Monday, October 06, 2025

Minum Arak Budaya Cina?

Minum Arak Budaya Cina?
Dahulu sebagai menganut agama Buddha, saya minum arak. Saya tidak merasakan ianya adalah dosa atau masalah jikalau saya minum.
Saya tak rasa Buddha mengharamkan arak. Itu hanya tanggapan saya.
Selepas 6 tahun memeluk Islam, saya bukan sahaja mula belajar tentang Islam tetapi saya juga membelajari perbandingan agama.
Terkejut beruk saya bila saya baru tahu bahawa dalam ajaran Buddha ada 5 Precepts dan antaranya adalah dilarang minum arak.
Tapi kenapa ramai ahli keluarga, sanak saudara, sahabat & hatta orang yang dikira sarjana agama Buddha pun minum arak sehingga ada Cina Buddha yang mengatakan minum arak adalah budaya Cina?
Itulah kepelikannya.
Bila ada Cina memeluk Islam, dituduh Cina Muslim tu sebagai pengkhianat bangsa & berpaling dari agama nenek moyang seperti Buddhism, Taoism & Confucianism.
Awak tu yang tak ikut ajaran dari agama nenek moyang tu bukan pengkhianat bangsa ke? Sekadar lahir sebagai Cina tapi tidak ikut ajaran nenek moyang tidak menjadikan kamu lebih Cina dari Cina yang lain!
Saya Muslim Cina tetapi saya mengikuti banyak nilai-nilai so called agama nenek moyang yang sama dengan agama Islam. Seorang kawan pernah provok saya;
“Awal tak makan babi & minum arak, awak bukan lagi Cina.”
Saya membalas,
“Habis tu Cina yang vegetarian tu bukan Cinalah dan Cina yang ikut ajaran Buddha tak minum arak itu pun bukan Cina la ikut logik awak?”
Nasihat saya kepada sahabat Muslim, jangan kita buat sweeping statement seolah olah semua Cina minum arak & minum arak adalah budaya Cina yang wajib diikuti semua Cina.
TIDAK!
Sebenarnya ramai kenalan sebangsa dengan saya yang beragama Buddha & bukan beragama tidak minum arak malahan membenci orang yang meminum arak!
Ada yang membesar melihat ayah mereka mabuk memukul ibu mereka & adik beradik mereka. Tidak kurang ada yang ahli keluarga mereka terbunuh angkara si pemabuk.
Apek Cina antara Cina beragama Buddha yang taat kepda ajaran agama & Cina yang patriotik.
*Anda kenal sahabat berketurunan Cina yang tak minum arak?

No comments: