Wednesday, October 14, 2020

JIN MENGAKU BAHAYA TAQLID

 

Di dalam surah Jinn, surah ke 72 Allah Ta’ala mewahyukan kepada Nabi s.a.w. tentang sekumpulan jin yang mendengar bacaan al-Quran yang sangat mengkagumkan, lalu mereka beriman.

Allah juga menyatakan bahawa jin-jin itu mengakui selama ini mereka tersalah sangka kerana mengikut sahaja kata-kata orang lain, sama ada dari kalangan jin atau manusia tanpa bersandarkan dalil dan bukti yang nyata. 

Apabila berpeluang mendengar al-Quran, barulah mereka tersedar akan kesilapan mereka selama ini.

Allah merakamkan pengakuan mereka di dalam firmanNya yang bermaksud:

Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.” (Al-Jinn 72:5)

 

Al-Razi berkata, ayat ini membawa maksud bahawa jin-jin itu mengaku bahawa mereka terjerumus dalam kebodohan dan kejahilan disebabkan mereka bertaqlid semata-mata. 

Dan mereka hanya berjaya keluar dari gelap kejahilan itu dengan keberkatan istidlal dan ihtijaj, iaitu dengan meneliti dalil dan hujjah yang benar daripada al-Quran.

 

Maka, sama-samalah kita mempelajari al-Quran, cuba memahami dan mengamalkannya.

No comments: