Inilah Imam Abu Hanifah, yang pada hari ini ada segelintir anak muda berani mencelanya, sedangkan mereka sendiri ada yang terlena hingga terlepas solat Subuh.
Pada suatu hari, Imam Abu Hanifah menunaikan solat Isyak di belakang muazin masjid. Muazin tersebut membaca Surah az-Zalzalah. Setelah solat selesai dan orang ramai keluar dari masjid, tinggallah hanya Imam Abu Hanifah dan muazin.
Muazin itu berkata:
“Aku melihat Abu Hanifah duduk dalam keadaan berfikir dan menarik nafas dengan penuh khusyuk. Lalu aku berkata dalam hati: Aku bangun supaya hatinya tidak terganggu dengan kehadiranku.”
Maka aku pun keluar dari masjid dan meninggalkan pelita yang minyaknya tinggal sedikit.
Aku kembali ketika waktu Subuh telah masuk, dan beliau masih duduk di tempatnya, sambil berdoa:
“Wahai Tuhan yang membalas kebaikan walaupun sebesar zarah dengan kebaikan,
dan membalas kejahatan walaupun sebesar zarah dengan kejahatan,
selamatkanlah an-Nu‘man, hamba-Mu, daripada api neraka,
dan masukkanlah dia ke dalam keluasan rahmat-Mu.”
Muazin berkata lagi:
“Aku masuk dan mendapati pelita itu masih menyala terang.”
Lalu Imam Abu Hanifah berkata kepadaku:
“Adakah kamu mahu mengambil pelita itu?”
— kerana beliau menyangka masih lagi waktu Isyak.
Aku pun berkata:
“Wahai Imam, waktu Subuh telah pun masuk.”
Maka Abu Hanifah berkata:
“Rahsiakanlah apa yang kamu lihat tentang diriku.”
Kemudian beliau menunaikan dua rakaat, lalu duduk untuk menunaikan solat Subuh bersama kami dengan wuduk solat Isyak.
Dan aku tidak menceritakan kisah ini kepada sesiapa pun sehinggalah Imam itu wafat.
📕 Tarikh Baghdad (13/355)
📕 Al-Wafi bil-Wafayat (27/91)

No comments:
Post a Comment