Friday, June 06, 2008

Orang Yang Mendapat Doa Para Malaikat

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat
itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka
tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka
mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui
segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di
belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at
melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah,
dan mereka selalu berhati - hati kerana takut
kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)

Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar
ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang
tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan
bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun
hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si
fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini
disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At
Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa
Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di
antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia
berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan
mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah
sayangilah ia" (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin
'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat
kepada orang - orang yang berada pada saf - saf
terhadapan" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al
Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF

(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Para Imam
iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban
dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para
malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang
menyambung saf - saf" (Hadith ini disahihkan oleh
Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib
I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.,
bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam
membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn',
maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana
barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan
malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu"
(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH
MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa
Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu
berselawat kepada salah satu di antara kalian selama
ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat,
selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat)
berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al
Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan
hadith ini)

Semoga bermenfaat!

SUSUNAN: SEORANG HAMBA ALLAH
SEMOGA ALLAH MEMBERKATINYA.

No comments: