Sunday, July 24, 2011

Pelangi



Pelangi, pelangi
Alangkah indahmu
Merah kuning hijau
Di langit yang biru
Pelukismu agong
Siapa gerangan
Pelangi, pelangi
Ciptaan Allah

Tiba-tiba teringat nyanyian anak-anakku ketika mereka belajar di tadika di waktu kecil dahulu.

Menurut Wikipedia, ensiklopedia bebas, Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

Sungguh pelangi memang cantik!
Tujuh cayaha tersusun indah
Tak terungkap dengan madah
Merenungnya menghilangkan gundah!

Dan yang lebih menariknya, di dalam al-Quran perkataan cayaha atau alwan diulang sebanya 7 kali.
1. وَمَا ذَرَأَ لَڪُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُخۡتَلِفًا أَلۡوَٲنُهُ ۥۤ‌ۗ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَذَّڪَّرُونَ
2. يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ۬ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِ‌ۗ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ
3. وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفُ أَلۡسِنَتِڪُمۡ وَأَلۡوَٲنِكُمۡ‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّلۡعَـٰلِمِينَ
4. أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً۬ فَأَخۡرَجۡنَا بِهِۦ ثَمَرَٲتٍ۬ مُّخۡتَلِفًا أَلۡوَٲنُہَاۚ
5. وَمِنَ ٱلۡجِبَالِ جُدَدُۢ بِيضٌ۬ وَحُمۡرٌ۬ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُہَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ۬
6. وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ مُخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ كَذَٲلِكَۗ
7. أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً۬ فَسَلَكَهُ ۥ يَنَـٰبِيعَ فِى ٱلۡأَرۡضِ ثُمَّ يُخۡرِجُ بِهِۦ زَرۡعً۬ا مُّخۡتَلِفًا أَلۡوَٲنُهُ

1. “Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan warna (jenisnya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu.” (An-Nahl:13)

2. “... akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (An-Nahl:69)

3. “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.” (Ar-Rum:22)

4. Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan warnanya ( jenis dan rupanya)…” (Fatir:27)

5. “… dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;” (Fatir:27)

6. “Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya…” (Fatir:28)

7. “Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mata air-mata air di bumi; kemudian Dia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya;…” (Az-Zumar:21)

Pelangi ada 7 warna. Perkataan warna (alwan) di dalam al-Quran disebut sebanyak 7 kali. Apakah ini hanya suatu kebetulan?

Monday, July 18, 2011

Suratku kepada suami muslim yang mulia,

Assalamu’alaikum wr.wb.

Aku suka memanggil kamu dengan nama di atas. Ia bukan satu panggilan tradisi, sebaliknya ia satu panggilan yang disukai dan digemari Rasulullah s.a.w.. Aku akan beritahu kamu selepas ini dengan izin Allah, kenapa nama ini dipilih.

Adapun sebab aku menulis surat ini ialah beberapa aduan daripada akhawat anggota jamaah IM telah sampai kepadaku. Begitu juga aduan daripada akhawat yang bukan anggota IM. Meskipun aku rasa bertuah kerana diberi peluang hadir di muktamar akhawat yang diadakan beberapa minggu yang lalu di dewan muktamar university al-Azhar di bawah slogan: al-mar’ah al-Misriyyah… min athaurah ila an-nahdhah (Wanita Mesir.. dari revolusi kepada kebangkitan memajukan negeri), dan aku telah berbicara kepada mereka tentang kewajipan wanita di peringkat individu, keluarga dan masyarakat, tetapi kita mesti tahu bahawa di sana terdapat hak-hak mereka daripada lelaki yang merupakan tanggungjawab aku dan tanggungjawab kamu.

Sesungguhynya aku memilih untuk berbicara kepada kamu secara langsung, mengingatkan kamu peranan yang dipikulkan Allah ke atas bahu kamu, yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kamu ketika baginda berada di ambang kematian. Ia merupakan wasiat terakhir yang paling berharga pernah diungkapkan oleh orang yang berwasiat.

Tuhan yang memiliki kebesaran berpesan kepada kamu supaya menjadikan hubungan kamu dengan isteri kamu bertunjangkan mawaddah dan rahmat, dibaluti kesedaran akan masuliah (pertanggungjawaban). Maka kamu adalah pengemudi bahtera keluarga. Kepimpinan kamu adalah kepimpinan yang berupa pertanggungjawaban, bukan penghormatan. Tuhan kamu berpesan supaya kamu jangan lupa kerana jika kamu lupa, kamu akan dilupakan. “… dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Al-Baqrah:237). Al-fadhl ialah kamu memberi lebih banyak daripada kamu meminta, kamu mengambil hak kamu lebih sedikit daripada yang sepatutunya.

Dia berkata kepada kamu, bahawa kamu melindungi isteri, anak-anak daripada kemudaratan dan perkara yang membahayakan sama ada dari aspek kebendaan dan maknawi, juga usaha kamu membawa manfaat kebendaan dan maknawi kapada mereka merupakan tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu kamu sejak mula dijadikan ayah kamu Adam dan ibu kamu Hawwa sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.” (Ta Ha:117)

Dan Rasulullah Musa a.s. telah merealisasikannya secara amali, sebagai mematuhi tuntutan Ilahi yang penuh dengan hikmah yang sangat mendalam maknanya “Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada isterinya: Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu: Penunjuk jalan.” (Ta Ha:10). Ayat ini mahu menyampaikan bahawa Musa seoalah-olah berkata kepada keluarganya: kamu tunggu di sini! Aku akan meninjau keadaan sekitar untuk mengelakkan kamu daripada bahaya dan perkara yang memudaratkan. Dan aku akan bawa kepada kamu perkara yang bermanfaat dari segi maddi dan maknawi.

Dan Allah juga telah menjadikan ikatan hubungan suami isteri ini dengan aqad yang kukuh yang diikat sendiri oleh kamu. Kamulah yang wajib memeliharanya. Allah akan menghisab kamu faktor-faktor yang menjadi ikatan itu kekal kukuh atau terburai “Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?” (an-Nisaa’:21)

Adapun kesalahan wanita atau keaipan mereka, ia seumpama keaipan kamu dan kesalahan kamu. Kedua-dua kamu perlukan kesabaran untuk merawatnya. Namun tali kekangannya tetap berada di tangan kamu agar kapal ini hanya dikemudikan oleh seorang individu sahaja. Urusan keluarga bukan tempat untuk berebut kuasa atau beradu tenaga untuk jadi ketua sabagaimana yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam dan musuh-musuh kemanusiaan untuk mencarikkan ikatan yang suci ini. Mereka cuba menyalakan api pertentangan antara lelaki dan perempuan dengan mengunakan setengah kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian suami dan mengaitkan kesalahan itu dengan sistem Islam, syariah rabbaniah yang telah meletakkan tanggungjawab kepimpinan di bahu lelaki, semua lelaki ke atas semua wanita, demi memelihara kesejahteraan masyarakat.
Sesungguhnya al-Quran telah menyatakan dengan ringkas dan padat semua sistem-sistem yang diperlukan oleh manusia. Semua itu tersimpul di dalam beberapa ayat yang sangat ringkas. “Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), Dan siang apabila ia lahir terang-benderang; Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); (Maksud al-Lail:1-3)
Malam dan siang, lelaki dan perempuan, saling bergandingan, lengkap melengkapi. Bukan berebut dan bersaing. Tiada kelebihan yang satu ke atas yang lain kecuali dengan melaksanakan peranan masing-masing.

Sebagai contoh, lihat isteri Firaun. Firaun mendakwa dirinya sebagai tuhan. Namun dakwaan itu sedikitpun tidak menjejaskan iman isterinya. Sebaliknya dua orang wanita lain yang menjadi isteri kepada dua orang nabi yang mulia, tidak mendapat apa-apa kelebihan di sisi Allah di sebabkan keingkaran mereka. Dan Maryam pula, seorang wanita solihah yang tidak bersuami. Jadi setiap individu mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah. Ia dihisab secara berasingan daripada pasangan masing-masing. Setiap orang mempunyai masuliah fardiah yang tidak boleh dipikul oleh orang lain.

Ketika Nabi s.a.w. menyebut bahawa wanita seperti tulang rusuk yang bengkok, itu tidak bermakna keaipan bagi wanita kerana wanita tidak menciptakan dirinya sendiri. Dari sisi lain kita dapati tulang rusuk yang bengkok itulah sebenarnya bentuk yang paling baik dan paling ideal. Kalaulah tidak kerana tulang rusuk itu bengkok, jantung tidak akan berada dalam keadaan yang selesa dan tidak akan dapat menjalankan pungsinya membekalkan darah ke seluruh anggota. Sepasang paru-paru juga begitu. Jika tulang rusuk tidak bengkok, seluruh tubuh tidak dapat bernafas, insan tidak akan hidup sihat dan sejahtera, tidak akan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ke atasnya.

Justeru, Allah Azza wa Jalla berkata, ketika kamu tidak suka kepada sesuatu perkara yang ada pada isteri kamu – kesempurnaan itu hanyalah milik Allah jua - kamu juga tidak terlepas dari kekurangan dan kesilapan. Dalam kontek ini Allah berfirman maksudnya: “… Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (An-Nisaa’:19)

Rasulullah s.a.w. pula telah menghuraikan perkara ini dengan terperinci dan praktikal yang kamu boleh laksanakan dengan segera. Kamu yang mesti laksanakan, bukan dia (isteri kamu) kerana kamu adalah pengemudi, kamu yang bertanggungjawab. Baginda bersabda maksudnya: “Janganlah seorang mu’min itu (suami) membenci seorang mu’minah (isterinya) kerana boleh jadi dia tidak suka pada sesuatu perangainya, dia suka perangainya yang lain”. Maksudnya di sini, jika kamu melihat sesuatu yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip iman, maka kamu mesti mengubah mood kamu sendiri, sehingga kamu dapat melihat dan mengiktiraf kelebihannya dari aspek yang lain yang pastinya terlalu banyak yang kamu sukai. Maka dengan itu perasaan benci dengan segera akan bertukar menjadi sayang.

Aku ingin mengingatkan kamu satu maklumat yang simple yang kadang-kadang kita lupa. Tidakkah zakat fitrah isteri kamu, anak-anak dan khadam kamu yang bayar walaupun isteri kamu seorang yang kaya raya? Itu merupakan lambang pertanggungjawaban yang dipikulkan ke atas kamu kerana itu bukan zakat harta. Zakat harta yang dimiliknya adalah tanggungjawab dia sendiri. Dia yang mesti tunaikan secara berasingan daripada kamu. Awas kamu! Jangan ambil sedikitpun daripada hartanya tanpa izinnya dan jangan halang dia berbuat baik kepada keluarganya mengikut sukanya. Jika kamu berbuat demikian maka hisab kamu di sisi Allah amat sukar. Allah mengharamkan kezaliman ke atas diriNya dan menjadikan kezaliman itu haram ke atas sesama hambaNya.

Jadilah kamu orang yang sentiasa setia kepada isteri kamu kerana Rasulullah s.a.w. sentiasa setia kepada isterinya Khadijah r.a., kesetiaan yang sungguh indah sehingga selepas Khadijah meninggal dunia. Ia menjadi contoh bagi seluruh umat manusia. Begitu juga baginda tidak menyembunyikan perasaan cintanya kepada Aishah r.a. ketika baginda ditanya siapakah manusia yang paling baginda cintai. Maka dengan spontan baginda menjawab dengan terang dan tegasa: “Aishah!” Lalu sahabat berkata bahawa mereka bukan tanya tentang wanita, dan sekali lagi baginda menjawab: “Ayahnya!”. Baginda tidak berkata “Abu Bakar”, sebaliknya berkata: “Ayahnya”. Ia memberikan gambaran hubungan mesra dan intim antara baginda dan Aishah dan secara tidak langsung menggambarkan kedudukan Abu Bakar di sisi baginda.

Adakah kamu fikir ada ungkapan yang lebih indah daripada ini bagi menggambarkan rasa cinta seorang suami kepada isterinya? Unggkapan yang begitu tulus lahir dari bibir suami pastinya mampu memadam apa-apa kesilapan dan perselisihan antara kamu berdua.
Seandainya masalah yang kamu hadapi, na’uzubillah, sudah sampai ke tahap bercerai, dan cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah, isteri yang diceraikan itu berhak tinggal di rumah kamu, hak yang ditentukan sendiri oleh Allah, agar dengan keberadaannya di rumah itu, hati kamu dan hatinya akan jadi lembut, dan perselisihan yang berlaku sebelumnya akan lebur. Tidakkah kamu nampak, dalam keadaan yang begitu genting sekalipun, Allah tetap menghendaki kamu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Perhatikan ayat-ayat berkaitan dengan talaq, kebanyakannya dibasahi dengan ciri-ciri kelembutan dan kebajikan. Lihat surah at-Talaq ayat 1 hingga 3.

Akhirnya jangan kamu lupa wasiat perpisahan kekasih kita s.a.w. “Hendaklah kamu berpesan agar berbuat baik kepada wanita…”. Sungguh mengkagumkan, wasiat ini digandingkan dengan wasiat supaya menjaga solat. Tidakkah kamu rasa bahawa ia merupakan suatu perkara yang sangat penting?

Justeru, wahai saudaraku para suami, di manapun kamu dan dalam keadaan apapun, maka setia dan setialah kepada isteri kamu! Berbuat baik dan berbuat baiklah kepada isteri kamu! Beri perhatian dan beri perhatianlah kepada perasaan isteri kamu! Berbakti dan berbaktilah kepada keluarga isteri kamu! Bantu dan bantulah isteri kamu untuk berbakti kepada keluarganya. Bawalah isteri kamu memikul bersama kamu beban keluarga dan beban dakwah. Jadikan dia sandaran belakang kamu supaya dia dapat berjalan seiring kamu sambil membawa risalah dakwah yang diwajibkan Allah ke atas kamu.

Awas dan awas daripada mengambil hartanya tanpa kerelaannya. Adapun jika dia rela, Allah telah jelaskan hukumnya di dalam firmanNya yang bermaksud: “… Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. (An-Nisaa’:4)

Ingat neraka dan neraka! Selamatkan isteri kamu darinya. “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka…” (At-Tahrim:6)

Ingat syurga dan syurga. Bawalah dia bersama kamu serta anak-anaknya. “Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;” (Ya Sin:56)

Dan ingatlah juga bahawa orang yang terbaik dalam kalangan kita ialah yang paling baik kepada isterinya. Dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. orang yang paling baik kepada isterinya dalam kalangan seluruh umat manusia. Maka adakah kita mencontohinya?

Akhirnya, Rasulullah s.a.w. menamakan kamu suami yang mulia (zauj karim) selama kamu melaksanakan wasiatnya yang bermaksudnya: “Tidak memuliakan wanita kecuali orang (suami) yang mulia, dan tidak menghina wanita kecuali orang yang tercela!”. Maka jadilah kamu wahai saudaraku suami muslim yang mulia. Semoga Allah berkati kamu pada isteri kamu, harta kamu dan anak-anak kamu. Semoga Allah rahmati ibu bapa kamu dan ibu bapa isteri kamu sama ada mereka masih hidup di dunia ini atau telah berpindah ke alam abadi. Semoga Allah himpunkan kamu berdua dalam kebaikan dunia dan akhirat. Semoga Allah berkati zuriat kamu berdua.

Sesungguhnya aku telah berbicara kepada para isteri dalam muktamar lepas dengan membawakan satu Hadis yang menjamin pahala untuk mereka, iaitu seorang wanita yang melayan suami dengan baik pahalanya menyamai jihad, solat jamaah, solat jumaat dan mengiringi jenazah. Dan redanya kamu kepada mereka merupakan pintu untuk mereka masuk syurga.

Aku berharap kamu tidak lupa kepada kami dalam doa-doa kamu yang baik-baik.
Was-salamu’alaikum wr.wb.

Saudara kamu,
Dr. Muhammad Badi’
Murshid Am Ikhwan Muslimin.

Sunday, July 03, 2011

Ucapan Musyid Am ketika merasmikan Muktamar Akhawat Muslimat Pertama (2 July 2011)



Akhawat yang mulia, hadirin yang dihormati,
Saya memuji Allah di atas nikmat-nikmatNya yang besar dan kurniaanNya yang agung yang diacurahkan ke atas bumi Mes i rtercinta melalui tsaurah yang cukup hebat yang mengembalikan Mesir ke tempat yang selayaknya serta membetulkan hala tujunya selepas dilanyak dan dipendamkan beberapa tahun lamanya.

Pertamanya izinkan saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap ibu-ibu, bapa-bapa, isteri-isteri dan anak-anak para syuhadak yang mulia, syuhadak tsaurah yang diberkati. Meskipun mereka tidak ada bersama dengan kita, namun kita tidak bersedih kerana mereka hidup di sisi Tuhan mereka, mendapat rezeki sepanjang masa. “Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Aali Imran: 169-171)

Akhawat yang mulia, hadirin yang dihormati,
Tiada siapa dapat menafikan peranan, penglibatan serta sumbangan akhawat Mesir di dalam tsaurah. Mereka memainkan peranan berkesan sama ada sebagai aktivis, ibu, adik atau kakak serta isteri. Mereka mengambil berat tentang isu tanah air, mempertahankan kedaulatannya dan mencetuskan perubahan, bukan hanya sekadar pemerhati semata-mata.

Sesungguhnya peranan besar yang dimainkan oleh wanita Mesir sehingga tsaurah mencapai kemenangan yang diberkati akan tercatat di lembaran sejarah dengan cahaya dan dakwat daripada emas, supaya dunia dapat belajar daripadanya bagaimana wanita Mesir mencipta sejarah tanah airnya, menentang kezaliman dan penindasan, menjadi contoh bagaimana wanita melibatkan diri dengan masyarakatnya, menyelami duka dan derita masyarakat, bergandingan dan berkerjasama dengan lelaki.

Sesungguhnya wanita Mesir telah menyumbang barisan-barisan pejuang dalam pelbagai bidang sejak hari pertama tercetusnya tsaurah. Sebahagian mereka ada yang syahid dengan izin Allah dalam keadaan reda tanpa takut dan gentar pada sesiapa agar wanita Mesir mengetahui betapa besar tanggungjawabnya dalam mendokong kedaulatan Negara dan tanah air.

Wanita Mesir mendokong tsaurah dengan apa yang dimilikinya; harta, anak, tenaga dan peluh. Keberanian mereka, kemaraan mereka serta sokongan mereka kepada suami, anak dan saudara-saudara lelaki menimbulkan kekaguman di kalangan semua pemerhati. Para wanita mendorong kaum lelaki agar terus tabah menentang kezaliman dan orang-orang yang zalim dan jangan berundur. Apabila salah seorang anak mereka syahid, mereka tidak lemah dan mengalah, sebaliknya terus mendorong anak-anak yang lain agar terlibat di medan tsaurah dengan peranan yang berbagai-bagai. Semua itu menjadi saham yang amat bermakna dan berkesan dalam kejayaan tsaurah selepas nikmat serta kurniaan Allah.

Akhawat yang mulia, hadirin yang dihormati,
Sesungguhnya peranan yang dituntut untuk kemajuan Mesir pada masa mendatang lebih besar daripada sebelumnya kerana pembinaan memerlukan sumbangan tenaga, pengorbanan dan usaha yang lebih banyak. Justeru, marilah kita semua berusaha menyumbang apa saja yang ada; tenaga, ilmu, kemahiran dan lain-lain bagi membina Mesir baharu demi masa depan anak-anak dan kemajuannya.

Dan kamu, wahai akhawat hendaklah menghiasi dirimu dengan sabar dalam menghadapi segala rintangan dan kepayahan. Carilah jalan-jalan untuk mengatasinya, jangan jadikan kesusahan itu sebagai batu penghalang yang menyekat perjalanan kamu menuju matlamat. Sesungguhnya dengan pertolongan Allah kita telah dapat melangkahi kesusahan yang lebih besar dan lebih sukar daripada itu.

Sesungguhnya peranan yang dituntut daripada wanita Mesir di saat persimpangan sejarah Mesir tercinta ini tidak kurang daripada peranan yang telah dimainkan dalam mendokong tsaurah. Kita hendaklah menyatukan tenaga, menggandingkan kekuatan dan keupayaan untuk membina apa yang telah diruntuhkan oleh rejim dahulu. Wanita mesti menggembleng tenaga secara berkesan dalam pelbagai bidang; politik, kemasyarakatan dan pendidikan.

Sesungguhnya peranan kamu dalam menyebarkan nilai-nilai murni dalam masyarakat, mendidik generasi muda, menerapkan kefahaman Islam dalam jiwa dan minda anak-anak merupakan peranan kamu yang paling penting pada marhalah sekarang. Dengan itu kita dapat mengangkat kedudukan individu, menyerlahkan potensi dan kekuatan mereka untuk melakukan perubahan, membina Negara, serta bersedia untuk berkorban demi mempertahankan kedaulatannya.

Sesungguhnya Mesir, pada saat yang mencabar seperti ini sangat memerlukan usaha kamu untuk mendidik rakyatnya dan membangunkan rasa izzah, mulia, merdeka, cintakan tanah air dalam diri mereka. Prinsip dan nilai itu mesti dimiliki tanpa mengira sama ada lelaki atau wanita, muslim atau masihi, yang berfahaman libral, sosialis atau kapitalis. Kita semua adalah rakyat Mesit, negeri ini milik kita semua, kemajuannya tanggungjawab kita bersama.

Sesungguhnya keteguhan nilai mulia di dalam jiwa anak-anak muda bererti masa depan yang cemerlang dan gemilang bagi Mesir dengan izin Allah Ta’ala.

Akhawat yang mulia, hadirin yang dihormati,
Dalam mengharungi arus peristiwa yang hebat ini jangan lupa membelai dirimu dengan iman dan tarbiah, sama ada tarbiah zatiah atau ijtimaiyyah. Hendaklah kamu memperuntukkan waktu yang cukup untuk tazkiatun-nafs, mengelokkan hubungan dengan Allah dan mengikhlaskan niat demi mencari keredaan-Nya semata-mata. Dia-lah satu-satunya Penolong. Dengan berkat kejujuran dan keikhlasan, masa akan jadi singkat, tenaga dapat dikurangkan dan beban menjadi ringan.

Sesungguhnya Allah s.w.t. yang memberi nikmat dan kelebihan kepada kita semua dengan kejayaan tsaurah. Maka hendaklah kita menghampirkan diri kepadaNya dengan taat, beramal dengan apa yang disukai dan diredhai-Nya di samping menjauhkan diri dari apa yang dimurkai-Nya. Dia-lah Penolong, Pelindung dan tempat bergantung.

وصلى اللهم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.
والله أكبر ولله الحمد

http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=210&ArtID=87037

Wednesday, June 29, 2011

Daripada warisan Imam al-Banna mengenai peristiwa Isra’ dan Mi’raj

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Maksud al-Isra’:1)

Ketika mengingati peristiwa Isra’ dan Mi’raj, beberapa lintasan berligar di dalam diriku:

Tidakkah terdapat suatu perbezaan yang sangat aneh, apabila umat Islam begitu mengambil berat mengadakan perayaan mengingati malam yang hebat, malam di mana Allah membawa Nabi-Nya berjalan dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa, Allah perlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran-Nya, Allah serlahkan kepadanya ni’mat yang agong, sedang pada masa yang sama Masjid al-Aqsa ini, bumi yang diberkati di sekitarnya dan Palestin yang suci tanahnya diancam dengan serangan membabi buta oleh Yahudi yang tamak haloba, imprialis Barat dan Amerika. Kaum muslimin yang memperingati Isra’ dan Mi’raj hanya melihat dan tidak bergerak, bercakap tapi tak buat, walhal orang lain berusaha sungguh-sungguh, mara ke depan untuk mencapai apa yang mereka inginkan!

Tidakkah suatu perbezaan yang sangat aneh, umat Islam dapat mengupas bagaimana pada malam yang agong itu Allah Tabaraka wa Ta’ala mengangkat Nabi-Nya yang agong melapasi langit tertinggi, sehingga ke Sidratul-Muntaha, “Kemudian dia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu dia berjuntai sedikit demi sedikit, Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah atau lebih dekat lagi;” (Maksud an-Najm: 8-9), umat membaca firman Allah yang bermaksud: “…Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman;…” (Al-Munafiqun:8) di samping tidak ketinggalan membaca sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan kehinaan daripada dirinya dengan sukarela tanpa dipaksa, maka dia bukan daripada kalanganku.” Umat juga sentiasa mengulang-ulang ayat suci yang bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Al-Ahzab:21) Kemudian setelah semua itu mereka rela berada di tahap paling rendah, berpuas hati dengan kedudukan yang hina dina, bertapak di tempat paling corot di belakang umat dan bangsa-bangsa lain, tunduk kepada kuasa perampas dan penindas yang zalim, pada hal Allah menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada mereka yang berjihad?!

Bukankah suatu perbezaan yang aneh, bahawa umat ini mengetahui ayat pertama yang diturunkan di dalam al-Qurannya ialah: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Maksud al-‘Alaq: 1-5), dan Allah Tabaraka wa Ta’ala, ketika Dia Membawa Nabi-Nya berjalan di waktu malam dan mengangkatnya ke langit, Dia mahu menunjukkan kepada Nabi-Nya itu tanda-tanda kekuasaan-Nya yang Maha Besar, dia mahu memperlihatkan kepada Nabi-Nya rahsia-rahsia alam dan khazanah kewujudan, Dia mahu mengisi hati dan minda Nabi-Nya dengan ilmu dan ma’rifah, sehingga Nabi-Nya mencapai puncak keimanan dan keilmuan secara serentak. Selain itu, Allah memerintahkan Nabi-Nya dengan tegas agar berjalan di muka bumi dan memerhati ciptaan alam ini di dalam firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya)…” (Yunus:101). Kemudian selepas semua itu umat ini hanya berpada dengan pengetahuan senipis kulit, baik mengenai ilmu keduniaan mahupun rahsia-rahsia keagamaan.
Umat ini terkebelakang dari rombongan umat-umat lain dalam memanfaatkan sumber kekuatan alam yang Allah ciptakan untuk kegunaan manusia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.” (Al-Jathiah:13), sehinggakan mereka diperintah oleh umat lain dengan kekuatan kebendaan yang ada pada mereka dan keupayaan mereka menguasai ilmu sains dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan rahsia kejadian alam?!

Ada satu lagi keanehan, iaitu orang-orang yang terpedaya dengan ilmu mereka yang cetek berkata: bagaimana mungkin seseorang manusia itu beralih dari Mekah ke Baitul-Maqdis dalam jangka masa yang begitu singkat sebelum wujud motokar dan sebelum tercipta kapalterbang? Bagaimana dia boleh mendaki ke langit tinggi yang tidak dilengkapi dengan apa-apa yang diperlukan untuk manusia hidup seperti udara, air dan makanan?! Bagaimana dia boleh bertahan tanpa lebur bertembung dengan jutaan cakrawala ketika dia meluru ke langit dengan kepantasan yang sukar dipercayai? Dan lain-lain lagi persoalan yang ditimbulkan untuk mencari alasan menolaknya (peristiwa Isra’ dan Mi’raj).

Kita berkata kepada mereka ini: sesungguhnya perkara ini jauh lebih mudah daripada apa yang kamu sangkakan. Topic ini jauh lebih enteng daripada apa yang kamu gambarkan! Sesungguhnya kamu mengakui bahawa kamu tidak memahami semua kekuatan alam dan ilmu kamu tidak menyeluruh mengenai undang-undang alam. Maka letakkan dalam andaian kamu bahawa apa yang berlaku itu termasuk dalam ruang lingkup yang kamu tidak ketahui, tergolong dalam lingkungan perkara yang kamu tidak faham. Bukankah Allah berfirman maksudnya: “… dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” (Al-Isra’:85) Sekiranya kamu perhatikan kembali sejarah penemuan sains mengenai setiap perkara baru, kamu akan ingat bahawa setiap kali penemuan baru dikemukan pasti akan berdepan dengan penolakan dan keingkaran. Malah seringkali saintis yang berjaya menemui perkara baru itu dituduh berdusta dan mereka-reka. Kemudian secara beransur-ansur akal manusia akan tunduk ke bumi nyata. Mereka akan terima sepenuhnya setelah puas menafi dan mendustakan dengan pelbagai hujah dan alasan.

Kami ingin berkata kepada mereka: begitulah juga, sesungguhnya ilmu sains moden telah membuktikan secara saintifik kebenaran apa yang kamu ragukan. Mereka dapat membuktikan bahawa kekuatan jiwa dapat mengatasi kekutan fizikal dan benda, dengan kekuatan metafizik manusia boleh memindahkan sesuatu benda dari satu tempat ke tampat yang lain, malah boleh mengangkatnya dari permukaan bumi. Pakar-pakar ilmu kerohanian telah melakukan beberapa percubaan, di mana mereka boleh mengangkat orang-orang yang duduk di atas kerusi mereka terangkat dari lantai beberapa meter. Justeru, kalau manusia dapat melakukan perkara menakjubkan seperti itu dengan kekuatannya yang sekelumit cuma, maka apa yang anehnya kalau Allah menganugerahkan kepada Nabi-Nya, Muhammad s.a.w. kekuaran ruhi yang boleh membawanya mengatasi puncak langit tertinggi mengikut Kehendak-Nya? Sesungguhnya tidak susah untuk menolak dan mengingkari sesuatu bagi mereka yang mahu menolak, tetapi perbuatan itu sebenarnya bukanlah lahir daripada orang yang benar-benar mantap ilmunya. “… dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.” (Aali Imran:7)

Maka, wahai umat Nabi yang agong s.a.w. berbanggalah, rasailah kemuliaanmu, tuntutlah ilmu dan berjuanglah. Berimanlah kepada Allah dengan iman yang mendalam. Itulah kemenangan yang nyata. “ Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” (Maksud at-Taubah:105)

Surat khabar harian Ikhwan Muslimin, bil.48 tahun pertama, 28 Rejab 1365 bersamaan 28 Jun 1946

Monday, June 20, 2011

Dedikasi Untuk Bapa

Dua orang sabahat, Arif dan Alif (bukan nama sebenar) pergi memancing.

Pancing Arif mengena. Dia Berjaya memperolehi seekor ikan besar. Ikan itu diletakkan di dalam bakul yang telah disediakan, lalu dia bangkit untuk bergerak pulang.

Alif bertanya: “Hendak ke mana kamu?
Arif menjawab: “Hendak balik ke rumah. Aku dah dapat tangkap seekor ikan besar yang mencukupi untuk aku sekeluarga.”
Alif meningkah: “Tunggulah supaya kamu dapat tangkap beberapa ekor ikan besar lagi seperti aku ni.”
Arif bertanya: “Untuk apa?”
Alif menjawab: “Kalau kamu dapat ikan lebih, kamu boleh jual.”
Arif bertanya lagi: “Jual untuk apa?”
Alif menjawab: “Supaya kamu dapat duit lebih.”
Arif bertanya: “Untuk apa?”
Alif menjawab: “Kamu boleh simpan dan tambah dana kamu dalam bank.”
Arif bertanya: “Simpan untuk apa?”
Alif menjawab: “Kamu akan jadi orang kaya.”
Arif bertanya: “Apa yang aku boleh buat dengan kekayaan?”
Alif menjawab: “Bila kamu sudah tua nanti, kamu boleh hidup senang, menikmati waktu-waktumu dengan isteri dan anak-anakmu.”
Arif berkata: “Itulah sebenarnya yang aku nikmati sekarang. Aku tidak mahu menangguhkannya, tunggu sehingga usia tua baru nak nikmati hidup bersama keluarga dan menghabis waktu muda mengejar harta, sedang kita belum tentu sempat menikmati kedamaian bersama keluarga ketika tua!”

Harap tidak ada yang salah faham membaca cerita ini.
Teringat pada kebanyakan masyarakat yang terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga tidak ada masa untuk keluarga, apa lagi untuk dakwah, tarbiah, usrah, daurah dan lain-lain…

Belum selesai projek bernilai satu billion, kejar pula yang benilai 10 billion… dan lagi, dan lagi…

SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA

Saturday, June 11, 2011

Tinggallah di sini dan azanlah untuk kami wahai Bilal!

Bilal bin Rabah, muazzin Rasulullah s.a.w. Orang pertama yang diangkat oleh baginda menjadi muazzin di Masjid Nabawi di al-Madinah al-Munawwarah. Bilal r.a. tetap setia melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan selama hampir 10 tahun.

Apa yang berlaku kepada Bilal selepas kewafatan kekaksihnya dan kekasih kita, Rasulullah s.a.w.? Mungkin tidak ramai yang tahu?

Bilal datang bertemu Abu Bakar r.a. dan berkata:
“Wahai Khalifah (pengganti) Rasulillah, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): “Amalan seseorang mukmin yang paling afdhal ialah berjihad di jalan Allah.”
Abu Bakar bertanya:
“Lantas, apa yang engkau mahu wahai Bilal?”
Bilal menjawab:
“Aku hendak bermurabatoh (berada di medan jihad) di jalan Allah sehingga aku mati!”
Abu Bakar bertanya:
“Kalau begitu, siapa yang akan azan untuk kami?”
Bilal menjawab, sedang air mata bergenang di kelopak matanya:
“Sesungguhnya aku tidak akan menjadi muazzin kepada sesiapapun selepas Rasulullah s.a.w.!”
Abu Bakar memujuk dengan berkata:
“Tinggallah di sini dan azanlah untuk kami wahai Bilal!”
Bilal membalas:
“Sekiranya engkau telah merdekakan aku dahulu supaya aku tunduk kepadamu, maka letakkanlah aku sebagaimana yang engkau mahu. Tetapi sekiranya engkau merdekakan aku dulu kerana Allah, maka biarkanlah aku untuk apa yang engkau merdekakan aku.”
Abu Bakar menjawab:
“Bahkan aku merdekakan engkau untuk Allah wahai Bilal!”

Maka Abu Bakar r.a. tiada pilihan kecuali membenarkan Bilal memilih jalannya untuk berjihad dan sentiasa berada di medan juang. Bilal berhijrah ke Sham. Di situlah beliau mengabdikan diri di medan jihad…

Salami isi hati yang dicurahkannya sendiri:
“Aku tidak tertanggung tinggal di Madinah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. “

Setiap kali dia cuba mengalunkan azan, apabila tiba pada “asyhadu anna Muhammadar-Rasulullah” kerongkongnya tercekik lalu dia akan menangis. Maka dia berangkat ke Sham bersama para mujahidin.

Selepas beberapa tahun berada di Sham, beliau melihat Rasulullah s.a.w. di dalam mimpinya. Baginda berkata kepada Bilal, “Kenapa begitu lama kamu menyepikan diri wahai Bilal? Belum tibakah masanya untuk kamu ziarahi kami?”

Bilal terjaga dari tidurnya. Hatinya sungguh sedih. Beliau segera berangkat ke Madinah dan terus menuju ke maqam Rasulullah s.a.w. Bilal menangis dan berguling-guling di situ sehingga Hasan dan Husain menghampirinya. Beliau memeluk dan mencium mereka berdua sepuas-puasnya. Kedua-duanya berkata kepada Bilal:
“Kami rindu untuk mendengar azanmu di waktu dinihari.”

Bilal naik ke atas sutuh (bahagian atas) masjid dan mula mengalunkan azannya yang amat dirindui oleh warga Madinah. Apabila Bilal mengalunkan “Allahu Akbar, Allah Akbar”, seluruh Madinah bergetar. Apabila tiba ungkapan “Asyhadu an la ilaha illa Allah”, getaran bertambah kuat. Dan apabila tiba ungkapan “asyhadu anna Muhammadar-Rasulullah”, wanita-wanita keluar dari bilik-bilik mereka. Sehingga diriwayatkan bahawa tidak ada hari yang paling banyak kaum lelaki dan wanita menangis lebih daripada hari itu…

Ketika Amirul-Mukminin Umar bin al-Khattab melawat Sham, kaum muslimin memintanya agar memujuk Bilal supaya azan untuk mereka untuk satu solat sahajapun cukuplah. Umar memanggil Bilal dan menyampaikan hasrat penduduk Sham. Tiba waktu solat, Bilal menaiki tempat azan lalu mengalunkannya.

Maka menangislah para sahabat yang sempat bersama Rasulullah s.a.w. ketika Bilal menjadi muazzinnya. Mereka menangis seolah-olah mereka tidak pernah menangis sebelum ini dan selama-lamanya. Dan Umar r.a. adalah orang yang paling kuat menangis dalam kalangan mereka.

Ketika Bilal hampir menghembuskan nafas terakhir, belaiu berkata kepada isterinya, Halah binti ‘Auf, saudara kepada Abdul Rahman bin ‘Auf: “Usah menangis! Esok kami akan bertemu dengan para kekaksih, Muhammad dan sahabat-sahabat…”

Friday, June 10, 2011

MARI MENGARANG

Apa yang hendak dikarang? Kitab atau orang?

Kenapa Hasan al-Banna tidak mengarang kitab sedangkan beliau mempunyai kepakaran dari segi ilmu dan kesusasteraan yang jarang dimiliki oleh orang lain?

Persoalan ini telah dijawab oleh beliau sendiri:

“Biarkan aku tidak menyibukkan diri menulis buku-buku. Setinggi manapun idea dan buah fikiran yang terkandung di dalam sesebuah buku, semuanya terkurung di dalam kulit buku tersebut dan terhampar di atas lembaran-lembarannya sehinggalah buku itu terserempak dengan pembaca yang benar-benar mempunyai kemampuan untuk memahaminya dan mengambil manfaat daripadanya. Dan jarang sekali buku-buku itu akan menemui pembaca jenis ini. Di samping kebanyakan mereka yang mempunyai kemampuan untuk memahami fikrah yang terkandung di dalam buku itu tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaca dan menelitinya. Dan kebanyakan mereka yang memperoleh buku-buku itu mereka memperolehinya untuk menghiasi rak-rak di rumah mereka dan perpustakaan-perpustakaan yang padat dengan pelbagai jenis ilmu yang ditulis berjilid-jilid. Sungguhpun begitu umat Islam yang lemah tidak mendapat sebarang faedah daripadanya. Mereka tidak mempunyai cita-cita yang tinggi, malas, tidak bersemangat dan lebih mementingkan hidup senang dan mewah. Akibatnya mereka di lingkungi musuh dari segenap penjuru.

Justeru, waktu yang aku perlu habiskan untuk menulis buku, aku gunakan untuk membentuk seratus pemuda Islam. Setiap orang daripada mereka menjadi sebuah buku yang hidup, bercakap, beramal dan meninggalkan kesan. Aku hantarkan setiap orang daripada mereka ke sebuah Negara daripada Negara-negara Islam, lalu mereka membentuk para pemuda di situ sebagaimana aku membentuk mereka.”

Maka, apapun yang hendak dikarang, biarlah yang boleh meninggalkan kesan yang bermanfaat kepada umat

Monday, June 06, 2011

Kisah lelaki yang bermalam di syurga

Lima orang buruh yang sangat miskin tinggal di sebuah kampong yang kecil. Mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menampung sara hidup diri sendiri dan keluarga.
Kelima-lima mereka berpakat untuk mencari pekerjaan di bandar bersebelahan dengan kampong mereka.

Mulalah mereka membanting tulang di Bandar setiap hari dari pagi hingga ke petang. Mereka hanya pulang ke kampong menemui keluarga pada cuti hujung minggu. Namun salah seorang daripada mereka tidak begitu. Setelah selesai pekerjaan yang dilakukan ketika menjelang waktu Maghrib, dia segera menunaikan solat, kemudian bergegas pulang ke rumahnya di kampong. Keesokannya dia datang semula ke Bandar untuk meneruskan kerjanya.

Keadaan itu membuatkan kawan-kawan berasa hairan. Mereka berkata kepadanya, “mengapa kamu memenatkan diri berulang alik tidur bersama keluarga di kampong yang jauh jaraknya, pada hal kamu tak ada isteri dan anak-anak?”

Dia menjawab, “sesungguhnya aku pulang setiap malam untuk tidur di syurga!”
Kata-kata itu disambut dengan gelak ketawa oleh teman-temannya. Mereka berkata, “selama ini kami anggap kamu seorang yang siuman. Mungkin disebabkan kamu terlalu penat berulang alik fikiran kamu jadi kacau. Lebih baik kamu jumpa doctor supaya dia periksa dan rawat kamu.”

Dia menjawab, “sebelum jumpa doctor, mari kita jumpa seseorang yang boleh jadi orang tengah yang dapat menentukan bahawa kata-kataku adalah benar dan kamu tidak akan mendustaiku lagi.”

Mereka bertemu dengan seorang imam di sebuah masjid, lalu menceritakan kisah kawan mereka itu.

Dengan tenang imam meminta lelaki itu menceritakan kisahnya.

Dia berkata, “saya adalah anak tunggal kepada dua ibu bapa yang telah tua. Sayalah yang bertanggungjawab mencari nafkah untuk menyara mereka. Selepas selesai bekerja dan menunaikan solat Maghrib, saya terus pulang ke rumah saya di kampong. Setiba di rumah saya dapati ayah dan ibu saya telah makan malam dan tidur dengan nyenyak. Saya mengambil selimut dan tidur di hujung kaki mereka. Apabila fajar menjelang, saya membangungkan mereka untuk menunaikan solat Subuh. Saya sediakan air untuk mereka berwuduk, menyediakan sarapan dan keperluan-keperluan mereka. Selepas itu barulah saya ke Bandar untuk menyambung kerja dengan hati yang tenang. Saya benar-benar rasa bahagia kerana dapat menghabiskan malam saya di syurga.”

Imam berkata kepada empat orang sahabatnya, “demi Allah, sahabat kamu ini benar! Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): “Syurga itu di bawah telapak kaki ibu”

Wednesday, May 25, 2011

MEREBUT PELUANG

Seorang pemuda datang membawa hajat setinggi gunung untuk menyunting anak dara sunti, puteri kepada seorang peladang yang berjaya. Peladang itu merenung pemuda mencari kepastian pada wajah anak muda yang bercita-cita menjadi menantunya itu. Dengan tenang dia berkata:

- Wahai anakku, kamu pergi ke ladang dan berdiri di sebelah kandang. Aku akan melepaskan tiga ekor lembu jantan satu demi satu. Sekiranya kamu dapat menangkap ekor salah seekor lembu-lembu itu, kamu dapat berkahwin dengan anakku.

Pemuda itu pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh peladang dan berdiri menunggu lembu jantan seperti yang diminta.

Peladang membuka pintu kandang, maka keluarlah seekor lembu jantan paling besar dan paling buas yang pernah dilihat dalam hidupnya. Hatinya berkata, lebih baik dia tunggu lembu jantan kedua yang mungkin lebih mudah untuk ditangkap ekornya daripada lembu besar yang ganas ini. Dia berundur beberapa tapak membiarkan lembu itu melintasinya dan berlalu pergi. Kemudian peladang membuka kandang sekali lagi. Pemuda tercengang. Dia nampak sesuatu yang hampir-hampir tidak boleh diterima akal! Di hadapannya seekor lembu jantan yang lebih besar dan lebih ganas daripada yang pertama tadi. Lembu jantan itu melompat-lompat sambil mengeboo dengan suara yang nyaring. Air liur meleleh dari mulutnya sedang matanya tepat merenung ke arah pemuda itu. Sekali lagi pemuda itu berundur. Dia berazam, apapun rupa dan keadaan lembu jantan ke tiga, hatta lebih teruk daripada yang ini dia pasti akan akan menangkap ekornya. Dan lembu jantan itupun berlalu.

Peladang membuka kandang buat kali ke tiga. Pemuda tersenyum ceria apabila terpandang lembu jantan yang kurus, lemah tak bermaya. Sesungguhnya inilah lembu jantan paling sesuai untuk ditangkap ekornya. Pemuda membetulkan keadaan, bersiap sedia untuk menangkap ekor lembu jantan yang sedang memulakan langkahnya untuk keluar dari kandang.
Namun, malang bagi si pemuda. Rupa-rupanya lembu jantan itu kudung, ekornya tidak ada!

Itulah. Kadang-kadang kita gagal bukan kerana tidak ada peluang, tapi kerana tidak merebut peluang. Hal ini pernah terjadi pada seorang sahabat yang bernama Asy’ath bin Qais.

Asy’ath bin Qais datang ke Mekah pada permulaan nubuwwah (Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul) untuk menjalankan perniagaa. Ketika sedang rancak berurusniaga dengan al-‘Abbas bin Abdul Muttalib, waktu itu matahari sudah condong ke barat, dia terpandang seorang lelaki berdiri di suatu tempat. Sebentar kemudian dia nampak seorang kanak-kanak datang dan berdiri di sebelah lelaki itu dan diikuti pula dengan seorang perempuan yang berdiri di belakang mereka berdua. Asy’ath bin Qais bertanya kepada al-‘Abbas:
- Siapa lelaki itu?
- Anak saudaraku, Muhammad.
- Siapa kanak-kanak itu?
- Anak suadaraku juga, Ali.
- Perempuan itu?
- Isteri Muhammad, Khadijah binti Khuwailid.
- Apa yang sedang mereka lakukan?
- Mereka mengerjakan solat. Anak saudaraku itu mendakwa dia seorang Nabi. Suatu hari nanti dia akan menguasai kerajaan Rum dan Parsi. Adakah kamu ingin berbicara dengannya?
- Tak mengapa. Mari kita teruskan urusan jual beli kita.

20 tahun kemudian, Asy’ath bin Qais memeluk Islam ketika Fathu-Makkah. Sambil menangis beliau mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Nabi s.a.w.
Nabi berkata kepada Asy’ath bin Qais, “Tahukah engkau wahai Asy’ath, sesungguhnya Islam menghapuskan semua kejahatan yang lalu?” Asy’ath menjawab, “Aku menangis bukan kerana bimbangkan dosaku yang lalu, tapi aku menyesal kerana aku telah didatangi peluang untuk menjadi orang ketiga mengikutimu dulu, namun aku menolaknya. Aduhai, alangkah bertuahnya kalau aku datang kepadamu dan mendengar!”

Kesaksian Ustadz Hilmi Aminudin atas Ustadzah Yoyoh Yusroh


Assalamu ‘alaikum wr. wb.

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un tsumma Innalillahi wa inna ilaihi
raji’un tsumma Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Alhamdulillah wash sholatu was salamu ‘ala rasulillah wa ‘ala
alihi wasohbihi wa ma walah.

Wa qolallahu azza wa jalla fi kitabihil aziz, a’udzubillahi minasy
syaitanir rajim,

wa likulli ummatin ajal, faidza ja-a ajaluhum la yasta’khiruna saah
– wa la yastaqdimun.

wa qola: kullu nafsin dza-iqatul maut, wainnama tuwaffauna ujurakum
yaumal qiyamah, fa man zuhziha ‘anin naari wa udkhilal jannata fa qad
faza. Wa mal hayatud dunya illa mata’ul ghurur.

wa qola: minal mukminina rijalun shodaqu ma ‘ahadullaha alaihi, fa
minhum man qadla nahbahu wa minhum man yantazhir, wa ma baddalu
tabdilaa.

Shodaqollahu azhim

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan Allah swt,

Saya diminta untuk mewakili keluarga besar almarhumah ustadzah Yoyoh
Yusroh dan keluarga besar ayahanda beliau, ayahanda almarhumah, KH
Abdushshomad (alm) dan Hj. Siti Aminah ibunda Yoyoh, begitu juga tiga
belas anak-anaknya.

Pertama-tama untuk menyampaikan terima kasih sebesar-besarnya kepada
hadirin-hadirat yang telah meluangkan waktu untuk bertakziyah dan
mendoakan almarhumah. Mudah-mudahan doanya insya Allah diterima oleh
Allah swt.

Jika sebagai manusia ada kekhilafan, ada kesalahan, ada kelalaian mohon
dimaafkan. Begitu juga jika ada hutang-piutang yang tidak diketahui
keluarga mohon disampaikan kepada pihak keluarga untuk diselesaikan dan
atau kemudian jika tidak sempat menghubungi keluarga mudah-mudahan bisa
meridhokan, bisa meridhokan sehingga tidak menjadi beban bagi
almarhumah.

Hadrin dan hadirat yang dimuliakan Allah swt,

Selain mewakili keluarga besar almarhumah saya di sini juga mewakili
keluarga besar jamaah Partai Keadilan Sejahtera yang pada hari ini merasa
kehilangan kader terbaiknya, kader yang merintis dari awal pertumbuhan
jamaah dakwah ini, gerakan dakwah ini. Dari awal tahun 80 beliau sudah
bergabung dengan aktifitas dakwah ini, bergabung dengan penuh semangat
wala wal intima', semangat loyalitas dan komitmen.
Bergabung dalam gerakan dakwah ini dengan semangat thoat
wat tadlhiyyah. Seluruh hidupnya diwakafkan, diserahkan
pada dakwah ini. Seluruh perjalanan hidupnya telah bergabung dengan
dakwah ini secara totalitas, diberikan untuk dakwah ini. Dalam hal ini
kita merasa kehilangan.

Sesungguhnya yang merasa kehilangan bukan hanya jamaah dakwah Partai
Keadilan Sejahtera, bukan hanya bangsa Indonesia, tetapi saya sendiri
dari sejak pagi menerima takziyah dari segenap penjuru dunia, dari
negara-negara ASEAN, dari negara-negara Timur Tengah menyampaiakn
takziyah ini. Karena sekali lagi yang kehilangan bukan hanya jamaah
dakwah Partai Keadilan Sejahtera, bukan hanya bumi pertiwi Indonesia,
tapi ikut kehilangan juga Masjidil Aqsha dengan Baitul Maqdis-nya,
seluruh mujahidin-mujahidah di Palestin sudah menyampaikan takziyahnya
dan merasa kehilangan. Bukan hanya bumi Indonesia yang kehilangan
amarhumah bahkan bumi di mana terletak Masjidil Aqsha-pun merasa
kehilangan, bumi para mujahidin-mujahidah yang sampai hari ini sedang
dikepung oleh tentara zionisme Israel turut juga merasa kehilangan.
Karena beliau selain mewakili jamaah dakwah Partai Keadilan Sejahtera,
sebagai anggota DPR juga mewakili bangsa Indonesia hadir di tengah-tengah
pejuang mujahidin di Gaza, sehingga mereka pun ikut merasa kehilangan.

Bahkan, baru saja kita juga menerima takziyah dari kesatuan-kesatuan
milliter dan kepolisian Indonesia yang sedang bertugas melaksanakan
menjaga perdamaian di Sudan di Darfur pun menyampaikan takziyahnya.
Semuanya ini adalah merupakan respon atas kehilangan seorang daiyah
seorang mujahid/mujahidah dakwah yang telah memperlihatkan dedikasinya
untuk apa yang dia yakini, apa yang dia cita-citakan dan apa yang dia
perjungkan.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan Allah swt,

Sekilas bagaimana dakwah ini bertemu dengan beliau, pada akhir tahun –
sekitar pertengahan tahun 80 beliau sebagai mahasiswi di IAIN Ciputat,
waktu itu masih mahasiswi baru dan kebetulan saya sekali-kali diundang
ceramah oleh mahsiswa di sana - mahasiswi di sana, ternyata beliau bukan
hanya pendengar ceramah yang baik tapi langsung menginginkan adanya
komitmen dengan nilai-nilai yang diceramahkan. Dan sejak saat itulah
beliau tidak pernah lepas dengan dakwah ini, dengan segala
pengorbanannya. Bahkan ketika rezim Orde Baru memenjarakan saya selama
dua tahun beliau terus melakukan langkah-langkah dakwah dan ketika saya
keluar dari penjara beliau segera menemui saya lagi dan bergabung lagi,
tanpa malu dengan eks tahanan politik. Terus bergabung.

Bahkan ada titik-titik sejarah yang mungkin pada generasi sekarang sulit
mengaplikasikannnya. Ketika masuk saatnya beliau harus menikah beliau
datang kepada saya dan mengatakan, “Ustadz saya diminta orang tua untuk
segera menikah.†Saya katakan, “Insya Allah saya doakan semoga
diberikan kemudahan.†“Tapi calonnya minta dicarikan ustadz,
saya ingin sesama aktifis dakwah.†“Ada pilihan?†“Tidak ada
pilihan. Pilihan jamaah dan pilihan Allah itulah yang akan menjadi
pilihan saya.â€

Dan segeralah saya mencari-cari siapa yang sudah jadi, sudah tentu
pada saat itu masih mahasiswa dan mahasiswi yang iklimnya sulit
untuk siap nikah waktu itu. Dalam kesulitan mencari itu akhirnya kita
menggunakan logika qum ya Hudzaifah! Lalu yang menyambut panggilan
qum ya Hudzaifah, itulah suami beliau yang setia mendampingi
beliau sampai sekarang yaitu akhunal fadhil Budi Darmawan. Yang ketika
saya minta segera mengasih tahu orang tua beliau di Bandung, bahkan belum
tahu nama lengkapnya. Ketika ditanya oleh orang tuanya, “Budi siapa
nama calon istrimu?†“Yoyoh.†“Yoyoh apa?†“Belum
tahu.†Tapi orang tua Budi Darmawan ini seorang sholih dan sholihah dan
menemui saya dan merestui rencana pernikahan bahkan mempersiapkan segala
perangkat rumah tangganya dan kemudian sayalah yang melamar beliau kepada
KH. Abdushshomad almarhum, yang kemudian juga beberapa hari kemudian
menyelenggarakan pernikahannya. Seluruhnya bahkan proses ini sepertinya
almarhumah dan akh Budi Darmawan kayaknya belum pernah ketemu sebelum
proses ini. Inilah sikap generasi pertama dari yang memegang
komitmen dengan dakwah ini. Yang kisah-kisah seperti itu sangat banyak
tapi yang sangat menonjol adalah kisah almarhumah ini.

Begitu juga dengan perjuangan-perjuangan, baik sebelum era reformasi
dengan segala ketekunannya ekspansi dakwah hampir ke seluruh penjuru
Indonesia dan sesudah era reformasi dan kita bersama komponen bangsa yang
lain membangun kehidupan berbangsa dan bernegara ini menuju yang lebih
baik, almarhumah dengan sangat tekun menjadi legislator dua periode di
DPR, Ti Ti...tiga? Tiga periode di DPR, yang periode
ketiganya ini belum selesai. Jadi beliau tiga periode ini secara terus
menerus berjuang dan membuktikan dedikasi dalam kiprahnya. Bahkan ketika
ditugaskan di komisi I, luar biasa perkembangan kiprahnya merambah
seluruh dunia yang memerlukan kontribusi Indonesia baik dalam pembebasan
Palestina, perdamaian Sudan atau di Lebanon atau di Istanbul hampir
tugas-tugas internasional semua beliau laksanakan. Ini sudah barang tentu
menjadi suri tauladan bagi kita semua dan beliau tidak pernah dalam
melaksankan tugas ini mengeluh biaya dan menanyakan dari mana biayanya?
Siapa yang mengurusnya? Tidak! Seluruhnya dimenej dikelola dengan
kemampuan semangat ruhul badzlu wat tadlhiyah. Keteladanan inilah
yang harus kita ikuti dan kita lanjutkan.

Sudah barang tentu beliau tadi jam 03.30 dipanggil oleh Allah swt untuk
insya Allah menikmati pahala dari kerja keras, dari pengorbanan, dari
perjuangan, dari jerih payah. Mudah-mudahan insya Allah kita diberi
kesempatan oleh Allah swt untuk bergabung dengan beliau kalak di
jannatil Firdausi a'la.

Tadi saya bacakan ayat yang menyebutkan minal mukminina rijalun
shodaqu ma ‘ahadullaha alaihi, fa minhum man qadla nahbahu wa minhum
man yantazhir, dan almarhumah termasuk yang man qadla
nahbahu, telah menunaikan tugasnya dan menghadap kepada Allah
swt, dan kita termasuk waminhum man yantazhir. Mudah-mudahan kita
diberi kekuatan oleh Allah swt utk tetap meneruskan semangat seperti yang
dicontohkan oleh almarhumah yaitu semangat wala baddalu tabdilla,
tidak pernah mau mengubah keyakinan keimanan dan aqidahnya,
tidak pernah mau merubah idealisme sikapnya dan tidak mau merubah minhaj
langkah-langkah perjuangannya dan tdk mau merubah ghoyah tujuan
perjuangannnya, wa ma baddalu tabdiila, itulah yang diwariskan
oleh almarhumah kepada kita. Mudah-mudahan Allah swt pertama-tama
menempatkan almarhumah fi maq'adi shidqin ‘inda
malikin muqtadir dan mudah-mudahan juga memberikan kepada kita
semangat wa ma baddalu tabdiila, istiqomah terus lurus dalam
memperjuangkan nilai-nilai yang diajarkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan oleh Allah swt,

Kisah perjuangan beliau kalau ditulis mungkin berjilid-jilid buku.
Silahkan dari saya sebagai pembuka bagi hadirin-hadirat yang mungkin
kreatif memunculkan sejarah-sejarah perjuangan dari kader-kader dakwah
yang telah qodho nakhbahu yang telah menunaikan tugasnya
dengan sungguh benar. Mudah-mudahan insya Allah bisa diwariskan
kepada generasi penerusnya terutama putra-putrinya yang insya Allah dalam
kesibukannya berjuang tapi insya Allah putra-putrinya tiga belas adalah
minash shilihin was sholihat. Dan ini juga membuktikan bahwa
kesibukan perjuangan tidak membuat lalai mengurus rumah tangga, begitu
juga kesibukan rumah tangga tidak membuat lalai untuk melaksanakan
tugas-tugas perjuangan. Ini contoh mempertemukan antara tugas-tugas
kerumahtanggaan dan tugas-tugas perjuangan disatupadukan dalam jiwa hidup
perjuangan dan pengorbanan yang penuh telah diberikan oleh almarhumah
ustadzah Yoyoh Yusroh. Insya Allah, aqulu qouli hadza, astaghfirullaha li
wa lakum.

Assalamu ‘alaikum wr wb.

[Translate dari rekaman audio oleh Abu Rasyidah /

www.mimbarpenyuluh.com]

Catatan:

Sambutan ini disampaikan dihadapan ratusan pelayat setelah
pelaksanaan sholat jenazah atas almarhumah Yoyoh Yusroh di Masjid Komplek
Rumah Dinas DPR RI – Kalibata, Sabtu 21 Mei 2011 / 17 J. Tsani 1432,
sesaat sebelum diberangkatkan ke Tangerang untuk dimakamkan.
Teks kesaksian ini merupakan hasil translate dari rekaman suara, dan
ada beberapa kata yang barangkali tidak sama persis karena suaranya tidak
terekam jelas (sepertinya tidak lebih dari 5 kata), tetapi tidak sampai
menggangu dari segi isi.
Nada suara ustadz Hilmi Aminudin berat dan beberapa kali sangat
nampak kesedihan dan keharuan beliau bahkan hampir pecah tangis.
Dari kalangan jamaah juga sesekali terdengar isak tangis kesedihan
dan beberapa kali terdengar takbir mendengar kisah perjuangan almarhum
ustadzah Yoyoh Yusroh.

Monday, May 23, 2011

Biarkan kolam itu sehingga airnya tenang

Di sebuah desa terdapat seorang gadis kecil yang comel. Setiap hari dia akan pergi ke sebuah kolam kecil yang sangat tenang airnya. Dia sangat suka melihat bayangan wajahnya yang comel itu.

Pada suatu hari dia membawa adik lelakinya bersama. Seperti biasa dia melihat bayangan wajahnya sambil menguraikan rambutnya yang ekal. Tiba-tiba tanpa diduga adiknya mengambil seketul batu dan membalingkannya ke dalam kolam. Berkocaklah air yang tenang itu dan tentulah wajah comelnya di dalam air pun turut berkocak.

Bukan kepalang marahnya kepada adiknya kerana perbuatan itu. Dia cuba sedaya upaya untuk menghentikan kocakan itu. Dia mengelilingi setiap sudut kolam, memegang gigi air untuk menghentikan air yang sedang berkocak. Namun gagal.

Dalam keadaan itu, seorang tua melintasi tempat itu. Dia bertanya apa masalah yg dihadapi? Gadis kecil menceritakan apa yang terjadi. Orang tua itu berkata, aku akan beritahu kamu satu-satunya cara untuk menghentikan kocakan air di dalam kolam itu, namun cara itu amat sukar.

Gadis kecil menjawab bahawa dia akan lakukan walaupun sukar atau terpaksa membayar dengan harga yang mahal!

Lantas orang tua berkata:
Biarkan kolam itu sehingga airnya menjadi tenang!

Pengajaran: kadang-kadang kita berdepan dengan sesuatu masalah, makin kita cuba untuk menyelesaikannya, makin bertambah kusut. Di sinilah perlunya kesabaran. Tunggu masanya. Insya Allah penyelesaian pasti datang.

Sunday, May 15, 2011

ANDA BANYAK MASALAH?

Diceritakan bahawa seorang lelaki menghadapi pelbagai masalah yang sangat berat. Hatinya runsing, fikirannya kacau bilau memikirkan jalan penyelesaian yang tak kunjung datang. Pintu-pintu harapan bagaikan tertutup rapat, tidak tahu arah mana hendak dituju, kepada siapa hendak mengadu?

Akhirnya dia membuat keputusan untuk bertemu dengan seorang hakeem (orang bijak pandai), mudah-mudahan dia dapat memberi nasihat berguna dan menunjukkan jalan penyelesaian kepadanya.

Setelah bertemu dengan hakeem tersebut, dia berkata:
- Wahai Hakeem, sesungguhnya aku datang kepadamu untuk mengadu masalah yang aku hadapi, yang membuat aku sangat tertekan, tidak ku temui jalan penyelesaiannya. Maka bantulah aku!
Setelah meneliti wajah lelaki itu, Hakeem berkata:
- Aku ingin bertanya kamu dua soalan. Kamu mesti menjawabnya
- Silakan wahai Hakeem
- Adakah kamu datang ke dunia ini dengan membawa semua masalah-masalah itu brsama dengan kamu?
- Tentunya tidak!
- Adakah kamu akan tinggalkan dunia ini dengan membawa semua masalah-masalah itu bersama dengan kamu?
- Tentunya tidak!
- Perkara yang kamu tidak bawa bersama semasa kamu lahir, dan kamu tidak mahu membawanya bersama ketika kamu mati, maka selayaknya janganlah kamu jadikan masalah ini membenani dirimu. Jadilah kamu seorang yang banyak bersabar dalam menghadapi karenah dunia. Hendaklah pandanganmu ke langit lebih lama daripada pandanganmu ke bumi, nescaya kamu akan perolehi ap yang kamu cari.

Mendengar nasihat itu, lelaki itupun kembali dengan dada yang lapang,fikiran yang tenang dan hati yang girang sambil kata-kata Hakeem diulang-ulang:
- Perkara yang kamu tidak bawa bersama semasa datang, dan kamu tidak akan bawa bersama semasa pulang, maka jangan jadikan ia sebagai beban!

Tambahan beberapa bayt syair karya Imam ash-Shafi’ei:

Biarkan hari-hari berbuat apa yang dia mahu
Tenangkan jiwamu apabila telah berlaku apa yang ditentu
Jangan mengeluh lantaran peristiwa yang berlaku pada malam-malam yang lalu
Kerana segala peristiwa di dunia ini tiada yang akan kekal begitu

Monday, May 02, 2011

Kenyataan IM berhubung pembunuhan Usamah bin Laden

Sesungguhnya dunia seluruhnya dan orang-orang Islam khususnya telah sekian lama disogokkan dengan propaganda media yang mengaitkan Islam dengan keganasan dan orang-orang Islam adalah pengganas ekoran dari tuduhan bahawa peristiwa 11 September adalah hasil perancangan al-Qaedah

Kini, presiden Amerika mengisytiharkan pula bahawa pasukan khas tentera marin Amerika telah berjaya membunuh Usamah termasuk seorang wanita, seorang anak Usamah dan beberapa orang pengikutnya. Berikutan itu, kami mendapati bahawa di hadapan kami terpampang satu pendirian baru.

Ikhwan Muslimin (IM) menegaskan bahawa kami menentang penggunaan kekerasan secara umum, menentang apa jua pembunuhan yang tidak berlandaskan undang-undang. Kami sentiasa mendokong perbicaraan yang adil ke atas mana-mana individu yang melakukan apa-apa jenis jenayah sekalipun.

IM menuntut dunia seluruhnya dan negara-negara Barat khususnya, sama ada kerajaan atau rakyat mereka berhenti dari mengaitkan Islam dengan keganasan. Mereka hendaklah membetulkan gambaran yang sengaja diselewengkan mengenai Islam dan digembar-gemburkan sejak beberapa tahun lamanya.

IM menegaskan bahawa menentang penjajahan asing ke atas mana-mana negara adalah sesuatu yang sah dan dituntut. Melawan penjajah merupakan hak setiap insan yang dijamin oleh Syariat semua agama Samawi dan perjanjijan-perjanjian antara bangsa. Sesungguhnya mencampuradukkan antara perjuangan menentang penjajah yang dibenarkan oleh undang-undang dengan kekerasan yang dilakukan terhadap orang-orang yang tidak berdosa merupakan suatu perancangan yang disengajakan oleh zionis itu sendiri.

Justeru, selagi mana ada penjajahan, selama itu akan wujud penentangan. Amerika, Nato, Kesatuan Eropah hendaklah segera mengisytiharkan penamatan penjajahan mereka ke atas Afghanistan dan Iraq. Mereka juga hendaklah mengiktiraf hak-hak rakyat Palestin yang sah.

IM menuntut US supaya berhenti dari tindakan merisik pihak yang tidak sepakat dengannya dan berhenti dari campur tangan urusan dalaman mana-mana negara Arab atau negara orang Islam.

الإخوان المسلمون
القاهرة في: 29 من جمادى الأولى 1432هـ الموافق 2 من مايو 2011م
http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?ArtID=83551&SecID=230

Sunday, May 01, 2011

Kasih ibu

Kita sering mendengar dendangan kasih ibu membawa ke syurga. Namun hari ini banyak pula terjadi kasih ibu tercampak merata-rata; di tepi longkang, di dalam hutan, di dalam jamban dan di mana-mana.

Pagi ini saya bertemu beberapa bait syair yang menyentuh jiwa, menggambarkan betapa mendalamnya kasih ibu. Tiada sempadan untuk disukat, tiada batas untuk diukur dan tiada harga untuk dinilai.

أغرى أمرؤ يوماً غلاماً جاهلاً بنقوده كي ما يحيق بـه الضـرر
قال ائتني بفـؤاد أمك يا فتـى ولك الجواهـر والدراهـم والدرر
فأتى فأغرز خنجراً في قلبهـا والقلب أخرجـه وعاد على الأثر
ولكنه من فـرط سرعة هوى فتدحرج القـلب المعفـر بالأثـر
نـاداه قلب الأم وهـو معفـر ولدي حبيبي هل أصابك من ضرر

Lebih kurang maksudnya:

Suatu hari seseorang memperdaya pemuda yang bodoh
Untuk memberikan sejumlah wang yang boleh mengelakkannya dari kesempitan
Dia berkata kepadanya, wahai orang muda! Bawakan kepadaku hati ibumu
Nescaya ku berikan kepadamu emas permata, wang perak dan mutiara berharga
Maka dia pergi mendapatkan ibunya menghunus pisau belati menusuk ke dadanya
Dikeluarkan hati ibu lantas berlari ke tempat yang dijanji
Namun dia tersungkur lantaran terlalu pantasnya ia berlari
Maka tergoleklah hati yang dibawanya jatuh ke bumi bersalut pepasir
Lalu hati ibu yang dibalut pepasir menyeru anaknya
Duhai anakku sayang, adakah engkau ditimpa kecelakaan?

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU, 8 MAY 2011
SAYANGILAH IBU, SEMOGA ALLAH MENYAYANGIMU!

Tuesday, April 26, 2011

Doa untukmu

Antara perkara yang membahagiakan seseorang ialah rasa disayangi dan dihargai.
Seorang sahabat menceritakan kepada saya, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ditemui mati membunuh diri di landasan keretapi yang terletak kira-kira 50 km dari rumahnya. Untuk sampai ke situ dia mesti menukar haluan dan menukar keretapi beberapa kali. Di dalam biliknya ditemui sekeping nota yang ditulis sebelum dia membuat keputusan nekad untuk membunuh diri. Di dalam nota tersebut dia mencurahkan isi hatinya bahawa dia berasa sangat sunyi, hidup sendirian tanpa siapapun mempedulikannya. Ayah dan ibunya sibuk dengan kerjaya masing-masing. Sekiranya dalam perjalanannya nanti dia bertemu dengan seorang manusia yang senyum kepadanya, dia akan batalkan niat membunuh diri.
Ya! Hanya seorang yang senyum sudah cukup untuk dia rasa dihargai akan kewujudannya di muka bumi ini. Dan penemuan mayatnya di tempat yang begitu jauh dengan menaiki beberapa gerabak kereta api, membuktikan bahawa sepanjang perjalanan itu tiada sekuntum senyumanpun yang dilemparkan ke arahnya!
Lantas, untuk apa dia hidup di dunia ini?
Namun mukmin tidak akan mengalami semua itu. Walaupun tiada seorang manusiapun yang sudi melemparkan sekuntum senyuman atau mengungkap sekelimah ucapan sayang, mukmin tidak akan rasa kesepian. Allah sentiasa bersamanya, cinta Allah melimpah ruah meresapi seluruh jiwanya. Membaca kitab Allah, penuh dengan ungkapan cinta kepada sekelian makhluk-Nya, terutama yang memiliki sifat tertentu yang dianjurkan-Nya. Sesungguhnya Allah cinta kepada orang yang bertaubat dan membersihkan diri dari najis dan kekotoran, cinta kepada orang yang sabar, cinta kepada orang yang bertaqwa, cinta kepada orang yang berbuat kebaikan, cinta kepada orang yang mengikut Nabi s.a.w., cinta kepada orang berperang di jalan-Nya dalam satu barisan yang tersusun kukuh.
Tidak cukup sekadar itu, sekelian makhluk diperintahkan agar mencintai hamba yang dicintai Allah. Makhluk yang paling pantas menyahut perintah itu tentulah para malaikat yang tidak kenal erti derhaka. Renungkan ayat-ayat di bawah yang menceritakan betapa intimnya para malaikat dengan manusia yang dicintai Allah:
- Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): Wahai Tuhan kami! Rahmat-Mu dan Ilmu-Mu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalan-Mu dan peliharalah mereka dari azab Neraka.
- Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka dan (masukkanlah bersama-sama mereka): Orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
- Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya).
(Ghafir 40: 7, 8, 9)

Sunday, April 24, 2011

Sujud



Semua makhluk sujud kepada Allah Yang Maha Pencipta.
Manusia yang enggan sujud kepada Allah merupakan makhluk terbuang dan terasing.

Keengganan sujud kepada Pencipta adalah suatu fenomena takbur yang dawarisi daripada Iblis laknatullah.

Muslim diajar sujud kepada Allah di dalam solat lima waktu sehari semalam. Di dalam solat lima waktu itu, muslim sujud sebanyak 34 kali.

Kenapa 34 kali? Hanya Dia sahaja yang mengetahui.

34 kali ini disusun mengikut sistem yang begitu teratur pada waktu-waktu yang tertentu dengan cara-cara tertentu.

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh anggota.” Al-Bukhari

Satu lagi bukti menunjukkan kepentingan angka 7 dalam ajaran Islam selain daripada tawaf 7 pusingan, al-Fatihah 7 ayat dan lain-lain.

Bilangan 34 tidak terhasil daripada gandaan 7. Tetapi bilangan itu terdiri daripada angka 3 dan 4, jika dijumlahkan keduanya jawapannya adalah 7.

Jika diperhatikan bilangan sujud dibahagikan di dalam setiap solat seperti berikut:
Subuh 4
Zohor 8
Asar 8
Maghrib 6
Isyak 8
86884 adalah hasil darab 7, iaitu 7 x 12412 = 86884.

Kalau kita susun waktu solat mula dengan Asar (solat al-wusto)
Asar 8
Maghrib 6
Isyak 8
Subuh 4
Zohor 8
Susunannya : 84868 merupakan hasil darab 7 juga, iaitu 7 x 12124 = 84868

Itulah bukti kebenaran Islam ini datangnya daripada Allah.

Dipetik daripada:
http://www.kaheel7.com/modules.php?name=News&file=article&sid=732

Wednesday, April 20, 2011

Hari-hari yang berlalu … itulah umurmu!

Genap satu tahun, bermula pula tahun yang baru. Begitulah putaran dunia ini. Hari menjadi bulan. Bulan bertukar tahun melintasi hidup kita dengan kepantasan yang begitu menakjubkan.

Adakah kita benar-benar mengetahui nilainya?

Sesungguhnya hari-hari yang berlalu tidak lain dan tidak bukan, itulah sebenarnya usia kita.

Berlalu satu hari, bahkan satu detik, berkuranglah umur kita dan bertambah dekatlah kita kepada ajal. Detik yang sedang kita berada sekarang ini sekejap lagi akan pergi seperti detik-detik lalu yang telah pergi. Dan detik yang lain pula akan menggantikan tempatnya. Kemudian pergi lagi dan bertukar lagi. Kemudian, tiba-tiba, sedar tak sedar kita telah berada di dalam kubur!

Maka apa yang kita sediakan?

Detik inilah satu-satunya peluang untuk kita mengumpul bekalan kerana apabila kita telah terbaring di dalam kubur, tiada lagi peluang untuk mencari bekalan, tiada lagi peluang untuk kembali memperbaiki kesilapan.

Maka apa yang patut kita persiapkan?

Soalan yang mesti dijawab sendiri oleh setiap orang daripada kita. Renung dan tanyalah diri sendiri apa bekalan untuk hidup di alam barzakh dan alam akhirat nanti? Apa persediaan yang telah dibuat untuk mengadap Allah Yang Maha Agong di padang mahsyar kelak? Fikirkanlah…

Adakah amalan bertambah dengan penambahan usia di muka bumi ini?

Adakah semakin dekat dengan ajal kita semakin dekat dengan Allah ‘Azza wa Jalla?
Adakah akaun pahala kita meningkat hari demi hari?

Adakah kita termasuk orang yang umurnya makin kurang dan amalan juga kian merosot? Dan lebih malang lagi kalau orang yang umurnya makin berkurang, maksiat pula bertambah kencang. Semoga kita dijauhkan Allah dari termasuk dalam kedua-dua golongan tersebut.

Monday, April 18, 2011

قرية – قارئة – قارعة

Tiga perkataan di atas semuanya dieja dengan huruf rumi qariah. Mereka yang tidak tahu perkataan asal dalam bahasa Arab seringkali tersalah sebut menyebabkan maksud yang dikehendaki jauh menyimpang. Kerana itu ejaan rumi bagi perkataan itu mesti dipinda untuk mengelak kesilapan menyebut yang membawa kesilapan maksud.

1. قرية – qaryah bermaksud kampong

2. قارئة – qari-ah bermakna orang perempuan yang membaca. Di kalangan masyarakat Islam di Malaysia, bila disebut قارئة ia bererti orang perempuan yang membaca al-Quran.

3. قارعة – qari’ah bermaksud Hari Qiamat sebagaimana terdapat di dalam salah satu surah al-Quran (surah ke 101).

Pastikan yang mana satu maksud yang anda kehendaki dan sebut biar betul.

Friday, April 15, 2011

Tuhan itu adil atau zalim?

Diceritakan bahawa seorang ibu telah datang menemui Nabi Daud a.s. lalu berkata:

Ibu – Wahai Nabi Allah! Adakah Tuhanmu zalim atau adil?

Nabi Daud – kenapa kamu ini wahai perempuan? Tuhan itu Maha Adil dan tidak pernah melakukan kezaliman! Apa yang telah berlaku ke atas dirimu?

Ibu – Aku seorang balu. Bersamaku tiga orang anak perempuan yang masih kecil. Aku menjaga mereka seorang diri dengan hasil tenunan tanganku. Semalam aku mengikat kemas-kemas tenunanku dalam sehelai kain berwarna merah dan membawanya ke pasar untuk dijual kemudian membeli barang-barang keperluan anak-anakku. Di pertengahan jalan, tiba-tiba seekor burung menyerangku, lantas menyambar tenunanku dan terbang entah ke mana. Kini tiada lagi yang tinggal untukku menyara anak-anakku.

Belum sempat Nabi Daud menjawab kata-kata ibu tersebut, tiba-tiba pintu diketuk dan Nabi mengizinkan orang yang mengetuk pintu itu masuk. Tetamu yang baru tiba itu terdiri daripada 10 orang saudagar yang di dalam tangan masing-masing terdapat wang sebanyak 100 dinar. Mereka berkata:

Saudagar – Wahai Nabi Allah, ambillah wang dinar ini dan berilah kepada orang yang berhak menerimanya!

Nabi Daud – Apa yang menyebabkan kamu menyerahkan wang ini kepadaku?

Saudagar – Wahai Nabi Allah, semalam kami berada di atas kapal layar untuk pergi berniaga. Tiba-tiba angin bertiub sangat kencang sehingga kapal layar kami hampir pecah dan kami hampir-hampir akan karam. Tiba-tiba seekor burung mencampakkan sehelai kain berwarna merah yang terdapat di dalamnya hasil tenunan. Maka kami gunakan kain dan benang itu untuk mengikat kapal layar kami dan menampung kebocorannya. Dengan itu kami dapat mengharungi angin ribut itu dengan selamat. Kami telah bernazar dengan Nama Allah bahawa setiap orang daripada kami mengeluarkan 100 dinar sebagai sedekah kerana Allah. Dan inilah wang tersebut. Ambillah dan berilah kepada sesiapa yang berhak pada pandangan Nabi.

Nabi Daud a.s. berpaling kepada ibu tadi seraya berkata:

Nabi Daud – Tuhan yang berniaga untuk kamu di darat dan di laut, sedang kamu menuduh-Nya zalim? Ambillah wang ini dan belanjakannya untuk anak-anakmu.

Tuesday, April 12, 2011

Aku ingin kembali kepada diriku, seorang perempuan!

Seorang penulis wanita Kuwait yang terkenal, Ghanimah al-Fahd, ketua pengarang majalah ‘Usrati’ dan bekas aktivis feminism meluahkan rasa hatinya yang disiarkan di dalam sebuah majalah yang bernama ‘al-Majallah’:

Kami telah menjejaki usia tua, harapan dan cita-cita kami turut meningkat. Kami telah mencapai semua yang kami hajati; kami telah menyelami pelbagai bidang ilmu pengetahuan lebih daripada apa yang mampu kami ungkapkan…

Kami telah menjadi seperti lelaki sepenuhnya: kami memandu sendiri kereta kami, kami musafir keluar negara seorang diri, kami memakai seluar panjang, memiliki akaun sendiri di dalam bank dan kami berjaya memegang jawatan kepimpinan di segenap lapangan.

Kami bergaul dengan kaum lelaki, bertemu dengan lelaki yang pernah kami takut ketika kami masih kanak-kanak.

Kemudian… lelaki tetap lelaki! Perempuan yang telah bertukar menjadi lelaki! Perempuan menjadi pengelola ke atas rumahnya, mendidik anak-anaknya dan memerintah pembantu rumahnya!

Dan selepas kami mencapai segala perkara, dada kami berasa puas dan selesa kerana kami kaum wanita di Kuwait telah berjaya menyaingi lelaki… aku berkata kepada kamu dengan terus terang, sebagaimana kebiasaanku (suka berterus terang):

Alangkah indahnya kewanitaan, alangkah indahnya perempuan yang dilindungi oleh lelaki, lelaki yang dipandang kuat oleh wanita, yang mampu melarang wanita musafir seorang diri, yang memintanya agar duduk di rumah menjadi suri.

Alangkah indahnya semua itu! Dia (wanita) mendidik anak-anaknya sambil mengurus daerah kekuasaannya (rumahtangganya) dan dia (lelaki) sebagai ketua yang gagah…! Ya! Aku katakan semua ini selepas apa yang aku alamai sendiri.

Aku ingin kembali kepada kewanitaanku yang telah hilang ketika aku terjebak dalam medan kehidupan dan kerjaya!