Wednesday, June 12, 2013

Solat : Bilangan Waktu Dan Raka’atnya



Sedia maklum, solat adalah rukun Islam yang pertama selepas syahadah. Solat juga dikatakan sebagai tiang agama dan amalan yang pertama akan dihisab pada hari akhirat nanti. Oleh kerana solat begitu penting, Allah Ta’ala menjemput RasulNya mengadap sendiri untuk disampaikan perintah mengenai solat pada malam Isra’ dan Mi’raj. Tidak dikirim wahyu melalui Jibril, meskipun terbukti Jibril adalah pembawa wahyu yang setia lagi amanah.

Setiap hari umat Islam diwajibkan mendirikan solat sebanyak lima (5) kali dengan jumlah raka’atnya adalah 17.

Apakah ada rahsia yang terkandung di sebalik bilangan-bilangan itu?

Di dalam Islam, angka 7 merupakan angka yang sangat significant.
Allah jadikan langit 7 lapis, al-Fatihah 7 ayat, tawaf 7 keliling, sujud di atas 7 anggota, dalam seminggu ada 7 hari dan lain-lain.

Berbalik kepada solat, 17 rakaat  5 kali sehari. Angka ini jika digabungkan, menjadi 175.
175 bersamaan 7 x 5 x 5
Jadi bilangan solat dalam sehari bilangan raka’atnya mempunyai kaitan dengan angka 7.

Pembahagian raka’at bagi setiap solat adalah (dimulai dari Subuh):
Subuh – 2
Zohor – 4
Asar   – 4
Maghrib – 3
Isya’ – 4

43442. Bilangan ini juga mempunyai kaitan dengan 7, iaitu 43442 = 7 x 6206

Jika dimulai dari Asar:
Asar – 4
Maghrib – 3
Isya’ – 4
Subuh – 2
Zohor – 4

42434 juga mempunyai kaitan dengan 7, iaitu 42434 = 7 x 7 x 866

Mengapa Subuh dan Asar?

Di dalam surah al-Baqarah ayat  238, Allah memerintahkan agar memelihara solat, terutamanya solat wusto. Ulamak berbeza pendapat dari segi solat wusto, ada yang berpendapat ia adalah solat Subuh dan ada yang berpendapat ia solat  Asar.

Yang menakjubkan juga, kita perhatikan al-Quran mengandungi 114 surah. Jika dihimpunkan dengan bilangan rakaa’at solat (17), ia mempunyai kaitan dengan angka 7.
11417 = 7 x 7 x 233

114 surah al-Quran diturunkan dalam masa 23 tahun. Bilangan inipun berkaitan dengan 7
23114 = 7 x 3302

Bilangan tahun turunnya al-Quran dengan bilangan raka’at solat juga berkaitan dengan 7
2317 = 7 x 331

Perintah mendirikan solat dengan lafaz mufrad (singular) iaitu (أَقِمِ ٱلصَّلاَةَ) diulang di dalam al-Quran sebanyak 5 kali:
Hud  :114
Al-Isra’ : 78
ToHa : 14
Al-‘Ankabut : 45
Luqman : 17

Kali terakhir disebut adalah di dalam surah Luqman ayat ke 17. 
  يٰبُنَيَّ أَقِمِ ٱلصَّلاَةَ وَأْمُرْ بِٱلْمَعْرُوفِ وَٱنْهَ عَنِ ٱلْمُنْكَرِ وَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ ٱلأُمُورِ
Ayat itu pula mengandungi 17 perkataan. Dan huruf yang digunakan adalah 17 huruf tanpa mengira yang berulang. Jika dihitung semua huruf, termasuk yang berulang adalah sebanyak 68 huruf.
Bilangan perkataan 17. Bilangan huruf 68. Jika dijumlahkan keduanya:
17 + 68 = 85
Anehnya 85 adalah persamaan  dengan 5 x 17, iaitu bilangan solat 5 kali dan bilangan raka’at 17.

Bolehkah kita katakan bahawa semua angka dan bilangan itu berlaku secara kebetulan? Atau kita bertambah yakin bahawa Agama ini milik Allah Yang Maha Besar. Dia Yang Menurunkan dan Dia Yang Menyusun sebegitu rapi, kemas dan teliti?

Sumber:

Monday, June 10, 2013

Jelajah USA 2013 - II



Rabu, 8 May jelajah pusiangan ke dua. Tempat yang dituju ialah Air Terjun Niagara.
Air terjun Niagara (Niagara Falls) ialah satu kelompok air terjun yang besar di Sungai Niagara yang terbentang di sempadan antarabangsa yang memisahkan wilayah Ontario, Kanada dan negeri New York, Amerika Syarikat. Air terjun ini terletak 27 km di barat daya Buffalo, New York, 120 km di selatan Toronto, Ontario di antara bandar berkembar Niagara Falls, Ontario dan Niagara Falls, New York. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Air_Terjun_Niagara)

Dalam perjalanan, singgah di Toledo untuk solat jamak Zohor dan Asar.

Perjalanan diteruskan. Tempat yang dituju telah hampir tiba, tapi hari sudah menjelang senja. Singgah bermalam di rumah pelajar-pelajar Malaysia di Rochester (RIT)
s

Keesokan hari baru bergerak ke Niagara Falls. Suatu pemandangan yang sungguh menakjubkan, sukar digambarkan dengan kata-kata. Hanya matahati yang mengenali Allah mampu menilai kehebatan dan keindahan ciptaanNya.

Setelah kepenatan, singgah menjamu selera di sebuah gerai yang menjual makanan halal.

Meneruskan perjalanan ke Boston, melawat kampus University Harvard yang terkenal itu.
Universitas Harvard (bahasa Inggris: Harvard University) adalah universitas swasta di Cambridge, Massachusetts, Amerika Serikat dan anggota Ivy League. Universitas ini merupakan salah satu universitas terbaik dunia.
Universitas ini didirikan pada 8 September 1636 dan merupakan perguruan tinggi tertua di Amerika Serikat. Awalnya bernama New College, dan dinamakan ulang menjadi Harvard College pada 13 Maret 1639 untuk menghormati penyumbang terbesarnya, John Harvard, seorang mantan mahasiswa Universitas Cambridge. (http://id.wikipedia.org/wiki/Universitas_Harvard)

Melawat juga ISBCC (Islamic society of boston cultural center), tempat Imam Suhaib Webb bertugas. Kami diberitahu bahawa ISBCC merupakan satu-satunya masjid di USA yang dibenarkan mengkumandangkan  azan menggunakan mikrofon tiap kali tiba waktu solat. 


Dari situ, bergerak ke New Jersey. Terlajak juga masuk ke Kotaraya New York yang sesak lagi sibuk.
 
Pusing-pusing sekejap, terus keluar. Singgah di rumah pelajar kita yang menuntut di Stevens Institut of Technology, terletak di pinggir Sungai Hudson, menghadap ke kotaraya New York.












Hari Jumaat, berangkat pulang ke East Lansing. Isnin 13 May, barang-barang akan dihantar ke Malaysia menerusi kapal laut. Dan hari Rabu 15 May, ‘Aakif mesti keluar dari rumah sewanya di Spartan Village MSU.
Bersambung, in shaa Allah....


Sunday, June 09, 2013

Kehidupan tidak dihitung dengan bilangan tahun



Nukilan asy-Syahid Sayyid Qutub 

Ketika kita hidup untuk diri kita sendiri sahaja, ternyata bagi kita kehidupan ini singkat dan sempit. Ia bermula ketika kita mula sedar kita hidup dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang telah dibataskan. 

Adapun ketika kita hidup untuk orang lain, iaitu ketika kita hidup untuk (memperjuangkan) satu fikrah, maka sesungguhnya kehidupan kita akan jadi panjang dan mendalam. Ia bermula seawal bermulanya kewujudan insan di dunia ini dan memanjang sehingga selepas kita pergi meninggalkan muka bumi ini.

Sesungguhnya dalam hal ini kita akan memperolehi keuntungan berlipat kali ganda daripada usia peribadi kita. Keuntungan yang hakiki, bukan khayalan atau andaian semata-mata. 

Maka tasawwur tentang kehidupan seperti ini mencetuskan dalam diri perasaan lebih menghargai hari-hari kita, jam-jam kita dan detik-detik hidup kita berkali-kali ganda.

Justeru, kehidupan tidak dihitung dengan bilangan tahun, tetapi dihitung dengan apa yang kita rasai dan alami.