Saturday, October 19, 2019

Rahsia cinta (Teladan dari kisah Nabi Yusuf alaihis-salam)


Adik beradik berkata sesama sendiri: Bunuhlah Yusuf!
Orang asing yang tidak dikenali berkata kepada isterinya: Muliakanlah dia dengan menyediakan tempat tinggal yang terbaik untuknya!

Sesungguhnya cinta itu satu rezeki.
Engkau tidak tahu dan tidak nampak di dalam hati siapakah tercampaknya perasaan cinta terhadapmu. Kerana hati semua makhluk berada di dalam genggaman al-Khalik
Abang-abang bencikan adik mereka sehingga ke tahap sanggup mencari jalan untuk menghapuskan riwayatnya.
Tiba-tiba dia dikasihi dan dimuliakan oleh insan yang tidak mengenalinya dan dia tidak mengenali insan itu.

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap makhlukNya. 
Maka kenapa harus berputus asa pada hal engkau ada Tuhan Yang Amat Mengasihimu?

No comments:

Post a Comment