Saturday, March 02, 2019

ISLAM MENGAJAR UMATNYA MENJAGA DAN MENUNAIKAN AMANAH


Setelah Rasulullah s.a.w. serta para sahabat r.a. berjaya memecahkan beberapa buah kubu pertahanan Yahudi di Khaybar dan mencapai kemenangan ke atasnya, tibalah pula kepada kubu yang paling kuat dan paling teguh pertahanannya yang mereka beri nama al-Qamsus. Baginda s.a.w. telah mengepungnya selama kira-kira 20 malam. Cuaca ketika itu tersangat panas. Keadaan itu membuatkan tentera-tentera Islam berasa amat tertekan dan keletihan.

Dalam keadaan itu muncul seorang hamba berkulit hitam yang berasal dari Habasyah milik seorang Yahudi Khaybar dengan membawa kambing-kambing tuannya. Dia melihat orang Yahudi di Khaybar masing-masing bersiap sedia memikul senjata. Diapun bertanya apakah yang mereka mahu lakukan? Mereka menjawab bahawa mereka mahu memerangi seseorang yang mendakwa dirinya adalah nabi.

Apabila terdengar perkataan nabi, hatinya bergetar. Lalu dia datang menemui Nabi s.a.w. dengan membawa kambing-kambing belaannya.

Dia bertanya Nabi s.a.w.: “Apakah yang anda sampaikan dan apakah yang anda serukan?”
Nabi s.a.w. menjawab: “Aku menyeru kepada Islam. Iaitu engkau bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan aku adalah Pesuruh Allah. Dan sesungguhnya kami tidak menyembah kecuali Allah.”

Dia bertanya lagi: “Sekiranya aku beriman kepada Allah dan bersaksi demikian, apa yang aku dapat?”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bagimu syurga!”
Lantas hamba itu terus bersyahadah, memeluk Islam.
Kemudian dia berkata: “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya kambing-kambing yang aku bawa ini adalah amanah!”
Nabi s.a.w. menjawab: “Lepaskannya dari jagaanmu. Balingkanlah beberapa biji anak batu (ke arah jalan pulang). Nanti Allah akan menunaikan amanahmu bagi pihak dirimu!”
Lalu hamba itu lakukan apa yang disuruh oleh Nabi s.a.w. Maka kambing-kambing itu pulang dengan selamat ke rumah tuannya. Maka ketahuilah Yahudi itu bahawa hambanya telah memeluk Islam.

PERHATIKAN….!!! HAMBA ITU DATANG MEMBAWA KAMBING-KAMBING TUANNYA. DIA TAHU KAMBING ITU BUKAN MILIKNYA.
SETELAH MEMELUK ISLAM, DIA BERTANYA APA YANG HARUS DILAKUKAN PADA KAMBING-KAMBING YANG DIAMANAHKAN KEPADANYA OLEH TUANNYA, SEORANG YAHUDI (MUSUH ISLAM) SUPAYA MEMBELANYA?

PERHATIKAN APA JAWAPAN NABI S.A.W.!

BAGINDA TAK KATA, ITU KAMBING ORANG KAFIR HARBI. MUSUH ALLAH (MEMANG HAKIKATNYA NABI SEDANG BERPERANG DENGAN TUAN HAMBA ITU).
JADI, KITA BOLEH AMBIL BEGITU SAJA!!!.

TIDAK SEKALI-KALI!

NABI S.A.W. TIDAK AJAR BEGITU. SEBALIKNYA NABI SURUH PULANGKAN KESEMUANYA.
YA! KESEMUANYA. TIDAK ADA SATUPUN YANG TINGGAL WALAUPUN SEBENARNYA MEREKA SEDANG BERADA DALAM KEADAAN YANG AMAT GENTING, TIDAK CUKUP BEKALAN MAKANAN. SEBELUM KEDATANGAN HAMBA ITU MEREKA TELAH MENYEMBELIH HIMAR. TETAPI NABI S.A.W. MELARANG MEREKA MEMAKANNYA.

ITULAH AJARAN ISLAM…!!! MENJAGA AMANAH WALAUPUN DENGAN MUSUH. MUSUH PULA MUSUH YANG NYATA. BUKAN PERSEPSI. ATAU MUSUH KERANA BERBEZA PANDANGAN DAN TAFSIRAN ATAU IJTIHAD SIASI.

Kembali kepada kisah hamba tadi.
Rasulullah s.a.w. meneruskan tugasnya menasihati umat dan menggalakkan mereka terus berjihad melawan musuh. Apabila berlaku pertempuran antara pasukan muslimin dan Yahudi, hamba berkulit hitam yang baru memeluk Islam itu termasuk di dalam kalangan tentera yang terbunuh.
Mereka mengangkatnya dan membawanya ke dalam khemah.
Apabila Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam khemah dan melihatnya, baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah memuliakan hamba ini dan mengheretnya kepada kebaikan. Sesungguhnya aku diperlihatkan di sisi kepalanya dua orang bidadari meskipun dia belum pernah sujud kepada Allah walaupun satu kali!”

Dipetik dari kitab:

Sirah as-Sahabah, Dr Mustafa Murad

No comments:

Post a Comment