Monday, September 21, 2026

HARTA DAN KEMATIAN


Salah seorang orang terkaya di Lubnan, Emile Bustani,

Dia telah membina untuk dirinya sebuah kubur di kawasan tercantik yang menghadap ke Beirut.

Dia memiliki kapal terbang peribadi, lalu kapal terbang itu terhempas bersamanya di dalam laut...

Berjuta-juta telah dibayar untuk mengeluarkan jasadnya, mereka hanya menjumpai bangkai kapal terbang sahaja,

Dan mereka tidak dapat menjumpai jasadnya untuk dikebumikan di dalam kubur yang telah dibinanya!!!


Salah seorang orang terkaya di Britain, seorang Yahudi bernama "Rothschild",* kerana terlalu banyak hartanya, kadang-kala dia memberi pinjaman kepada kerajaan Britain. Bilik kebalnya (tempat simpan duit) sebesar sebuah bilik sepenuhnya. 

Pada suatu hari dia masuk ke dalam bilik kebalnya dan secara tidak sengaja terkunci pintu dari dalam. Dia menjerit sekuat suaranya, namun tiada siapa yang mendengarnya, kerana istananya sangat besar, dan kebiasaannya dia memang selalu tiada di istana. Jadi apabila dia tiada, keluarganya menyangka dia telah bermusafir.

Dia terus menjerit dan menjerit sehingga dia dilanda lapar dan dahaga. Lalu dia melukakan jarinya, dan menulis di dinding:

*{ Manusia terkaya di dunia mati kerana kelaparan dan kehausan }*


Kematianya tidak diketahui melainkan selepas beberapa minggu!

Mesej buat mereka yang melihat bahawa wang adalah satu-satunya perkara yang dengannya segala hajat tertunai dan sanggup memijak segala-galanya untuk mendapatkan wang..*

Meninggalkan dunia adalah peristiwa paling berbahaya di masa hadapan.

Tetapi kita tidak menyedari maknanya, bila, bagaimana dan ke mana?

Manusia bermusafir dan kembali, pergi bersiar-siar dan pulang ke rumah, adapun jika dia mati, maka tiada lagi kepulangan.

Beruntunglah bagi sesiapa yang menjaga agar tidak menzalimi sesiapa, tidak membenci sesiapa, tidak melukai sesiapa, dan tidak melihat dirinya lebih tinggi daripada sesiapa.

Kerana kita semua akan pergi.. 😊

Ucapkanlah Alhamdulillah

No comments: