Tuesday, January 30, 2007

Beberapa Soalan Mengenai Surah al-Insyiqaq

Assalamu'alaikum,

Saya timbulkan beberapa soalan yang dikemukakkan pada pertemuan usrah pada selasa 23hb Januari baru ini.

1) Apabila membaca surah al-Insyiqaq kita terasa betapa peristiwa yang akan berlaku iatu hari kiamat itu cukup besar. Dewasa ini kebanyakan kita (orang awam) hidup dengan perencanaan besar. Umpamanya kita bekerja keras untuk kumpul simpanan -harta & wang yang banyak, hingga anak -cucu kita harap dapat kita bantu.
1.1) Adakah cara hidup begini suatu yang dianjurkan oleh Islam?

Jawapan:
Allah s.w.t. menjadikan kita manusia sebagai khalifah di bumi dan menciptakan semua yang ada di muka bumi ini dan juga di langit untuk kemudahan dan kegunaan manusia (lihat al-Baqarah:29, Luqman:20, Ibrahim:32,33,34, al-Mulk:15, al-Muzammil:20 dan lain-lain)
Lantaran itu, tidak terdapat ayat yang melarang manusia mencari harta/kekayaan. Yang ada ialah peringatan/larangan supaya harta TIDAK melalaikan dari tanggungjawab terhadap agama, tanggungjawab terhadap Allah, Rasul dan jihad di jalannya (lihat al-Munafiqun:9, at-Taubah:24, an-Nur:37 dan lain-lain), di samping larangan mencari/mendapatkan harta dengan cara yang salah dan batil (lihat an-Nisaa':29,30, Aali-'Imran:130 dan lain-lain).
Membuat perancangan untuk anak-anak adalah sesuatu yang dituntut sebagaimana sabda Nabi yang bermaksud: "Cukuplah seseorang itu dikira berdosa, apabila dia mensia-siakan orang yang ditanggung makannya (tidak memberi makan kepada orang yang berada di bawah tanggungannya)" Hadis sahih riwayat Abu Daud dan lain-lain dari Abdullah bin 'Amru bin al-'Aas.
Al-Bukhari dan Muslim pula meriwayatkan bahawa Sa'ad telah berkata kepada Nabi s.a.w.: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta yang banyak. Tidak ada siapa yang akan mewarisi hartaku kecuali seorang anak perempuan. Bolehkah aku mewasiatkan 2/3 daripada hartaku? Baginda menjawab: "Tidak". Sa'ad bertanya lagi: "Kalau begitu bolehkah aku mewasiatkan 1/2 daripadanya?" Baginda menjawab: "Tidak". Seterusnya Sa'ad bertanya: "Kalau 1/3?" Baginda menjawab: "1/3. Dan 1/3 pun banyak. Sesunnguhnya engkau tinggalkan keluargamu sebagai orang kaya lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan papa meminta-meminta belas kasihan manusia". Ini bertepatan dengan firman Allah di dalam surah an-Nisaa':9


2) Dlm huraian tentang golongan manusia yang terima kitabnya dari belakang atau sebelah kiri, dia akan disiksa sebab sewaktu hidup dia bersuka-ria dan berasa angkuh dengan kemewahan yang diperolehinya.
2.1) Apakah muslim yang kaya dan bersyukur tidak akan di'azab oleh Allah s.w.t. walaupun dia banyak bersedekah dari harta kekayaannya?

Jawapan:
Bagi menjawab soalan ini, saudar boleh merujuk kitab Riadhus-Solihin bab 64 Kelebihan Orang Kaya Yang Bersyukur.
Maksud ayat 8 'maka dia akan dihisab dengan hisab yang mudah' menurut 'Aisyah, itu hanyalah sekadar pembentangan sahaja. Ertinya kitabnya dibentangkan sahaja di hadapan Allah tanpa dihitung segala titik-bengiknya. (lihat tafsir Ibn Kathir)

2.2) Apakah dari ajaran Islam sebenarnya menyuruh membasmi kemiskinan sehingga ulama kerajaan Malaysia menafsirkan membasmi kemiskinan sebagai suatu jihad yang penting bagi umat Islam di Malaysia?

Jawapan:
Bagi saya kemiskinan adalah sesuatu relatif. Saya tidak pernah menemui satu istilah di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang menyamai maksud membasmi kemiskinan. Namun terdapat banyak ayat dan Hadis yang menerangkan hak orang miskin dan kelebihan berbuat baik kepada mereka. Lihat Riadhus-Solihin bab 32 dan 33

3) Tentang manusia akan melalui hidup yang peringkat demi peringkat. Ini dinyatakan dalam ayat dari surah al-Insyqaq tapi tidak dikupas atau tafseer oleh punulis kitab ini.
3.1) Apakah yang dimaksudkan peringkat-peringkat ini, merujuk kitab-kitab tafseer yang lain seperti dari tafseer al-Manar, dari al-Jalalain dan ibni Kathir?

Jawapan:

Terdapat beberapa pendapat tentang ayat itu:

  • keadaan Nabi Muhammad naik ke langit pada malam isra' mi'raj dari stu tingkat ke satu tingkat
  • keadaan umat Islam meniru perbuatan umat yang lalu tahap demi tahap sebagaimana dinyatakan di dalam hadis sahih bahawa umat Islam akan meniru Yahudi dan Nasrani sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawakpun akan diikut juga.
  • keadaan manusia yang hina semasa di bumi kemudian menjadi mulia di akhirat atau sebaliknya
  • keadaan diri manusia dari bayi jadi kanak-kanak, muda jadi tua....
  • keadaan hidup yang silih berganti; miskin jadi mewah, mewah jadi miskin, sihat jadi sakit, sakit jadi sihat, susah jadi senang, senang jadi susah dan seterusnya

    Allahu A'lam.




Tuesday, January 23, 2007

DA'WAH KITA

  • Terus Terang

Kita ingin menerangkan kepada manusia tentang matlamat kita, kita ingin mendedahkan manhaj (method) kita di hadapan mereka, kita ingin mengemukakan da'wah kita kepada mereka dalam suatu bentuk yang tidak menimbulkan keraguan dan kesamaran, lebih cerah dari pancaran matahari, lebih bercahaya dari sinar pagi, malah lebih cerah dari siang yang terang benderang.

  • Suci

Di samping itu kita ingin supaya kaum kita dan ummat muslimin seluruhnya mengetahui bahawa da'wah Ikhwan Muslimin adalah da'wah yang suci dan bersih, dengan kesuciannya da'wah ini telah meningkat tinggi melewati batas kepentingan diri sendiri, memandangkan hina manfaat kebendaan,

meninggalkan jauh di belakangnya segala bentuk hawa-nafsu dan tujuan-tujuan kepentingan, mara ke hadapan menuruti jalan yang telah digariskan Allah kepada penda'wah-penda'wah. Firman Allah:

"Katakanlah; inilah jalanku, aku menyeru kepada Allah dengan penuh kesedaran aku dan pengikutku. Maha suci Allah dan bukanlah aku dari golongan mereka yang musyrik':

Kita tidak meminta sesuatu dari manusia, Kita tidak meminta harta dari mereka, kita tidak meminta upah dari mereka, kita tidak mengharapkan sanjungan mereka, kita tidak mengharapkan balasan dan terima kasih mereka, balasan kita dalam berda'wah ini hanyalah pada Allah yang menjadikan kita.

  • Kasih-sayang:

Demikian juga Kita mengharapkan agar bangsa kita mengetahui bahawa kita mengasihi mereka lebih dari diri kita sendiri, Kita mengharapkan mereka mengetahui bahawa jiwa-jiwa ini sanggup menjadi tebusan demi kepentingan mereka andainya ketinggian itu meminta tebusan. Jiwa-jiwa ini sanggup dicabut sebagai harga kepada keagungan mereka, kemuliaan mereka, agama dan cita-cita mereka andainya perkara-perkara ini memerlukan demikian. Kita mengambil sikap yang demikian terhadap mereka hanyalah kerana kasih sayang telah membelenggu hati dan merajai perasaan kita, membuatkan kita tidak nyenyak tidur dan mengalirkan air mata. Amat sukar dan luar dari kesanggupan kita melihat sesuatu menimpa bangsa kita dan kita terus menyerah diri kepada kehinaan atau merelainya, atau kita terus berputus asa. Kami (Ikhwan) bekerja untuk manusia kerana Allah lebih dari kami bekerja untuk diri kami, kami untuk kamu, bukan untuk orang lain dan kami tidak akan menjadi beban kepada kamu. Keistimewaan dan nikmat hanya dari Allah:

Kita tidak mendakwa memberi suatu nikmat, dan kita tidak menganggap bahawa kita mempunyai keistimewaan dalam hal ini, tetapi Kita percaya kepada firman Allah:

"Maka Allah lah yang mengurniakan nikmat kepadamu dengan memimpin kamu kepada keimanan seandainya kemu orang yang benar':

Kita berharap, sekiranya harapan itu memberi manfaat, agar hati-hati ini dapat diterima oleh pandangan dan pendengaran ummat kita, dengan itu mereka akan melihat; adakah pada hati- hati ini selain dari inginkan kebaikan dan rasa kasih terhadap mereka, juga pengorbanan demi mereka.

Adakah mereka dapati pada hati-hati ini selain dari rasa derita yang melarat akibat dari keadaan yang kita alami sekarang.

Pun demikian cukuplah bagi kita bahawa Allah mengetahui segala apa yang di dalam hati Kita. Hanya Allah tempat perlindungan yang tunggal, tempat minta pertolongan, Allah yang memberi taufik kepada jalan yang tepat, di tanganNya teraju dan kunci yang dapat membuka pintu hati. Siapa yang diberi pertunjuk oleh Allah maka tidak ada yang akan menyesatkannya dan siapa yang sesatkan Allah maka tidak ada sesiapa yang dapat memberi pertunjuk kepadanya dan Allah tempat tumpuan harapan kita, paling nikmat tempat kita berserah. Tidakkah Allah melindungi hambaNya.

Empat jenis:

Kita mengharapkan manusia menjadi salah satu daripada empat golongan ini:--

  1. Mu'min:

Sama ada beliau menjadi seorang yang beriman dengan da'wah kita, membenarkan perkataan kita, kagum dengan prinsip-prinsip kita, beliau melihat dalam da'wah ini sesuatu yang dapat memuaskan hati dan diterima oleh nuraninya. Kepada beliau Kita menyeru supaya mengambil inisiatif untuk

menggabungkan diri dan bekerja bersama-sama kita, supaya dengan penggabungannya itu bilangan mujahid akan bertambah, semoga dengan suaranya itu seruan da'wah akan bertambah kuat. Tidak ada erti bagi keimanan yang tidak diikuti dengan amal, tidak ada faedah bagi 'aqidah yang tidak rnendorong tuannya untuk melaksanakan aqidah itu dan berkorban untuknya.

Demikianlah keadaannya orang-orang yang terdahulu, orang-orang yang dibukakan Allah dadanya untuk menerima hidayah Allah, lantas mereka mengikut jejak para Anbia', mereka beriman dengan risalahNya, berjihad demi risalah itu dengan jihad yang sungguh-sungguh. Mereka inilah yang dianugerahkan Allah dengan ganjaran nikmat yang maha besar, mereka akan menerima ganjaran pahala yang sama dengan pengikut-pengikut mereka dengan sedikitpun tidak mengurangkan pahala pengikut mereka.

  1. Ragu-ragu:

Sama ada beliau menjadi seorang yang belum melihat kebenaran dalam da'wah kita, belum mengenali keikhlasan dan faedah pada apa yang kita katakan, lantas beliau terhenti dan ragu-ragu. Beliau kita tinggalkan kerana keraguannya dan kita mewasiatkan beliau agar berhubung dengan kita lebih rapat,

membaca tentang kita dari jauh atau dekat, mengkaji tulisan-tulisan kita, menziarahi kelab-kelab kita dan berkenalan dengan saudara-saudara kita. Dengan itu insya Allah beliau akan puas hati terhadap kita. Demikianlah keadaannya pengikut-pengikut Rasul yang masih ragu-ragu.

  1. Mengejar manfaat:

Sama ada beliau menjadi seorang yang tidak akan memberikan bantuannya kecuali setelah beliau mengetahui faedah yang akan diterimanya, keuntungan-keuntungan yang akan diperolehinya hasil dari pengorbanannya itu. Kepada beliau kita katakan: "Kasihan...... tidak ada pada kami ganjaran selain pahala dari Allah sekiranya engkau ikhlas dan balasan syurga sekiranya Allah melihat kebaikan padamu. Adapun kami....., kami miskin dari kemegahan, miskin harta benda, keadaan kami

sentiasa berkorban dengan apa yang ada pada kami berkorban dengan sesuatu yang kami miliki, harapan kami hanyalah keredhaan Allah, Dialah paling nikmat tempat berserah dan paling

nikmat Penolong. Seandainya Allah membukakan tutupan dari hati beliau, menghilangkan kabus tamak dari nuraninya, kelak beliau akan rnengetahui bahawa sesuatu yang di sisi Allah itu

lebih baik dan lebih kekal, dan beliau akan menggabungkan diri ke dalam ketumbukan Allah, murah hati dengan kemewahan dunia yang ada padanya, semoga beliau mendapat pahala di hari akhirat.

"Apa yang ada pada kamu akan binasa sedangkan apa yang ada di sisi Allah akan kekal'.

Tetapi jika berlaku sebaliknya; maka Allah Maha Kaya (tidak berhajat) dari orang yang tidak melihat keutamaan Allah pada dirinya, hartanya, dunianya, akhiratnya, mati dan hidupnya. Demikianlah keadaannya golongan yang seperti ini sewaktu mereka enggan melakukan taat setia terhadap RasuluLlah Sallallahu 'alaihi Wasallam kecuali RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam menyerahkan segala urusan kepada mereka setelah beliau wafat. Tiada jawapan yang diberikan oleh RasuluLlah SaliaLlahu'alaihi Wasallam selain dari memberitahu mereka bahawa:

"Bumi ini adalah milik bagi Allah, akan diserahkanNya kepada hambanrya yang dikehendakinya, dan kesudahan yang baik adalah un tuk orang yang bertaqwa ':

  1. Buruk Sangka:

Sama ada beliau menjadi orang yang buruk sangka terhadap kita, syak dan ragu-ragunya bulat kepada kita, beliau tidak melihat kita kecuali dengan kacamata yang hitam pekat, beliau tidak berbicara tentang kita kecuali dengan lidah yang bimbang dan ragu, dia terus dalam keadaan terpedaya, berlarutan dalam keraguan, kekal dalam perasangkanya. Kita berdo'a untuk beliau dan untuk kita sendiri supaya Allah menunjukkan kebenaran itu sebagai suatu kebenaran dan memberi hidayat

supaya kita mengikutinya, menunjukkan kebatilan itu sebagai suatu kebatilan dan memberi hidayat supaya kita menjauhinya.

Kita berdo'a kepada Allah supaya mengilhamkan kebijaksanaan kepada kita dan beliau. Bahkan kita seru, andainya beliau menerima seruan, beliau kita jemput andainya beliau menerima jemputan. Kita berdo'a kepada Allah untuk beliau, kerana hanya Allah tempat gantungan harapan. Allah telah menurunkan kepada RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam sepotong ayat mengenai segolongan manusia, firman Allah:

“Engkau tidak akan dapat memberi hidayat kepada mereka yang engkau kasihi, tetapi hanya Allah yang memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakiNya ':

Dan kita sentiasa mengasihi beliau, kita mengharapkan agar beliau kembali kepada kita, puas hati dengan da'wah kita.

Slogan yang menjadi pegangan kita berhadapan dengan beliau ialah apa

yang telah diajarkan oleh RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam dalam sabdanya:

"Tuhanku, ampunkanlah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui ".

Kita mengharapkan agar manusia tergolong dalam salah satu dari golongan-golongan ini. Telah sampai masanya seorang muslim mengetahui matlamatnya, menentukan haluannya dan bekerja sejajar dengan haluan tersebut hingga beliau mencapai matlamatnya. Namun untuk kekal dalam keadaan ragu yang berlarutan, kekal dalam khayalan-khayalan yang indah-indah, kekal dalam nafsu yang lupa daratan, tunduk patuh dengan membabi buta, mengikut sebarang seruan yang bergema dialunkan, kesemua ini bukanlah langkah seorang muslim.

Sebahagian daripada penulisan asy-Syahid Hasan al-Banna RahimahulLah.

Monday, January 15, 2007

PAHITNYA KURASA

Minggu lepas aku menggunting dua helai kain untuk dibuat tudung. Lepas gunting aku jahit untuk mencantumkannya. Ku bawa tudung ke kompleks PKNS untuk mengupah jahit tepi supaya tidak berbulu. Hari pertama pergi tak jumpa kedai yang boleh jahit. Hari kedua pun tak jumpa juga. Hari ini, kira kali ketiga pergi barulah jumpa kedai Makcik C.

Bukanlah aku ni taksub pada bangsa, cuma yang aku sedihnya dah lebih 30 tahun aku pakai tudung, hari ini bila nak cari kedai mengupah jahit tudung, terpaksa juga upah orang yang tak pakai tudung? Dahlah kain yang yang dijadikan tudung ini pun kemungkinannya diimpot dari negara orang tak pakai tudung?

Itulah yang amat pahit kurasa, nak sempurnakan tuntutan agama masih lagi bergantung kepada pihak lain, macamana nak tunjuk kita ni hebat?

Aduhai......!!!

Monday, December 25, 2006

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

AMALAN-AMALAN SUNAT DI BULAN ZUL-HIJJAH

Bulan Zul-Hijjah bermaksud bulan haji. Pada bulan inilah umat Islam menunaikan ibadah haji, rukun Islam yang ke lima. Berbahagialah mereka yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada bulan ini.

Banyak kelebihan yang disediakan untuk mereka yang membelanjakan harta, meninggalkan keluarga, meninggalkan keselesaan di tanah air semata-mata untuk menyahut seruan Allah menuju ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji. Lantaran itu haji dikatakan sebagai puncak pengabdian, lambang ketauhidan yang paling unggul.

Kelebihan paling utama ibadah haji ialah terhapusnya segala dosa. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang mengerjakan haji di Rumah ini (Baitullah), semasa mengerjakan haji itu dia tidak mencarut dan tidak melakukan perkara-perkara yang di larang, dia terkeluar dari dosa-dosanya seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Di samping itu terdapat kelebihan-kelebihan lain semasa berada di tanah suci seperti solat di Masjidil-Haram ganjarannya 100,000 kali ganda dan solat di Masjid Nabawi pula 10, 000 kali.

Bagi umat Islam yang tidak terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini tetap berpeluang untuk menikmati kelebihan bulan Zul-Hijjah. Allah s.w.t. berfirman maksudnya: “Demi waktu fajar. Demi 10 malam. Demi hari yang genap dan hari yang ganjil…” Surah al-Fajr : 1-3.

Menurut Ibn ‘Abbas, Ibn az-Zubayr, Mujahid dan ramai dari kalangan mufassirin salaf dan khalaf, 10 malam yang disebut di dalam ayat itu ialah 10 malam pertama bulan Zul-Hijjah. Pendapat ini diperkuatkan dengan sepotong Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Ibn ‘Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Amal salih yang paling disukai Allah ialah amalan yang dilakukan pada hari-hari ini (10 hari pertama bulan Zul-Hijjah). Sahabat bertanya: “Apakah lebih disukai daripada jihad fi sabilillah?” Baginda menjawab: “Ya. Lebih disukai daripada berjihad fi sabilillah, kecuali seorang lelaki yang pergi berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak membawa pulang sedikitpun kedua-duanya itu (semua harta dan jiwanya dikorbankan untuk jalan Allah)”

Hari yang ganjil adalah Hari ‘Arafah, iaitu hari ke 9. Manakala hari yang genap adalah Hari Nahar (hari Raya Haji) yang jatuh pada hari ke 10 Zul-Hijjah. Demikian pendapat Ibn ‘Abbas, ‘Ikrimah dan adh-Dhahhak.

Ayat al-Quran dan Hadis di atas menjelaskan betapa mulianya bulan ini di sisi Allah, khususnya 10 hari pertamanya sehingga dikatakan amalan hamba yang paling Allah suka ialah amalan yang dilakukan pada hari-hari tersebut.

Apakah amalan yang sebaiknya dilakukan? Terlalu banyak kebaikan yang boleh difikir dan di senaraikan.

Antaranya ialah berpuasa sunat, lebih-lebih lagi pada hari ‘Arafah (hari ke 9). Dalam hal ini Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Berpuasa pada hari ‘Arafah menghapuskan dosa selama dua tahun, setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Dan berpuasa pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram) menghapuskan dosa setahun yang lalu” Riwayat Muslim.

Yang kedua adalah korban. Disunatkan pada hari ke 10, 11, 12 dan 13.

Korban adalah sunnah muakkadah. Ada ulamak yang menyebut sebagai sunnah wajibah bagi mereka yang mampu. Cukup satu korban sahaja bagi satu keluarga. Antara dalil-dalil yang berkaitan dengan korban ialah firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.” Al-kauthar: 1-2)

“Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Apa-apa yang kamu nafkahkan itu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya” Aali Imran : 92

Dalil daripada Hadis:

“Barangsiapa yang memiliki kemampuan (untuk membeli haiwan qurban), lalu tidak melakukannya (tidak berqurban), maka janganlah mendekati tempat solatku“ Riwayat Ahmad

Dari Ummu Salamah r.a. Rasulullah SAW bersabda "Apabila kalian telah melihat hilal bulan Dzulhijjah dan ada di antara kalian yang akan berkorban maka hendaklah ia tidak memotong rambut dan kukunya". Riwayat Muslim

“Amalan anak Adam yang paling Allah sukai pada Hari Nahar ialah menyembelih haiwan ternakan. Sesungguhnya haiwan-haiwan itu akan bangkit pada hari kiamat nanti bersama tanduk-tanduk, kuku-kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya darahnya akan sampai kepada Allah sebelum ia menitis ke bumi. Maka laksanakanlah korban dengan sepenuh hati mu”. Riwayat Ibn Majah dan al-Tirmizi

Para sahabat r.a. bertanya Nabi s.a.w. “Apa maksud ibadah korban ini?” Baginda menjawab: “Ini sunnah bapa kamu Ibrahim”. Mereka bertanya lagi: “Apa yang kita perolehi daripadanya?” Baginda menjawab: “Dengan setiap helai bulunya satu kebaikan.” Mereka berkata: “Bulu-bulu yang halus itu?” Baginda menjawab: “Ya. Dengan setiap helai bulu-bulu yang halus itu satu kebaikan”. Riwayat Ibn Majah dan al-Tirmizi

Amalan-amalan lain adalah solat sunat, tilawah al-Quran, bersedekah, menuntut ilmu, berbakti kepada ibu bapa, menziarahi orang sakit, mengajak orang berbuat baik dan melarang berbuat jahat dan banyak lagi. Yang penting tanamkan azam di dalam diri untuk melakukan kebaikan di mana jua dan pada bila-bila masa. Apabila telah tersemat keazaman, muncullah ilham, terhasillah amalan.

2 Zul-Hijjah 1426 / 2 Januari 2006

PENCARI DUNIA DAN PENCARI AKHIRAT

Ya Allah, hari ini aku cuba menjadi hambaMU yang lebih baik dari semalam. seawal pagi aku bangun bertahajjud dan bersahur. Seiring suara azan bergema dari menara masjid aku menaiki kenderaan bersama suami menuju ke rumahMu.

Dalam perjalanan ku lihat seorang lelaki terbongkok-bongkok membersihkan daun-daun kering yang gugur dari pokoknya. Sejak pukul berapa dia bangun dan bekerja? Lebih awal daripada aku?

Terimbas wajah ayah (almarhum), jam 4.00 pagi dia telah pergi ke bukit untuk menoreh getah dengan mengayuh basikal tua dan pulang setelah mentari meninggi hari. Waktu yang sama (4.00 pagi) ibu bangun masak nasi kerabu dan kuih muih untuk dijual di atas gerai (geghe - loghat kelate) di tepi rumah (teratak dengan pengertiannya yang sebenar). Itulah sumber rezeki yang dengannya aku membesar dan bersekolah....

Memasuki kawasan masjid, beberapa buah kereta telah mengambil tempat di lot-lot parking yang disediakan. Kelihatan bilangannya terlalu sedikit berbanding lot-lot parking yang banyak. Tidak seperti lot-lot parking di komplek-komplek membeli belah; meskipun bertingkat-tingkat namun nak cari satu yang kosong tetap susah.

Melangkah ke dalam masjid dengan kaki kanan dan bacaan doa terasa kedamaian mengusap jiwa. Solat sunat tahiyyatul-masjid dengan termengah-mengah kerana panjat tangga. Sudah tua rupanya aku, panjat tangga ke tingkat satu sudah mengah begitu. Habis rakaat pertama baru terasa nafas kembali normal.

Kefasihan imam mengalunkan butiran wahyu mengetuk pintu hati yang terkadang keras laksana batu pejal. Itulah antara ni'mat solat berjamaah. Selain dijanjikan pahala berlipat ganda, al-Fatihah serta surah-surah yang dibacakan imam al-hafiz dengan fasih menjadi penawar, peringatan, pengajaran dan tamparan yang mengundang keinsafan.

Dalam perjalanan pulang aku terpandang sepasang suami isteri dalam lingkungan usia 60an sedang berjoging. Pastinya untuk menjaga kesihatan. Semua orang mahu sihat. Tapi yang sebenar-benarnya mengetahui ni'mat sihat hanyalah orang sakit. Begitu juga dengan masa. Yang sebenar-benarnya mengetahui nilai masa hanyalah orang yang sibuk. Orang yang tidak sibuk sering merasa bosan, tidak tahu bagaimana nak habiskan masa yang kononnya lapang.

Itulah aku namakan coretan ini PENCARI DUNIA DAN PENCARI AKHIRAT. Keduanya sama saja dari segi bangun awal, cari rezeki, jaga kesihatan dan dot dot dot. Yang beza adalah niat serta beberapa garis panduan yang mesti dipatuhi. Pencari dunia panduannya adalah norma-norma kemanusiaan dan kemasyarakatan di samping undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pencari akhirat garis panduannya adalah Syariat yang dibawa oleh para rasul utusan Allah Yang Esa.

Pencari dunia akan memperolehi dunia semata-mata.
Pencari Akhirat dijanjikan kedua-duanya: dunia dan akhirat.
Lantaran itu pencari akhirat sepatutnya lebih gigih daripada pencari dunia.

Wednesday, September 20, 2006

RAMADHAN 1427

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah Ramadhan yang kita tangisi pemergiannya hampir setahun yang lalu kini bertandang lagi. Mereka yang beriman dan yakin pada janji-janji Allah menanti kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan pelbagai perasaan yang bercampur baur. Di samping rasa syukur yang tidak terhingga kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan yang mulia, mukmin juga dihambati perasaan sedih dan sayu kerana ketibaan bulan yang dinanti ini menandakan peningkatan usia dan bertambah dekatnya hujung kehidupan di alam fana ini. Apakah pertambahan usia seiring dengan peningkatan pahala atau sebaliknya? Apakah di penghujung usia yang teramat singkat ini amalan dan kebaktian kita semakin berganda atau semakin sirna?

Sesungguhnya kelebihan dan keistimewaan Ramadhan bukan lagi satu rahsia. Allah s.w.t. telah memilih daripada bulan ini satu detik paling bersejarah dalam kehidupan umat sejagat, iaitu detik turunnya Kitab Suci yang paling agung. Kitab yang diturunkan khusus untuk memimpin tangan manusia ke jalan yang benar, mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang. Bayangkan sekiranya Kitab ini tidak diturunkan! Pastinya kita tidak akan mengenal erti kehidupan, dari mana kita datang, ke mana kita akan pergi dan untuk apa kita hidup di dunia yang sementara ini? Lantaran itu mereka yang tidak mengambil manfaat dari Kitab yang mulia ini adalah golongan yang paling malang dan paling rugi.

Bulan Ramadhan juga mencatat sejarah gemilang; kemenangan golongan yang membawa panji kebenaran ke atas golongan mustakbirin yang mempunyai kekuatan meterial tiga kali ganda di dalam Ghazwah Badar al-Kubra.

Maka ketibaan bulan mulia yang penuh sejarah ini sewajarnya disambut dan diraikan dengan acara yang gilang gemilang. Dan tidak ada acara yang lebih bermakna dilakukan oleh seorang insan selain mengikhlaskan pengabdian kepada Pencipta Yang Maha Esa.

Sesungguhnya Allah s.a.w. telah mensyari’atkan beberapa perkara wajib dan sunat pada bulan Ramadhan. Itulah yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Ibadah paling penting yang disyari’atkan pada bulan Ramadhan ialah puasa.

Puasa ditakrifkan sebagai: Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Tujuan utama puasa ialah mendidik manusia agar menjadi hamba yang bertaqwa. Taqwa bermaksud memelihara diri dari azab Allah dengan mentaati segala suruhan dan menjauhi segala laranganNya. Mungkin timbul persoalan, apakah dengan meninggalkan makan, minum dan syahwat pada siang hari dapat melahirkan insan yang bertaqwa? Sekadar meninggalkan makan dan minum memang tiada apa-apa kesan kecuali lapar dan dahaga. Namun apa yang dimaksudkan meninggalkan makan dan minum ketika berpuasa ialah menahan dan menguasi diri agar tidak melakukan sesuatu yang Allah larang. Kita tidak makan bukan kerena tidak ada makanan untuk dimakan, bukan kerana tidak ada duit untuk membeli makanan, bukan kerana tidak ada selera untuk makan, bukan kerana ditahan dan disekat dari mengambil makanan. Kita tidak makan adalah semata-mata kerana mematuhi perintah Allah ‘Azza wa Jalla. Allah telah berfirman di dalam kitab suciNya bermaksudnya: “...... dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib);…..” Al-Baqarah : 187

Sebagai hamba, kita mesti menyedari bahawa segala sesuatu yang ada di atas muka bumi ini milik Allah s.w.t. yang mutlak. Tidak ada sesiapapun yang berkongsi denganNya dalam pemilikan itu dan tidak ada sesiapapun yang boleh menggugat kekuasaanNya. Puasa mengajar kita agar menginsafi hal ini. Tidak ada sesuatupun yang mampu kita sentuh tanpa izinNya, hatta makanan yang kita beli dengan duit sendiri atau yang kita masak di dapor sendiri. Semuanya adalah milikNya. Dia sahaja yang berhak menentukan bilakah masa kita boleh menikmatinya dan bilakah masanya kita tidak boleh. Inilah pengajaran yang hendak diterapkan dalam hati setiap mukmin ketika dia meninggalkan makan dan minumnya di waktu berpuasa.

Hari ini kita dapati ramai muslim berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga. Namun pada masa yang sama mereka tidak segan silu melakukan perbuatan yang Allah larang. Mulut dikawal tidak mengunyah makanan lazat yang terhidang di depan mata, tapi pada masa yang sama mulut itu disumbat pula dengan daging-daging busuk dan berulat.

Gejala tidak mengawal diri dari melakukan perbuatan yang ditegah oleh Allah semakin ketara ketika menyambut ketibaan Hari Raya. Pelbagai acara diatur dan direka dengan kreatif dan inovatif. Semuanya untuk keseronokan dan memenuhi tuntutan nafsu yang tidak mengenal sempadan halal dan haram. Hari Raya adalah hari perisytiharan kemenangan melawan nafsu, bukan memperaja dan memenangkan nafsu.

Untuk menjadikan ibadah puasa lebih bermakna seharusnya kita berusaha memahami hikmahnya dan berusaha menghayatinya sedaya mampu. Matlamat puasa ialah menjadi insan yang bertaqwa. Sahabat Nabi s.a.w. pernah membuat analogi keadaan orang yang bertaqwa itu seperti seseorang yang sedang berjalan di sebatang jalan yang penuh onak dan duri. Dia melangkah dengan waspada dan sentiasa berhati-hati agar kakinya tidak terpijak duri. Demikianlah orang yang bertaqwa. Setiap pekerjaan atau perketaan yang dilakukan diteliti terlebih dahulu agar tidak terlanggar dan terbabas ke sempadan yang dilarang.

Thursday, May 04, 2006

Analogy of Life

Once upon a time, there was a very strong man. He asked for a job from a timber merchant, and he got it. The pay was really good and so were the work conditions. For that reason, the man was determined to do his best. His boss gave him an axe and showed him the area where he is supposed to work. The first day, he brought down 18 trees. The Boss was very much impressed and said, "Congratulations Go on that way! Very motivated by the words of the boss, he tried harder the next day, but only could bring down 15 trees. The third day he tried even harder, but he could only bring down 10 trees. Day after day he was bringing down less and less trees. "I must be losing my strength", he thought to himself. He went to the Boss and apologized, saying that he could not
understand what was going on. "When was the last time you sharpened your axe?" the boss asked. "Sharpen? I had no time to sharpen my axe, I have been busy cutting trees.


The moral of this story
:


Our lives are like that. We sometimes get so busy that we don't take time to sharpen the axe. In today's world, it seems that everyone is busier than ever, but less happy than ever. Why is that? Could it be that we have forgotten how to stay sharp? There's nothing wrong with activity and hard work. But we should not get so busy and neglect the truly important things in life, like our personal life, taking time to care for others, Taking time to read etc. We all need time to relax, to think and meditate, to learn and grow. If you don't take the time to sharpen the axe, we will become dull and lose our effectiveness. So, start from today, think about the ways by which you could do your job more effectively and add a lot of value to it. Hope this story has given you some insight to life, may you be happy always!


"TO HANDLE YOURSELF, USE YOUR HEAD; TO HANDLE OTHERS, USE YOUR HEART"

Sewaktu kita dilahirkan, kita menangis & orang di sekeliling kita akan ketawa keriangan. Bila kita mati, biarlah kita mampu tertawa & orang sekeliling kita pula menangis kesedihan.

Sumbangan CikMan

Wednesday, April 26, 2006

PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, tindakan atau pelaksanaan. Dalam kontek pengurusan Islam, prinsi[ bertindak selaku landasan dalam melaksanakan kegiatan pentadbiran atau pengurusan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah dirancang dan ditetapkan.

Pentadbiran dan pengurusan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah di samping tidak mengenepikan daya pemikiran manusia. Lantaran itu prinsip pengurusan Islam bersifat global, universal dan kekal.

Di antara prinsip pengurusan Islam:

Kepatuhan kepada Keesaan Allah

Kepatuhan kepada Keesaan Allah menjadi teras kepada Islam. Seluruh aktiviti manusia terikat dengan kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah Yang Maha Agong mentadbir dan mengurus segala-galanya.

Kepatuhan manusia kepada keesaan dan kekuasaan Allah akan melahirkan para pekerja, pentadbir dan pengurus yang sedar tentang tanggungjawab mereka yang sebenarnya. Justeru pentadbiran atau pengurusan akan menjadi perantaraan serta alat yang boleh memartabatkan kemanusiaan dalam diri manusia. Ia boleh menyusun dan mengagihkan segala nilai yang diperlukan oleh manusia secara adil dan saksama. Inilah hasrat yang ingin dicapai oleh sesuatu pengurusan atau pentadbiran.

Mengimplementasikan Amalan Syura

Islam menjadikan amalan syura sebagai suatu pendekatan yang perlu diterapkan dalam segala bidang kehidupan.

Proses syura yang dijalankan akan memberi peluang kepada yang terlibat untuk mengemukakan pandangan secara bebas dan pada masa yang sama menghargai pandangan pihak lain. Akhienya keputusan yang terbaik akan dapat dicapai melalui penyertaan pelbagai pihak.

Mementingkan Persamaan (al-Musawah)

Para pentadbir, pengurus, ketua dan lain-lain adalah sama di sisi peraturan dan undang-undang Islam. Tiada sesiapa yang boleh dilucutkan hak asasinya melainkan mengikut undang-undang.

Setiap pekerja adalah sama dari segi:
i. Tanggungjawab terhadap undang-undang.
ii. Tanggungjawab terhadap hukuman.
iii. Agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.

Mendaulatkan keadilan (al-‘Adalah)

Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempat dan keadaan yang betul. Ia mesti dipatuhi di dalam setiap aktiviti.

Skop keadilan teramat luas, meliputi Keadilan dalam:
i. urusan persendirian
ii. menguruskan harta
iii. pertuturan
iv. proses perbicaraan dan penghukuman
v. melayani mereka yang tidak sealiran pendapat.

Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan keadilan boleh berlaku dalam hal-hal-hal seperti berikut:
i. Keadilan dalam bentuk persamaan – semua kakitangan dibayar gaji pada hari yang sama.
ii. Keadilan dalam bentuk yang berbeza – jumlah imbuhan atau gaji diberi berbeza mengikut kepakaran atau profesion masing-masing.
iii. Keadilan dalam bentuk hak keistimewaan – ketua boleh menetapkan peraturan dalam pejabat demi kebaikan jabatannya.

Mengtumakan Kebebasan (al-Hurriyyah)

Mengikut undang-undang, setiap orang berhak untuk mendapat kebebasan dalam perkara berikut:
i. Kebebasan diri
ii. Kebebasan beragama
iii. Kebebasan bergerak
iv. Kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat
v. Kebebasan mencari dan memiliki harta dengan cara yang halal.
Assalamu’alaikum.

Puan,
Saya seorang suri rumah sepenuh masa. Telah lama persoalan ini berligar di dalam fikiran saya. Beberapa kali cuba berbincang dengan teman-teman, namun kesimpulan tetap tidak memuaskan hati. Oleh itu saya harap puan dapat memberikan penjelasan yang sebaik mungkin. Soalan saya ialah sejauh mana kewajipan wanita di dalam dakwah? Apakah sama dengan kaum lelaki? Terima kasih.

Lina,
Shah Alam.

Peranan wanita di dalam dakwah

Sebagai sebuah agama fitrah, Islam telah mengatur hidup para penganutnya kearah kesejahteraan, keharmonian dan kedamaian. Islam datang dengan prinsip-prinsip serta asas-asas yang menjadi tiang kepada tamadun. Ia merupakan penutup kepada segala tamadun terdahulu. Ia menjadikan manusia sebagai unsur asasi di dalam proses pembinaan tamadun.

Manhaj rabbaniy ini menyelaraskan antara kegiatan kaum wanita dan lelaki dalam membangunkan masyarakat dan membina tamadun. Ia menjadikan kegiatan ini wujud dalam bentuk yang pelbagai. Ada yang khusus untuk kaum lelaki, ada yang khusus untuk kaum wanita dan ada yang dikongsi bersama.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya wanita adalah saudara kandung (seibu sebapa) bagi lelaki” ( Diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada ‘Aisyah r.a.)


Maksud saudara kandung ialah dari sudut penciptaan,taklif dan kemuliaan yang diberikan sebagai seorang manusia.

Allah s.w.t. berfirman maksudnya: “Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firman-Nya): “Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) sesetengah kamu (adalah keturunan) dari sesetengah yang lain.” Aali ‘Imran : 195

Tidak syak lagi wanita Islam mempunyai peranan istimewa dalam melaksanakan amal bagi melengkapkan peranan kaum lelaki. Bahkan peranan mereka mengatasi peranan lelaki dalam sesetengah bidang yang didominasi oleh kaum wanita. Ini kerana kaum wnaita mempunyai beberapa keistimewaan dari sudut kesediaan, kemampuan, sifat-sifat keperibadian, kejiwaan dan perasaan yang berbeza daripada kaum lelaki.

Dakwah kepada Allah merupakan kerjaya paling agong dan mulia. Kerja yang diwariskan oleh Rasulullah s.a.w. kepada seluruh umatnya tidak kira lelaki atau perempuan. Di dalam surah at-Taubah ayat 71 Allah s.w.t.menyatakan dengan terang dan jelas bahawa tugas dakwah yang mulia, penting lagi berat ini tidak harus dipikul oleh kaum lelaki secara bersendirian, malah tugas ini mesti dikongsi dan dipikul secara bersama oleh kaum wanita.

Masyarakat Islam terawal memberikan contoh yang praktikal mengenai peranan wanita di dalam dakwah. Ummu ‘Atiyyah al-Ansariyyah umpamanya menjadikan rumahnya tempat tumpuan kaum lelaki di dalm menimba ilmu. Beliau begitu terkenal kerana keaktifannya di dalam memberi nasihat dan menyampaikan ajaran Islam di kalangan pelbagai qabilah pada zaman Nabi s.a.w.Baliau pernah disiksa dan dipenjara. Namun semangatnya tidak patah.

Menurut Zainab al-Ghazali di dalam bukunya yang berjodol Ila Ibnati, keadaan umat masa kini sangat memerlukan kaum wanita memainkan peranan yang aktif di dalam dakwah. Ini disebabkan penjajah Barat mengeksploitasi wanita di dalam menabur benih-benih kejahatan dan keruntuhan nilai-nilai akhlak dan kemanusiaan. Wanita Islam yang lemah pegangan agamanya serta cetek ilmunya akan terus menjadi alat propaganda syaitan di dalam melariskan kemungkaran yang ditajanya melalui media massa, sama ada media cetak maupun media elektronik.

Menurut penelitian beliau, wanita adalah orang yang paling layak diketengahkan untuk menjalankan opereasi dakwah di kalangan kaum sejenis mereka. Mereka lebih memahami tabiat, kedudukan dan permasalahan yang dihadapi kaum sejenis mereka. Dengan itu mereka lebih berupaya menembusi hati-hati mad’u dengan pendekatan yang bersesuaian serta lebih serasi dengan fitrah mereka.

Medan-medan Dakwah

Dakwah bukan terbatas pada menyampaikan ceramah di masjid-masjid, memberi tazkirah di dalam liqa’ mingguan atau memberi syarahan di dalam suatu perhimpunan. Sebaliknya dakwah merangkumi keseluruhan tingkah laku dan gaya hidup seseorang; memiliki akhlak yang mulia, tuturkata yang baik, kasih sayang yang mendalam, persaudaraan yang jujur, kegigihan dalam bekerja, sabar ketika bencana, teguh setia menanggung suka dan derita.

Jelas kepada kita, medan dakwah cukup luas dan pelbagai. Setiap orang boleh memainkan peranan mengikut kemampuan dan kesesuaian masa, tempat, kebolehan serta kelebihan yang dimiliki. Seseorang wanita tidak harus memenjarakan dirinya di dalam permasalahan keluarga dan rumahtangganya yang sempit, sehinggakan seolah-olah rumah itulah sahaja dunianya, suami dan anak-anaknya sahajalah segala-galanya dalam hidup ini. Akhirnya dia menjadi seorang muslimah yang tidak mempunyai wawasan, tidak mengendahkan masa depan agama dan dakwahnya. Lama kelamaan dia menjadi wanita biasa yang larut di dalam masyarakat, lupa pada tanggungjawab serta cita-cita untuk membangunkan rumahtangga muslim yang soleh.

Jadi, perseimbangan antara tanggungjawab dakwah dengan urusan rumahtangga amatlah dituntut. Sebagai muslimah yang memiliki kesedaran yang mendalam tentang tanggungjawab, anda mestilah mengatur kehidupan secara seimbang. Rumah tangga tidak harus diabaikan kerana dakwah. Begitu juga sebaliknya dakwah tidak harus dikorbankan kerana sibuk melayani suami serta kerenah anak-anak. Anda mesti memahami keutamaan bagi setiap perkara, masa dan keadaan. Ketika anak-anak masih kecil, tumpuan mesti diberikan kepada mereka,didik mereka supaya menjadi pelapis yang bakal meneruskan risalah. Namun pada masa yang sama anda tidak boleh meninggalkan medan dakwah sepenuhnya atas alasan mendidik anak. Tindakan ini akan membawa kerugian kepada anda dari segi pendedahan, pengalaman dan pahala.

Sesungguhnya kita sangat berhajat kepada muslimat da’iah yang memahami betapa umat ini amat memerlukan dakwahnya, sumbangan tenaga serta kepakaran yang ada padanya bagi membimbing wanita-wanita Islam dan mendidik mereka agar beriltizam dengan ajaran Islam. kita sangat berhajat kepada muslimat da’iah yang prihatin terhadap hal ehwal masyarakat dan umat Islam, yang memahami tugas yang diamanahkan kepadanya, yang bercita-cita untuk mengangkat dirinya ke martabat du’at yang berjuang dan berjihad mendaulat serta mempertahankan din yang agong ini.

Monday, July 25, 2005

ETIKA ISLAM DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

Etika merupakan satu bidang falsafah yang membicarakan tentang tingkah laku manusia dari aspek-aspek lahiriah dan batiniahnya .dalam hubungan dengan sains, etika adalah satu bidang ilmu yang mengkaji soal kebaikan dan keburukan dalam sains; berhubung dengan tatacara untuk mempraktiskan kebaikan dan menolak keburukan dalam amalan dan penggunaan sanis dan teknologi.
Islam telah menyediakan panduan yang sempurna untuk mengatur segala perlakuan manusia dalam apa jua bidang kerjaya sepanjang zaman. Terdapat konsep-konsep asas yang mampu membimbing ahli sains dalam urusan peribadi dan profesyennya. Konsep asas tersebut terdiri daripada tiga unsur utama:
i. Keimanan kepada Allah s.w.t.
Iman adalah teras kepada semua jenis amalan dalam Islam. Seorang ahli sains perlu mempunyai keimanan serta keyakinan yang kukuh kepada Allah dan sentiasa memohon bantuan daripadaNya. Mereka perlu sedar Allah sentiasa melihat segala pemikiran dan perlakuan manusia. Allah merupakan Pencipta dan Pemilik alam yang menjadi bahan kajian dan penggunaan sains dan teknologi. Sesungguhnya keimana kepada Allah akan menyediakan asas yang kukuh kepada kelahiran generasi muslim yang bermoral.

ii. Kepatuhan kepada Syariah dan etika kerka
Seseorang ahli sains perlu mempunyai ketaantan yang tinggi terhadap peraturan-peraturan dan ketentuan Allah dengan mengambil kira persoalan halal dan haram dalam kerjayanya. Matlamat yang murni dalam pembangunan dan penggunaan teknologi seharusnya seiring dengan kaedah yang tidak melanggar batas-batas ajaran Islam. Kepatuhan kepada peraturan Allah dijadikan asas penting kepada etika kerjanya sekalipun berlawanan dengan tuntutan keinginan kerana sains tidak boleh bersifat neutral dan bebas.

iii. Mementingkan aspek kemanusiaan dan ihsan
Dalam penggunaan sains dan teknologi aspek kemanusiaan dan ihsan merupakan suatu yang tidak boleh diabaikan. Para saintis adalah khalifah Allah di bumi. Mereka bertanggungjawab untuk membawa kemakmuran dan menjaga keharmonian. Mereka perlu menghindari diri dari mengekskploitasi sewenang-wenangnya segala isi kandungan alam semata-mata untuk kepentingan sanis, material dan kekayaan. Mereka perlu melindungi alam sekitar, bersifat belas ihsan dan menghormati hak-hak manusia dan lain-lain kehidupan untuk hidup dengan selesa.
Sebagai rumusannya, seseorang ahli sains atau teknokrat muslim yang ingin melaksanakan sesuatu perbuatan atau amalan sainsnya, seharusnya bermula dengan kepercayaan dan keimanan kepada Allah serta berpegang teguh kepada ajaran agama dalam profesyennya. Beliau juga perlu bertindak untuk memastikan adanya persiapan yang cukup sama ada dari segi kuasa intelek atau pun kuasa emperik yang bercorak teknik. Tindak tanduknya pula dibaluti dengan nilai-nilai etika dan moral yang suci murni berdasarkan prinsip “melakukan sesuatu yang baik dan menjauhi yang mungkar”. Dengan itu persoalan krisis etika dalam pelbagai amalan sains dapat dihindarkan dan sains menjadi ilmu yang mampu memberi manfaat yang menyeluruh.


Dipetik dari “Pengenalan falsafah dan konotasi aksiologi atau etika Islam dalam sains dan teknologi” oleh Zulfikri bin Mohd Zain.

Tuesday, July 19, 2005

Pengenalan Falsafah

1. Maksud falsafah:
Berasal dari perkataan:
Bahasa Arab: falsafah
Bahasa Yunani: philosophia. Philos bererti ‘cinta’ dalam ertikata yang seluas-luasnya, iaitu ingin dan berusaha untuk mencapai sesuatu yang diinginkan kerana keinginan itu. Sophia bererti bijaksana, pandai atau mengerti dengan mendalam.
· Oleh sebab itu, falsafah bermakna ‘ingin mengerti dengan mendalam, cintakan kebijaksanaan atau cintakan kebenaran.’ (Endang Saifuddin, 1982:75)
· Phytagoras (500-580SM), ahli matematik yang terkenal memperkenalkan falsafah dengan maksud ‘kecintaan terhadap kebijaksanaan dan menggunakannya dengan maksud perbahasan tentang tabiat sesuatu.’
· Plato (427-347 SM): falsafah tidaklah lain daripada pengetahuan tentang segala yang ada.
· Aristotles(348-322 SM): ‘falsafah ialah disiplin yang menyelediki asas dan sebab segala benda.’
· Al-Kindi (185-252H/801-866M): ‘falsafah ialah ilmu tentang kewujudan benda-benda, urusan ketuhanan dan urusan kemanusiaan.’
· Al-Farabi (257-339H/870-950M): ‘falsafah ialah ilmu pengetahuan tentang alam yang ada dan bertujuan untuk menyelidiki hakikatnya yang sebenar.’
· Rene Descartes – Bapa Falsafah Moden, Renaissance (1596-1650M): falsafah ialah satu disiplin yang dapat menjelaskan hakikat kebenaran tertinggi (ultimate truth).
· Horald H.Titus: Falsafah merangkumi 4 pengertian; sikap tentang hidup dan tentang alam semesta, satu kaedah pemikiran reflektif dan penyelidikan akliah, satu peringkat masalah, dan satu teori atau system pemikiran. (Endang Saifuddin, 1982:75)
· Max Hocutt: Falsafah; merangkumi asas sikap, kepercayaan dan konsep pemikiran seseorang.


Kesimpulan, falsafah ialah ilmu istimewa yang cuba menjawab masalah atau persoalan yang tidak dapat dijawab oleh pengetahuan biasa (knowledge). Ia adalah hasil dari daya usaha manusia dengan akal yang rasional, kritis dan integral untuk menganalisa objek-objek seperti hakikat alam semesta, kemanusiaan dan ketuhanan. Falsafah juga merupakan ilmu induk, sementara ilmu-ikmu lain adalah bahagian-bahagiannya. Kerana itulah kita dapati dalam sejarah perkembangannya berbagai definisi, skop dan sebagainya telah diberikan. Meskipun terdapat beberapa perbezaan kecil pentakrifannya di kalangan ahli falsafah, namun ia tetap selari dan saling menguatkan. Perbezaan ini seringkali dipengaruhi oleh kelainan disiplin ilmu, aliran pemikiran serta latar belakng ahli falsafah itu sendiri.

2. Falsafah Islam:

Islam bukanlah falsafah, ianya adalah agama wahyu yang bersifat rabbany, mutlak datang dari Allah SWT, suci dari kekurangan dan bersifat menyeluruh, sempurna, anjal (flexible), dan sesuai di semua tempat, masa dan zaman. Namun, Islam tetap membuka ruang kepada pemikiran manusia. Oleh sebab itu, segala pemikiran dan kebijaksanaan manusia dalam aspek-aspek kefalsafahan akan membentuk falsafah Islam jika ianya merujuk kepada neraca Islam.


3. Falsafah Sains:
Sains diambil dari perkataan Inggeris ‘science’. English Oxford Dictionary: sains adalah ‘satu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau dengan fakta-fakta yang ditinjau dan disusun secara bersistem dan dihimpun dalam bentuk hukum-hukum umum dan ia termasuklah kaedah-kaedah yang boleh dipercayai untuk menghasilkan kebenaran baru dalam lapangannya sendiri.’
Sains juga dikenali sebagai satu disiplin yang menilai sesuatu tinjauan dan maklumat secara objektif, bukan secara subjektif, seperti dengan intuisi, sangkaan atau emosi. Ia juga merupakan percubaan mencari kebenaran dengan kaedah-kaedah yang rasional dan emperikal.
Gabungan di antara falsafah dengan sains dinamakan ‘falsafah sains’ atau ‘philosophy of science’. Falsafah sains berperanan menghubungkan falsafah dengan penyelidikan sains. Ia bermatlamat menyelidiki nature sains, metod saintifik dan logiknya sains, menerokai bidang-bidang yang bersangkut paut dengan sains dan memperkuatkan penemuan sains. (Reese,1980)
Kedudukan hubungan di antara falsafah dengan sains digambarkan oleh Einstein dengan kata-kata: “science without philosophy is blind and philosophy without science is empty”. Sesungguhnya penemuan teori-teori baru dalam bidang sains sering mempunyai implikasi terhadap persoalan falsafah.



Dipetik dari kertas kerja yang ditulis oleh Zulfikri bin Mohd Zain, Pengenalan Falsaha dan Konotasi Aksiologi atau Etika Islam dalam Sains dan Teknologi, dibentang dalam Bengkel Peengajaran Kursus Pendidikan Islam Semester 03 peringkat Diploma, UiTM.

Monday, July 18, 2005

Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Pengenalan Ilmu Ketamadunan
Organisasi sosial manusia (ijtima’ insani) itu adalah suatu yang harus (wajib). Ahli-ahli falsafah menyatakan hakikat ini dengan berkata: al-insan madaniyyun bit-tab’ei.
Menurut Ibn khaldun, organisasi sosial adalah suatu keharusan (kemestian) bagi manusia. Tanpanya, kewujudan manusia tidak sempurna. Allah s.w.t. mahu memakmurkan dunai ini dengan makhluk manusia dan menjadikan mereka itu sebagai khalifah di permukaan bumi ini tentulah tidak akan terhasil. Inilah ertinya suatu peradaban (‘umran).
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Al-Baqarah:30
“Dan kepada Thamud, Kami utuskan saudara mereka Salih. Ia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tiada tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan bumi, serta memakmurkan kamu di dalamnya. Maka mintalah ampun kepada-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku amat dekat, lagi memperkenankan doa hamba-Nya”. Hud:61
Definisi
1. Tamadun
Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (social, budaya, politik dll) yang tinggi, peradaban. (KD, hal.1274)
Menurut ‘Uthman El Muhammady, tamadun berasal daripada perkataan ‘maddana’ yang bererti membina sesuatu bandar atau kota; atau seseorang / masyarakat yang mempunyai peradaban. Justeru itu perkataan tamadun boleh diertikan keadaan hidup seseorang bermasyarakat yang bertambah maju ke hadapan.
E. B. Tylor : tamadun dan budaya sama kedudukan – merangkumi keseluruhan pencapaian manusia termasuk pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan keupayaan-keupayaan serta tabiat-tabiat lain yang di dapati oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
Tamadun : kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku.
Mempunyai kaitan dengan madana : memperhaluskan budi bahasa dan memperelokkan tingkah laku; membuka atau membuat bandar.
Madinah : Bandar
Madani : peradaban dan kemakmuran hidup; orang yang berkelakuan seperti orang bandar yang bersifat halus dalam berbudi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku.

2. ‘Umran
Dikemukan oleh Ibn Khaldun yang memberi pengertian bahawa kawasan tanah di mana sekumpulan masyarakat yang tinggal menetap di suatu tempat itu dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur; di sebalik kawasan kering dan terbiar. (Zakarian Hashim, 1970)
3. Hadharah
Suatu wilayah yang mengandungi aspek-aspek kehidupan sosial dan nilai-nilai yang berdasarkan ajaran Islam di kalangan mereka apabila dibentuk kehidupan bernegara dengan kota pertahanan serta kehidupan secara kolektif yang tersusun. (‘Uthman El Muhammady, 1989)
4. Civilization
Berasal daripada istilah bahasa Perancis. Juga mempunyai kaitan rapat dengan istilah civitas dalam bahasa Greek
Jacqueta Hawkes: Kualiti tinggi yang dimiliki oleh sesuatu masyarakat.
Collingwood : keadaan masyarakat yang telah mencapai ciri-ciri masyarakat bandar ataupun mempunyai ciri-ciri persamaan dengan ciri-ciri masyarakat bandar
Samuel Johnson : suatu keadaan yang bertentangan dengan kehidupan biadab (barbaric), iaitu mencapai satu tahap kesopanan yang tinggi
Gordon Childe : memberi penekanan kepada pencapaian material sebagai lambang ketamadunan; pengukuran tamadun adalah berdasarkan kepada kewujudan Bandar atau urban civilization
Edward L. Farmer: unit budaya yang besar yang mengandungi norma-norma sosial, tradisi dan institusi yang dikongsi bersama dan diwarisi dari generasi ke generasi.
Dr. Elbert Schwetzer (Nobel 1954) : keseluruhan kemajuan yang dibuat oleh manusia dalam setiap tindakan dan pemikiran selagi kemajuana ini membawa kepada penyempurnaan kerohanian seorang individu. Elemen ini adalah penyempurnaan etika individu dan komuniti.
Nourouzzaman As Shiddiqi M.A (1986) : Pengolahan akal budi dalam bentuk lahiriah sahaja; seperti mendirikan bangunan pencakar langit, mengirim satelit ke ruang angkasa dan seumpamanya. Jadi civilization yang bermaksud peradaban itu mengandungi erti hanya meningkatkan kemajuan dalam perkembangan social semata-mata.

5. Culture
Akal budi manusia yang bersifat batiniah, iaitu akal budilah yang memberi dorongan kepada manusia untuk menciptakan sesuatu seperti kesusasteraan, kesenian, agama, akhlak dan pembangunan-pembangunan yang lain dalam rangka meningkatakan pencapaian kehidupan manusia yang lebih baik. Jadi culture yang bermaksud kebudayaan itu adalah perkembangan intelektual yang memimpin manusia kedalam kehidupan dari pelbagai lapangan.
Kesimpulan
Sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik (termasuklah dalam bidang seni bina dan lain-lain kemahiran), halus, sopan dan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tatasusila, adab, tingkah laku dan budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sebuah bangsa atau negara bangsa. Ringkasnya tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi.

Thursday, July 14, 2005

FAKTA SAINS DAN ISLAM

FAKTA SAINS DAN ISLAM
Lebah Madu
"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."(QS. An-Nahl: 68-69)
Hampir semua orang tahu bahwa madu adalah sumber makanan penting bagi tubuh manusia, tetapi sedikit sekali manusia yang menyedari sifat-sifat luar biasa dari penghasilnya, iaitu lebah madu.
Sebagaimana kita ketahui, sumber makanan lebah adalah nektar, yang tidak dijumpai pada musim dingin. Oleh kerana itulah, lebah mencampur nektar yang mereka kumpulkan pada musim panas dengan cairan khusus yang dikeluarkan tubuh mereka. Campuran ini menghasilkan zat bergizi yang baru-iaitu madu dan menyimpannya untuk musim dingin yang akan datang.
Sungguh menarik untuk diketahui bahawa lebah menyimpan madu jauh lebih banyak dari yang sebenarnya. Pertanyaan pertama yang muncul pada benak kita adalah: mengapa lebah tidak menghentikan produksi berlebih ini, yang tampaknya hanya membuang-buang waktu dan energi? Jawaban untuk pertanyaan ini tersembunyi dalam kata "wahyu" yang telah diberikan kepada lebah, seperti disebutkan dalam ayat tadi.
Lebah memproduksi madu bukan untuk diri mereka sendiri, melainkan juga untuk manusia. Sebagaimana makhluk lain di alam, lebah juga mengabdikan diri untuk melayani manusia; sama seperti ayam yang bertelur setidaknya sebutir setiap hari kendatipun tidak membutuhkannya dan sapi yang memproduksi susu jauh melebihi kebutuhan anak-anaknya.

Organisasi Yang Luar Biasa Dalam Sarang Lebah

Kehidupan lebah di sarang dan produksi madunya sangatlah menakjubkan. Tanpa membahas terlalu terperinci, marilah kita amati ciri-ciri utama "kehidupan sosial" lebah. Lebah harus melaksanakan banyak "tugas" dan mereka mengatur semua ini dengan organisasi yang luar biasa.
Pengaturan kelembapan dan ventilasi: Kelembapan sarang, yang membuat madu memiliki kualitas perlindungan tinggi, harus dijaga pada batas-batas tertentu. Pada kelembapan di atas atau di bawah batas ini, madu akan rusak serta kehilangan kualitas perlindungan dan gizinya. Begitu juga, suhu sarang harus 35 C selama sepuluh bulan pada tahun tersebut. Untuk menjaga suhu dan kelembapan sarang ini pada batas tertentu, ada kelompok khusus yang bertugas menjaga ventilasi.
Jika hari panas, terlihat lebah sedang mengatur ventilasi sarang. Jalan masuk sarang dipenuhi lebah. Sambil menempel pada struktur kayu, mereka mengipasi sarang dengan sayap. Dalam sarang standar, udara yang masuk dari satu sisi terdorong keluar pada sisi yang lain. Lebah ventilator yang lain bekerja di dalam sarang, mendorong udara ke semua sudut sarang.
Sistem ventilasi ini juga bermanfaat melindungi sarang dari asap dan pencemaran udara.
Sistem kesihatan: Lebah menjaga kualiti madu tidak terbatas hanya pada pengaturan kelembapan dan panas. Di dalam sarang terdapat sistem pemeliharaan kesihatan yang sempurna untuk mengendalikan segala peristiwa yang mungkin menimbulkan bakteria. Tujuan utama sistem ini adalah menghilangkan zat-zat yang mungkin menimbulkan bakteria. Prinsipnya adalah mencegah zat-zat asing memasuki sarang. Untuk itu, dua penjaga selalu ditempatkan pada pintu sarang. Jika suatu zat asing atau serangga memasuki sarang walau sudah ada tindakan pencegahan ini, semua lebah berusaha untuk mengusirnya dari sarang.
Sudah jelas lebah tidak memiliki pengetahuan apa pun tentang ini, apalagi laboratorium. Lebah hanyalah seekor serangga yang panjangnya 1-2 cm dan ia melakukan ini semua dengan apa yang telah diilhamkan Tuhannya
Penyimpanan Maksima Dengan Bahan Minima
Sarang yang dibangun lebah dapat menampung 80 ribu lebah yang hidup dan bekerja bersama-sama, dengan menggunakan sedikit bagian dari lilin lebah.
Sarang tersebut tersusun atas sarang madu berdinding lilin lebah, dengan ratusan sel-sel kecil pada kedua permukaannya. Semua sel sarang madu berukuran sama persis. Keajaiban teknik ini dicapai melalui kerja kolektif ribuan lebah. Lebah menggunakan sel-sel ini untuk menyimpan makanan dan memelihara lebah muda.
Selama jutaan tahun, lebah telah menggunakan struktur segi enam untuk membangun sarangnya. (Sebuah fosil lebah yang berusia 100 juta tahun telah ditemukan). Sungguh menakjubkan bahwa mereka memilih struktur segi enam, bukan segi delapan atau segi lima. Ahli matematik memberikan alasannya: "struktur segi enam adalah bentuk geometris yang paling sesuai untuk memanfaatkan setiap bahagian unit secara maksimum". Jika sel-sel sarang madu dibangun dengan bentuk lain, akan terdapat bahagian yang tidak terpakai, sehingga lebih sedikit madu yang bisa disimpan dan lebih sedikit lebah yang mendapatkan manfaatnya.
Pada kedalaman yang sama, bentuk sel segi tiga atau segi empat dapat menampung jumlah madu yang sama dengan sel segi enam. Akan tetapi, dari semua bentuk geometris tersebut, segi enam memiliki keliling yang paling pendek.
Kesimpulannya: sel berbentuk segi enam memerlukan jumlah lilin paling sedikit dalam pembangunannya, dan menyimpan madu paling banyak. Lebah tentu tidak akan mampu menghitung ini, yang hanya dapat dilakukan manusia dengan perhitungan geometris yang rumit. Haiwan kecil ini menggunakan bentuk segi enam secara fitrah, hanya karena mereka diajari atau "diilhami" oleh Tuhan mereka.

Cara Menentukan Arah

Lebah biasanya harus terbang menempuh jarak jauh dan menjajagi wilayah luas untuk menemukan makanan. Mereka mengumpulkan serbuk sari bunga dan bahan pembuat madu dalam jarak 800 m dari sarang. Seekor lebah, yang telah menemukan bunga, terbang kembali ke sarangnya untuk memberi tahu lebah lain tentang tempat bunga tersebut. Bagaimana lebah ini menjelaskan lokasi bunga kepada lebah lain di sarang?
Dengan menari!… Lebah yang kembali ke sarangnya mulai menari. Tarian ini adalah untuk memberi tahu lebah lain tentang lokasi bunga. Tarian yang diulang-ulang lebah tersebut mengandung semua informasi tentang sudut, arah, jarak, dan informasi perincian lain tentang sumber makanan, sehingga lebah lain dapat mencapai tempat itu.
Tarian ini berbentuk angka "8" yang diulang terus-menerus oleh lebah tersebut (lihat gambar di atas). Lebah tersebut membentuk bagian tengah angka "8" dengan mengibas-ngibaskan ekor dan bergerak zig-zag. Sudut antara gerakan zig-zag dan garis matahari-sarang menunjukkan arah sumber makanan dengan tepat (lihat gambar di atas).
Akan tetapi, sekadar mengetahui arah sumber makanan tidaklah cukup. Lebah pekerja juga harus "mengetahui" seberapa jauh mereka harus menempuh perjalanan mengumpulkan bahan pembuat madu. Jadi, lebah dari sumber bunga tersebut memberitahukan jarak serbuk bunga dengan gerakan tubuh tertentu, yakni dengan menggoyangkan bahagian bawah tubuhnya dan menimbulkan aliran udara. Misalnya, untuk "menjelaskan" jarak 250 m, ia mengibaskan bagian bawah tubuhnya lima kali dalam setengah minit. Dengan demikian, lokasi pasti sumber makanan tersebut dapat dijelaskan dengan terperinci, baik tentang jarak maupun arahnya.

Keajaiban Madu

Tahukah Anda, betapa madu merupakan sumber makanan penting yang disediakan Allah untuk manusia melalui serangga kecil ini?
Madu tersusun atas beberapa senyawa gula seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium, klor, belerang, besi, dan fosfat. Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualitas nektar dan serbuk sari. Di samping itu, dalam madu terdapat pula sejumlah kecil tembaga, yodium, dan seng, serta beberapa jenis hormon.
Dan Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berpikir.(QS. Al Jatsiyah, 45: 13)

BAGAIMANA ALAM INI BERMULA?

BAGAIMANA ALAM INI BERMULA?


ADAKAH ALAM INI ADA PERMULAAN?

BAGAIMANA ALAM INI MULA TERJADI?

Terjadi dengan sendiri?
Terjadi secara kebetulan
Diciptakan dari tiada

BEBERAPA TEORI PERMULAAN KEJADIAN ALAM

TEORI STEADY STATE
Teori ini beranggapan bahawa alam semesta ini sudah ada selamanya dalam susunan seperti yang ada sekarang ini dan zat-zatnya terus menerus terbentuk. Alam ini menurut mereka adalah ciptaan yang selanjar yang bermaksud sentiasa berkembang dan jirim-jirim baru terbentuk sepanjang masa untuk menstabilkan kemampatannya. Bagi mereka alam semesta ini tidak mempunyai permulaan dan tidak mempunyai permulaan dan tidak ada akhirannya. – Thomas Gold dan Fred Hoyle sekitar 1948

TEORI LEDAKAN BESAR (BIG BANG)

Dikemukakan oleh George Gamow (1929) dan dikembangkan oleh Edwin Hubble. Alam semesta ini bermula dengan berlakunya ledakan besar melalui sebuah bola api. Bola api ini bersaiz lebih kecil daripada atom tetapi mempunyai suhu yang amat tinggi sehingga jutaan kali lebih panas daripada matahari. Ledakan tersebut terjadi disebabkan terdapat tenaga yang terpendam di dalamnya.

TEORI EVOLUSI

Ahli evolusi mendakwa setiap kehidupan berubah melalui dua mekanisme; ‘mutasi’ dan ‘pilihan semulajadi’.

“so the situation is beset with difficulties. Perhaps the originon of the universe will never be answered by science”

“Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantu-Ku menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga penciptaan diri mereka sendiri; dan tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu.” Al-Kahf:51





ALAM SEMESTA MENURUT AL-QURAN


CIRI-CIRI YANG PERLU ADA PADA PENCIPTA
HIDUP
ESA
ILMU
KEMAHUAN
KEKUASAAN
KEBIKASANAAN/ KEADILAN
KASIH SAYANG

Al-Quran dengan tegas menyatakan alam ini dicipta oleh Allah.
“Ingatlah hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan; sebagaimana Kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.” Al-Anbiaa’:104

“Dan tidakkah orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” al-Anbiaa’:30

“Kemudian Ia menujukan kehendak-Nya ke arah langit sedang langit itu masih berupa asap. lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintah-Ku, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami datang dengan sukarela.” Fussilat:11


PANDANGAN ISLAM MENGENAI PENCIPTAAN ALAM

DICIPTAKAN DARI TIADA

“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi; dan apabila Ia berkehendakkan sesuatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: Jadilah! Lalu menjadilah ia”. Al-Baqarah:117

TUHAN YANG MAHA ESA MEMILIKI SEGALA SIFAT KESEMPURNAAN

“Allah, tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatupun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar”. Al-Baqarah:225

SETIAP CIPTAAN ADA TUJUAN/HIKMAH

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-oang yang berakal. (Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”. Aali ‘Imran:190-191

ALAM INI TIDAK KEKAL

“Dan berilah kepada mereka misal perbandingan Kehidupan dunia ini umpama air yang Kami turunkan dari langit, lalu suburlah kerananya tanaman di bumi; kemudian menjadilah ia kering ditiup angin; dan adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. Al-Kahfi:45