Friday, August 28, 2026

Bilal bin Rabah Al-Habashi

Bilal bin Rabah Al-Habashi telah berkahwin dengan Halah binti 'Auf, saudara perempuan kepada sahabat daripada suku Quraisy, 'Abdurrahman bin 'Auf

Ibu Bilal merupakan seorang hamba sahaya milik Bani Jumah yang bernama Hamamah.

 Bilal meninggal dunia di Aleppo (Halab) pada usia 60-an tahun. Beliau mempunyai kulit yang sangat gelap, bertubuh kurus, tinggi, membongkok sedikit, serta mempunyai janggut yang nipis di kedua-dua pipinya.

 Beliau mempunyai seorang saudara lelaki bernama Khalid dan seorang saudara perempuan bernama Ghafirah (iaitu bekas hamba kepada 'Umar bin 'Abdullah maula Ghafrah seorang perawi hadis). Bilal tidak meninggalkan sebarang keturunan.

 Perkahwinan Bilal dan Halah merupakan perkahwinan yang berjaya tanpa dihalangi oleh perbezaan darjat/kasta seperti keturunan, nasab, kabilah, dan keluarga, mahupun asal-usul yang tidak diketahui, warna kulit, mata, bentuk dan perihal rambut, tubuh badan, pakaian, dan seumpamanya.

 Kesetaraan (kafa'ah) dalam iman merupakan elemen asas bagi perkahwinan ini. Perkahwinan tersebut dibina atas dasar bahawa Bilal bin Rabah — seorang yang menentang dan meremehkan segala penderitaan yang mengerikan — adalah salah seorang daripada tujuh orang pertama yang bersaksi atas keesaan Allah dan kenabian Muhammad. Bilal juga merupakan antara tujuh orang terawal dalam Islam yang berpegang teguh pada ketetapan asal ('azimah) dan enggan mengambil kemudahan (rukhsah).

 Beliau adalah pahlawan pertama dalam Islam yang dibebaskan oleh Abu Bakar As-Siddiq dari bawah batu azab di padang pasir yang membakar, sehinggalah Allah mengangkat darjatnya ke atas bumbung Kaabah yang mulia untuk memberi penghormatan kepada Bilal memandangkan beliau yang melaungkan azan pertama dalam Islam. Beliau jugalah yang mendengar tapak kasutnya didengari oleh Nabi ketika berjalan di dalam Syurga.

 Bilal sang pejuang yang tidak pernah meninggalkan Nabi dalam setiap peperangan.

Bilal yang menanggung pelbagai azan yang amat pedih demi memastikan saya dan anda menjadi golongan yang mentauhidkan Allah pada hari ini. 

Terdapat ratusan juta manusia merentasi kurun dan generasi yang mengenali Bilal, menghafal namanya, dan mengetahui perannya, sama seperti mereka mengenali dua khalifah teragung dalam Islam (Abu Bakar dan 'Umar).

Jika anda bertanya kepada kanak-kanak yang masih merangkak di tahun-tahun awal persekolahannya di Mesir, Pakistan, China, India, Iraq, Syria, Tunisia, Maghribi, Algeria... di pedalaman Afrika, di atas dataran tinggi Asia, dan di setiap sudut bumi yang didiami umat Islam... anda boleh bertanya kepada mana-mana kanak-kanak Muslim: "Siapakah Bilal, wahai budak?"

Maka dia akan menjawab anda:

(“Beliau adalah muazin Rasulullah... dan beliau adalah hamba yang mana tuannya menyiksanya dengan batu yang membara agar beliau kembali kepada kekufuran, lalu beliau berkata: 'Ahad... Ahad' [Allah Yang Maha Esa, Allah Yang Maha Esa].")

Semoga Allah meredai junjungan kita Bilal yang menentang segala penderitaan, dan semoga Allah meredai para sahabat yang mulia... Serta berselawat, salam, dan keberkatan ke atas junjungan kita Nabi Muhammad, guru kepada seluruh alam, pemberi syafaat kepada umat, dan ke atas ahli keluarga serta seluruh sahabat baginda.

No comments: