“Dan dari buah
tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman yang memabukkan dan
makanan serta minuman yang baik lagi enak; sesungguhnya pada yang demikian itu
terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang
mahu menggunakan akalnya.”
Renungkanlah
ayat di atas! Daripada buah kurma dan anggur, manusia boleh memilih sama ada
untuk menjadikannya minuman yang memabukkan atau minuman yang enak, lazat serta
halal. Dan ia merupakan tanda kebesaran Allah bagi orang yang berfikir dengan menggunakan
akalnya.
Di sinilah
letaknya peranan akal.
Gunakan akal.
Jika memilih
yang memabukkan bererti akan membawa kepada hilangnya fungsi akal.
Apabila akal
tidak berfungsi, bagaimana manusia dapat membuat pilihan?
Akal dapat
berfungsi jika ia dibekalkan dengan ilmu. Ilmu tentang apa yang baik dan apa
yang buruk. Apa yang bermanfaat dan apa yang mudarat. Apa yang menguntungkan
dan apa yang merugikan.
Jalan untuk
mendapat ilmu adalah dengan membaca. Justeru ayat pertama diturunkan adalah (IQRA’)
“BACALAH”!
Perhatikan firman
Allah yang bermaksud seperti berikut:
“Dan
mereka (orang yang dicampakkan ke dalam neraka itu) berkata: "Kalaulah
kami dahulu mendengar dan berfikir (dengan menggunakan akal), tentulah kami
tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
Renukanlah! Apa yang
dikesali oleh mereka ialah mereka tidak mendengar dan tidak menggunakan akal
untuk berfikir.
BERILMU, BERFIKIR, PILIH!
No comments:
Post a Comment