Tuesday, May 18, 2021

QUNUT NAZILAH

1. Menurut Mazhab Syafie, Qunut Nazilah adalah digalakkan ketika berlaku sesuatu bencana seperti penularan wabak dan sebagainya. Nabi SAW pernah qunut selama sebulan mendoakan kebinasaan mereka yang membunuh sahabat-sahabat baginda yang terdiri daripada Qurra’ al-Quran di Bi’r Ma’unah
2. Waktu Qunut Nazilah ialah selepas bangun daripada rukuk terakhir dalam semua solat fardhu, sama ada solat jahriyyah atau sirriyyah. Sunat ke atas imam atau yang solat sendirian. Solat-solat sunat, solat nazar, solat jenazah tidak disunatkan qunut.
3. Imam disunatkan mengangkat suara ketika qunut sama ada dalam solat jahriyyah atau sirriyyah. Orang yang solat sendirian, tidak perlu angkat suara walaupun ketika solat jahriyyah.
4. Jika imam terlupa baca Qunut Nazilah, tidak disunatkan sujuh sahwi.
5. Doa dalam Qunut Nazilah adalah bersesuaian dengan apa yang ingin dipohon atau berseuaian dengan musibah yang dialami. Jika dibaca seperti apa yang dibaca ketika solat subuh, harus juga.
6. Makruh memanjangkan Qunut Nazilah lebih daripada apa yang disyariatkan.
7. Disunatkan mengangkat kedua tangan ketika membaca qunut.
8. Makruh mengangkat pandangan ke atas ketika berdoa di dalam solat.
9. Makruh menyapu kedua tangan ke muka selepas doa qunut di dalam solat. Namun sunat menyapu kedua tangan ke muka selepas berdoa di luar solat.
10. Tidak disunatkan membalikkan tapak tangan ke bawah ketika berdoa meminta dijauhkan kejahatan atau bencana di dalam solat kerana perbuatan itu termasuk pergerakan yang tidak dituntut. Jika di luar solat, disunatkan.
11. Ketika imam berkata ( فإنّك تقضي ولا يقضى عليك ) maka yang sebaiknya makmum hendaklah mengulanginya dengan perlahan (tidak berkata aamiin) atau harus juga makmum berkata (اشهد )

No comments:

Post a Comment