-QURAN – SATU MUKJIZAT

Sedia maklum bahawa Nabi SAW wafat pada usia 63 tahun. Dan baginda menjalani hidupnya dalam tiga fasa:

1. Sebelum diangkat menjadi rasul 40 tahun.

2. Berdakwah di Mekah 13 tahun

3. Meneruskan dakwah di Madinah 10 tahun.

(40+13+10 = 63)


Mari kita perhatikan ayat-ayat al-Quran yang mengandungi perkataan kewafatan baginda SAW: 

1. Surah Yunus, iaitu surah ke 10: 

“Dan jika Kami perlihatkan kepadamu (wahai Muhammad) akan sebahagian dari balasan azab yang Kami janjikan kepada mereka, atau jika Kami WAFATKAN ENGKAU sebelum itu, maka kepada Kamilah tempat kembali mereka; kemudian Allah yang memberi keterangan mengenai apa yang mereka lakukan.” (Yunus 10:46)

2. Surah ar-Ra’d, iaitu surah ke 13: 

Sama ada Kami perlihatkan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari azab yang Kami janjikan untuk mereka (yang ingkar) atau kami WAFATKANMU sebelum melihatnya maka tidaklah menjadi hal kerana tanggunganmu hanyalah menyampaikan hukum-hukum yang kami turunkan kepadamu; dan urusan Kami menghitung dan membalas amal mereka.” (Ar-Ra'd 13:40) 

3. Surah Ghafir, iaitu surah ke 40: 

“Maka bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah (menyeksa musuh-musuhmu itu) adalah benar; oleh itu kiranya Kami perlihatkan kepadamu sebahagian dari azab yang Kami janjikan kepada mereka, ataupun Kami WAFATKANMU sebelum itu, (maka tetaplah mereka akan menerima balasan azab) kerana kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.” (Ghaafir 40:77) 

(10+13+40 = 63)

Semuanya tersusun indah, tiada yang kebetulan. Itulah aturan Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.


Daripada page: https://www.facebook.com/EngKaheel


No comments:

Post a Comment