Tuesday, December 02, 2014

Al-Rahman

Al-Rahman adalah satu daripada Nama Allah al-Husna (Asmaa' al-Husna). Itulah nama yang mula-mula disebut selepas nama Allah. Di dalam al-Quran, al-Rahman diulang sebanyak 57 kali dan terdapat di dalam 18 surah. 57 kali tidak termasuk al-Rahman pada basmalah kecuali dalam surah al-Fatihan.

Surah yang paling banyak menyebut nama al-Rahman adalah surah Maryam, iaitu sebanyak 16 kali.

Ayat-ayat yang mengandungi nama al-Rahman di dalam surah Maryam ialah:
18, 26, 44, 45, 58, 61, 69, 75, 78,85, 87, 88, 91, 92, 93, 96.
Angka-angka di atas jumlahnya adalah 1106.
1106 = 158 x 7

Surah Maryam merupakan surah ke 19. Nama al-Rahman diulang sebanyak 16 kali.

19 + 16 = 35
35 = 5 x 7


Itu adalah sebahagian bukti bahawa setiap ayat di dalam al-Quran tidak diletakkan secara rawak, malah semuanya dikira dan dihitung dengan rapi dan teliti oleh Yang Menurunkannya. 

No comments: