Wednesday, March 06, 2019

SEJARAH TERCIPTA

Tercipta satu sejarah
Dua musuh yang sekian lama berbalah
Kini bercantum di atas satu wadah
Sebelumnya dinafikan dengan pelbagai helah
Pemerhati yang meramal dikatanya memfitnah
Kini portrait dengan jelas bermadah
Pasti tersirat di lipatannya beribu hujjah
Usah ditanya al-Quran, hadis atau sirah
Semuanya telah dikaji dan ditelaah
Oleh ulamak dan pemikir yang tidak terkalah
Pengikut dan pewala’ tak usah gundah
Keputusan pemimpin pantang disanggah
Dengar dan taat itulah falsafah
Yang diterap sebagai bahan tarbiah
Di dalam usrah, tamrin dan daurah
Maka tiada tersembunyi walau seberat zarrah
Kebenaran dan kebatilan di sisi Allah
Namun perjalanan belum dinuktah
Kerana berbolak-balik itu satu fitrah
Hari ini sepakat esok berpecah

Sebagaimana berlaku yang sudah-sudah

No comments:

Post a Comment