Thursday, August 06, 2020

CURHAT (CURAHAN HATI)

 

Hari ini aku ingin bicara

Ingin curhat 

Kepada MP2 dan ADUN2 yang lompat

Khususnya yang menyebabkan tumbangnya kerajaan pilihan rakyat

 

Tidakkah kau ingat

Bagaimana engkau diangkat?

Adakah secara tiba-tiba engkau muncul tanpa sebarang usaha dan kudrat?

 

Cuba kau ingat...!

Pada hari engkau diiring ke dewan

Menyerahkan borang pencalonan

Meninggalkan di belakangmu ratusan malah ribuan

Yang datang berjalan kaki dan berkenderaan

Mengangkat bendera memberikan sokongan.

 

Intai pula ke bilik gerakan

Berapa ramai petugas tidak berhenti siang dan malam

Mengatur strategi membuat culaan

Mengumpul data, menghitung sokongan.

 

Di taman-taman dan kawasan perumahan

Kaum wanita tua dan muda

Bergelar makcik maupun nenek

Mengatur langkah menyusuri lorong demi lorong

Mengetuk pintu rumah ke rumah

Tanpa mengira hujan dan panas

Dari pagi hingga ke menjelang petang

Anak cucu di rumah ditinggalkan

Menagih simpati merayu undi

Untuk MU bakal ADUN dan bakal MP 

Ya! Untuk kau, bukan untuk kami

Kami hanya mengharap kau realisasikan impian kami

Menegakkan keadilan membela kebenaran

Menentang rasuah menyingkirkan kezaliman. 

 

Dan dengan izinNya

Berkat usaha tak kenal lelah

Kerja keras tak minta diupah

Engkau menang

Engkau masuk dewan

Engkau dapat jawatan

Tiba-tiba engkau lompat dan menyeberang

Bertenggek di sisi puak yang engkau ajak kami lawan

Tanpa menghiraukan 

Titisan peluh yang pernah membasahi baju-baju kami 

Tika bertugas

Di bilik gerakan

Di lorong-lorong dan jalan-jalan

Mencari dan menghitung jumlah undi untukmu

Di pusat-pusat mengundi sebagai PACA dan PACABA

Dan duit-duit yang terbang dari poket-poket kami

Juga dari bank-bank simpanan kami

Yang tak pernah kami minta diganti

 

Adakah engkau tidak punya hati dan fikiran?

Adakah engkau tidak tahu erti kesetiaan dan pengkhianatan?

Adakah engkau tidak ingat mati dan hari pembalasan?

Adakah engkau tidak takut dilaknat Tuhan?

Apakah yang engkau mahu hanya pangkat dan kedudukan?

 

Fikir-fikirkanlah!

Apa yang engkau mahu anak cucumu memanggilmu?

Abah yang tidak setia pada janji

Atau atok yang menipu pengikut sendiri... 

 

*UMD*

06082020/16121441

No comments:

Post a Comment