Wednesday, May 04, 2016

ANTARA ISRA' DAN MI'RAJ

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Israa' 17:1)

Dalam ayat ini Allah berfirman bahawa Dia yang menjalankan hambaNya (asra) atau dengan kata lain membawa hambaNya berjalan dalam jangka waktu yang amat singkat (satu malam) dari Masjid Al-Haram di Makkah ke Masjid Al-Aqsa di Palestin yang jaraknya lebih kurang 1500 km. Menurut Syaikh Mutawwali Sya’rawi, kalau ada orang yang mempersoalkan bagaimana boleh berlaku Nabi berjalan pergi dan balik ke tempat yang begitu jauh dalam satu malam? Jawapannya amat mudah. Allah berkata dia yang bawa berjalan. Bukan Muhammad yang berjalan sendiri. Bandingannya kalau seorang kanak-kanak yang baru pandai berjalan boleh sampai ke puncak gunung Everest, tentulah sukar untuk kita percaya. Tapi kalau ayahnya yang bawa naik, tentulah kita tidak menolaknya.


Poin lain yang Syaikh sebut ialah dalam ayat ini Allah tidak sebut secara jelas tentang Mi’raj sebagaimana Isra’, namun disebut secara tidak langsung di dalam surah an-Najm. Lantaran itu sebahagian ulamak berkata, sesiapa yang ingkar kejadian Isra’ dia kufur. Dan sesiapa yang ingkar Mi’raj dia fasiq.

No comments:

Post a Comment