Monday, May 18, 2020

AWAS! RAMADHAN AKAN BERAKHIR…!


Hanya tinggal empat hari saja lagi Ramadhan tahun ini akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Apakah kesan kehadiran dan keberadaannya dalam hidup kita selama 30 hari? 
Adakah ia menjadikan kita termasuk dalam kalangan insan yang berjaya atau yang celaka? 
Sama-sama kita renungi hadis berikut:

وثبت في السنة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : «رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ» (رواه الترمذي (3545) وصححه الألباني في صحيح الترمذي) .

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: 
“Celakalah seseorang yang dikunjungi Ramadhan kemudian Ramadhan berlalu pergi sebelum dosanya diampunkan”. Riwayat al-Tirmizi dan dikategorikan sahih oleh al-Albani.

Siapakah orang yang tidak diampunkan dosanya? 
Iaitu orang tidak bertaubat, tidak insaf dan tidak bersunguh-sungguh dalam mengharap keampunan dariNya. 

Antara dosa yang tidak diampunkan jika tidak bertaubat dan memohon keampunan ialah dosa syirik, dosa terhadap makhluk, berbuat zalim kepada manusia dengan mencerobohi nyawa, harta dan maruahnya.

Justeru dalam waktu yang berbaki ini, sama-samalah kita muhasabah dan membanyakkan taubat dan istighfar. 
Jika ada hak-hak manusia yang diambil atau dirampas secara tidak sah, pulangkanlah atau minta supaya dihalalkan di dunia dan akhirat. 

Ya Allah, masukkanlah kami dalam kalangan hambaMu yang Engkau bebaskan dari sambaran Api Neraka.

Aamiiin