Sambungan berakhirnya musim haji…
Di dalam tidur saya bermimpi, mimpi yang sungguh membahagiakan. Saya sedang bertawaf di sekeliling Kaabah, orang ramai berpusu-pusu mengucapkan tahniah kepada saya, haji mabrur wahai Haji Sa’eid! Sesungguhnya anda telah menunaikan haji di langit sebelum menunaikan haji di bumi. Doakan untuk kami wahai Haji Sa’eid!
Kemudian saya terjaga. Demi Allah, saya rasa sungguh bahagia. Kebahagiaan yang luar biasa sekalipun saya sudah hampir pasti tidak akan berpeluang mendapat gelaran haji lagi buat selama-lamanya. Saya memuji Allah sebanyak-banyaknya, bersyukur di atas segala-galanya serta menerima dengan redha segala ketentuan-Nya. Sejurus terbangun dari tidur, telefon saya berdering. Panggilan dari tuan pengarah hospital. Beliau berkata:
- Wahai Sa’eid, saya perlukan bantuan kamu. Salah seorang ahli lembaga pengarah hospital ini hendak menunaikan haji pada tahun ini. Dia perlukan seorang pengiring yang bertindak sebagai perawat peribadi untuk menjaga kesihatannya dan memenuhi apa-apa kelperluannya. Perawat peribadinya tidak dapat pergi kerana isterinya yang sedang sarat mengandung, menunggu saat hendak bersalin pada bila-bila masa sahaja. Jadi dia tidak seanggup meninggalkannya. Bolehkah kamu tolong saya, menjadi pengiring kepada ahli lembaga pengarah itu sebagai ganti perawat peribadinya? Tolonglah! Saya takut akan kehilangan jawatan kalau kehendaknya tidak dipenuhi. Dia adalah pemilik separuh daripada saham hospital ini.
Seperti tidak sabar saya bertanya tuan pengarah:
- Sebagai pengiring, adakah dia akan membenarkan saya menunaikan haji sekali?
- Tentu boleh!
Tanpa berlengah saya terus menyatakn persetujuan untuk menjadi pengiring ahli lembaga pengarah itu tanpa apa-apa bayaran. Inilah saya telah dapat menunaikan haji saya pada tahun ini tanpa mengeluarkan belanja sedikitpun.
Meskipun saya tidak meminta apa-apa bayaran, dia tetap membayar juga kerana berpuas hati dengan khidmat yang saya beri sepanjang menunaikan haji. Saya mengambil kesempatan menceritakan nasib ibu yang miskin itu. Dia bersetuju menanggung semua kos rawatan anak wanita itu dan akan mencadangkan supaya diwujudkan tabung di hospital untuk membantu pesakit yang miskin dan fakir. Dan dia juga berjanji akan memberikan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan yang ada pada suami wanita itu di salah sebuah syarikatnya.
HAG bangun dari kerusinya lalu mengucup dahi HS dan berkata:
- Demi Allah, saya tidak pernah rasa malu seperti yang saya rasai ketika ini. Wahai akhi, sesungguhnya saya telah menunaikan haji berkali-kali. Saya menyangka bahawa saya telah melakukan sesuatu yang hebat dan kedudukan saya di sisi Allah kian terangkat setiap kali saya selesai menunaikan haji. Kini saya sedar bahawa satu kali haji yang anda lakukan menyamai 1000 kali haji saya dan orang-orang seperti saya. Saya telah pergi sendiri ke rumah Allah sedangkan anda dipanggil oleh Allah datang ke rumah-Nya!
HAG berlalu meninggalkan HS sambil mulutnya tidak henti-henti memohon ampun dari Allah ‘Azza wa Jalla.
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ
suatu sharing yg sgt bermakna...terharu n kagum dengan perancangan Allah terhadap hamba2Nya yg ikhlas... kedua2 HS n HAG adalah insan terpilih yg berhati sensitif dan di beri nikmat hidayah.Jazakallahukhairan Ustazah..kak Nah...kerana rajin menulis.. ana masih ingat kita terserempak di Raudhah masjid Nabi pd musim haji 2002...alangkah bahgianya rasa hati..semuga bertemu juga di taman2 syurga nanti...(Hidayat)
ReplyDeleteTahniah Kak Maznah & alhamdulillah, semoga segala tindakan kita juga dipimpin Allah pada etiap ketika,amin
ReplyDeleteSalam ukhuwwah, Norhayati Sidek
Salam puan,
ReplyDeleteTerharu baca kisah ini. Minta izin untuk copy paste dlm blog saya.