Friday, June 06, 2008

Fiqh Ibadah IKIM 2

UNSUR-UNSUR PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DI DALAM IBADAH

1. Tiada yang disembah melainkan Allah
- unsur pertama ialah mentauhidkan Allah di dalam beribadah dan tidak menyengutukanNya dengan sesuatu apapun sama ada secara nyata atau tersembunyi (iyyaka na’bud…., ani’budullah wajtanibuttaghut….,
- syirik dosa paling besar (la zulmun ‘azim…., la yaghfiru an yusyraka biHi…., hadis ya ibn adam….m.s 138)
- syirik bukan berlaku secara terang-terang seperti menyembah berhala, tetapi berlaku secara senyap/diam-diam seperti riya’, menggantungkan sesuatu sebab kepada selain Allah, ini dianggap lebih bahaya
- islam juga menyekat dan mengharamkan perkara-perkara yang mungkin membawa kepada syirik seperti membuat patung, mengagungkan pemimpin lebih dari yang sepatutnya (hadis ms141) dll.

2. Tiada Perantaraan
- Allah sangat dekat dengan semua makhluk (wa iza saalaka ibadi ‘anni….ms 153)
- Tiada orang tengah, orang yang mempunyai kedudukan istimewa yang menjadi penghubung antara Tuhan dengan manusia

3. Ikhlas
- ibadah yang dilakukan dengan ikhlas sahaja yang diterima oleh Allah (wa ma umiru illa liya’budu….., innallaha la yanzuru ila ajsamikum….)
- sesumpurna manapun ibadah yang dilakukan dari segi zahir, tetapi tanpa keikhlasan ia tidak diterima (kisah hijrah…)
- niat yang ikhlas diterima walaupun tersilap atau tidak sempat disempurnakan.

4. Jauhi Bid’ah
- dalam beribadah, iaitu ibadah khusus kita hanya wajib mengikut apa yang disyari’atkan, tidak ada ruang untuk mereka-reka, menambah atau mengurang
- harus beza antara bid’ah dengan khilaf atau masalah khilafiyyah
- dalam urusan duniawi, islam menggalakkan pembaharuan dan inovasi

5. Seimbang
- insan dicipta daripada dua unsur: jasad dan roh, kedua-duanya harus seimbang
- kisah mu’az menjadi imam solat isya’
- kisah 3 lelaki bertemu isteri Nabi SAW

6. Mudah dan tidak membebankan
- islam sesuai untuk semua peringkat manusia di semua tempat dan masa
- semua yang difardhukan amat mudah
- dalam keadaan tertentu terdapat berbagai rukhsah atau kelonggaran
- tiada alasan untuk tinggalkan ibadah.

No comments:

Post a Comment