Wednesday, June 25, 2025

SELAMAT JALAN 1446

 Selamat jalan 1446

Maafkan aku 

Kerana aku hanya mampu 

Membekalkan pemergianmu dengan

Air mata

Darah 

Cebisan-cebisan anggota yang terputus dari badan

Kepingan-kepingan batu batu bata daripada runtuhan

Rumah-rumah kediaman

Sekolah-sekolah

Masjid-masjid

Hospital-hospital…

1446

Engkau telah menjadi saksi

Segerombolan makhluk

Yang lupa diri

Yang tidak mengingati

Bahawa mereka adalah anak-anak keturunan Adam

Yang dinobat sebagai khalifah

Sebaliknya mereka menjadi penyembah syaitan

Buas 

Ganas 

Rakus 

Tanpa batas

Tanpa tandingan 

Walaupun dengan apa yang dinamakan bintang buas

Selamat jalan 1446

Dan penggantimu 1447

Tetap disambut

Dengan hidangan yang sama

Seperti hidangan perpisahan denganmu jua

Dan aku akan terus menangis

Menanti janji Tuhan

Yang aku yakin pasti akan datang


Shah Alam

29 Zulhijjah 1446 / 26 Jun 2025


No comments: