Ketika Rasulullah
s.a.w. berada di suatu tempat selepas peperangan Bani Mustaliq, berlaku satu
bertelagahan yang sengit di antara Jahjah bin Sa’eid al-Ghifari, pekerja kepada
Umar bin al-Khattab r.anhuma dari kalangan Muhajirin dengan Sinan bin Yazid
dari kalangan Ansar.
Maka Sinan bertempik
menyeru kaumnya:
“Wahai
seluruh kaum Ansar!”
Dan Jahjah
membalas dengan seruannya:
“Wahai
seluruh kaum Muhajirin!”
Ketika itu, Zaid bin Arqam serta beberapa
orang dari kalangan Ansar berada di sisi Abdullah bin Ubai.
Apabila Abdullah
bin Ubai mendengar jeritan itu, dia berkata:
“Sesungguhnya
kita telah digulingkan di negeri kita sendiri!
Demi Allah!
Perumpaan yang tepat mengenai kita dengan kaum Quraisy adalah sama seperti
kata-kata: “Gemukkan anjing kamu, kelak ia memakan kamu!” (senada dengan
pepatah Melayu : seperti melepaskan anjing yang tersepit)
Demi Allah!
Apabila kami pulang ke Madinah, pasti orang yang mulia akan menghalau keluar
darinya orang yang hina!”
(Yang dia
maksudkan orang yang mulia itu ialah dirinya dan orang yang hina itu Rasulullah
s.a.w.)
Kemudian dia
berkata kepada kaumnya dari kalangan Ansar yang duduk di sekelilingnya:
“Inilah apa
yang telah kamu lakukan. Kamu halalkan negeri kamu kepada mereka menduduki dan
kamu bahagikan harta kamu dengan mereka. Namun, demi Allah sekiranya kamu dari
awal tidak menerima mereka memasuki negeri kamu pasti mereka akan beralih ke
negeri yang lain daripada negeri kamu!”
Kata-kata
itu didengari oleh Zaid bin Arqam r.a.
Beliau terus
pergi menemui Rasulullah s.a.w. yang sedang duduk di sisi Umar bin al-Khattab
r.a. Zaid menceritakan apa yang berlaku. Umar r.a. terus berkata:
“Ya
Rasulullah, perintahkan Ubbad bin Basyar supaya memenggal leher Abdullah!”
Rasulullah s.a.w.
menjawab: “Bagaimana nanti wahai Umar andainya manusia akan berbicara bahawa
Muhammad telah membunuh sahabatnya? Tidak sekali-kali! Aku tidak akan bertindak
demikian.
Sebaliknya,
keluarkan perintah kepada angkatan tentera kita supaya berangkat sekarang juga.”
Apabila Abdullah
mengetahui bahawa kata-katanya telah sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w.
dia datang mengadap Nabi s.a.w. meminta maaf dan bersumpah bahawa dia tidak
pernah berkata seperti apa yang dilaporkan oleh Zaid bin Arqam itu. Dan dengan
sebab dia mempunyai kedudukan di kalangan kaumnya, mereka seperti mahu membelanya
dengan berkata kepada Nabi s.a.w.:
“Wahai
Rasulullah, mungkin orang muda ini salah tanggap dan tidak mempastikan
betul-betul maksud kata-kata lelaki ini!”
Rasulullah s.a.w.
tidak mengendahkan kata-kata itu. Baginda tetap dengan keputusannya untuk
berangkat. Pada hal sebelum ini baginda tidak pernah memilih waktu yang sedemikian
untuk berangkat memulakan perjalanan.
Usaid bin
Hudhair r.a. datang menemui baginda dan berkata: “Demi Allah, anda tergesa-gesa
berangkat sedangkan bukan kebiasaan anda berangkat pada waktu begini?”
Rasulullah s.a.w.
menjelaskan kenapa baginda bertindak sedemikian:
“Tidakkah
kamu mengetahui apa yang diucapkan oleh temanmu, Ibn Ubai? Dia mengatakan
bahawa apabila tiba di Madinah nanti orang yang mulia akan mengusir keluar orang
yang hina!”
Usaid menjawab:
“Ya Rarulullah,
andalah orang yang mulia dan dia itulah orang yang hina!”
Kemudian Usaid
menyambung:
“Ya Rasulullah, berlaku lonaklah dengannya. Demi Allah, sesungguhnya ketika Allah menghantar anda ke Madinah, kami sedang mengatur persiapan untuk memahkotakannya sebagai raja. Jadi, dia berasa tercabar dan anda telah merampas peluangnya menjadi raja!”
“Ya Rasulullah, berlaku lonaklah dengannya. Demi Allah, sesungguhnya ketika Allah menghantar anda ke Madinah, kami sedang mengatur persiapan untuk memahkotakannya sebagai raja. Jadi, dia berasa tercabar dan anda telah merampas peluangnya menjadi raja!”
Rasulullah s.a.w.
tetap dengan keputusannya. Baginda s.a.w. meneruskan perjalanan bersama angkatan
tenteranya tanpa henti; dari siang hingga ke petang. Petang membawa ke malam. Dan
malam hingga ke subuh sehingga mencecah waktu dhuha yang terik barulah baginda
berhenti. Semua itu dilakukan untuk tidak memberi ruang kepada sahabat
bercakap-cakap tentang apa yang berlaku. Apabila berhenti saja di tempat
persinggahan, mereka langsung terlena.
(Dipetik oleh
Ibn Kathir daripada riwayat Abu Ishaq).
Banyak pengajaran
yang dapat diambil daripada kisah di atas. Antaranya:
1. Semangat perkauman
dan perasaan kekitaan akan tercetus dan bangkit ketika berlaku pergaduhan
walaupun pergaduhan itu pada asalnya berpunca dari sesuatu sebab yang lain.
2. Seruan perkauman
akan segera disahut oleh mereka yang berkepentingan dan yang sudah sedia mempunyai
penyakit di dalam hati.
3. Rasulullah s.a.w.
sangat tegas dan pantas mencantas bibit-bibit perkauman dan tidak memberikan
ruang sedikitpun untuknya merebak. Menurut riwayat al-Baihaqi, apabila
Rasulullah s.a.w. mendengar seruan orang Ansar “Wahai Ansar!” dan seruan
Muhajirin “Wahai Muhajirin!”, Baginda dengan tegas bersabda: “Apahal dengan
seruan jahiliah ini? Tinggalkan seruan itu! Sesungguhnya ia teramat busuk!”
No comments:
Post a Comment