And whatever good you do, (be sure) Allâh knows it. And take a provision (with you) for the journey, but the best provision is At-Taqwa (piety, righteousness). So fear Me, O men of understanding! (Al-Baqarah 2:197)
Monday, April 26, 2021
DRAMA SATU BABAK
Monday, April 19, 2021
7 RAMADAN
Saturday, April 17, 2021
Friday, April 16, 2021
TAZKIRAH RAMADAN 3 – ADAB BERDOA
Wednesday, April 14, 2021
🌙 INFAQ MARATHON sepanjang Ramadhan 🌙
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ
"Tidaklah sedeqah itu mengurangi harta"
(HR Muslim)
Di sini disenaraikan institusi/NGO yang boleh kita salurkan sumbangan sepanjang bulan Ramadhan 😊
-------
1. Islamic Relief Malaysia
Fikir Kemanusiaan, Fikir ISLAMIC RELIEF. Anda boleh menyalurkan sumbangan ke pelbagai jenis kempen di bawah IRM.
⬇️
https://islamic-relief.org.my/donateNow/donations/create?cta=RezekiRamadan-Sadaqah#RezekiRamadanBtn
-------
2. Hidayah Centre Foundation
Bersama Hidayah Centre Foundation dalam usaha dakwah kepada masyarakat majmuk & pemerkasaan mualaf.
⬇️
https://hidayahcentre.org.my/infaq/sedekah-ramadan/
-------
3. ARBA Foundation
Infaq berbuka puasa bagi keluarga yg memerlukan di Malaysia.
⬇️
https://arbafoundation.yzza.io/infaqramadan2021
-------
4. Raudhatus Sakinah
Institusi yang memberikan perlindungan dan bimbingan kepada remaja yang menjadi mangsa gejala sosial.
⬇️
Maybank
5621-0672-0426
RAUDHATUS SAKINAH BERHAD
Sertakan resit sumbangan, nama dan email anda:
📧 rsakinah@gmail.com
📱http://www.wasap.my/60193451922/RSramadan
-------
5. MyRamadan MyCare
Bagaimana dengan saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Yaman, Iraq, Rohingya dan lain-lain?
Bantuan MyRamadan akan disampaikan kepada lebih 20 buah negara yang memerlukan termasuk di Malaysia.
⬇️
https://donate.mycare.org.my/c/myramadan
------
6. Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI)
Ayuh sertai misi TERATAI untuk menjalankan usaha advokasi dan memberikan perlindungan , khidmat guaman dan kaunseling kepada ibu dan anak-anak yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga.
⬇️
https://www.billplz.com/DanaTeratai
📧 rumahteratai2020@gmail.com
📱http://www.wasap.my/601157695171/Teratairamadan
------
7. Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Semalaysia (PKDMMS)
Mari bersama membantu mualaf/saudara baru Momogun
PKDMMS membawa mesej pendekatan:
👑Keharmonian
👑Kesejahteraan
👑Persahabatan
Anda menyumbang, kami sampaikan:
⬇️
https://bit.ly/momogunramadan
⬇️
Bank Islam Malaysia Berhad
1005 2010 1170 95
Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Semalaysia
.
Sertakan resit sumbangan, nama dan email anda:
📧 momogunmuslim@gmail.com
📱http://www.wasap.my/601158549404/momogunramadan
📱http://www.wasap.my/60173630412/momogunramadan
-------
8. Dana IMARET di bawah Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM)
Sumbangan medical & non-medical supplies termasuk PPE bagi usaha siap siaga dalam menuju ke fasa pemulihan Covid-19. #KitaMestiMenang
⬇️
https://www.billplz.com/ImaretCovid19
📧 finance.imamalaysia@gmail.com
📱http://www.wasap.my/60139861898/imaretramadan
-------
9. Rayuan Ramadan Yayasan IKRAM
Sumbangan kebajikan/kesihatan/pendidikan/infrastruktur sepanjang tahun kepada golongan yang memerlukan.
⬇️
https://yayasan.ikram.org.my/infaq-ramadan/
Untuk bayaran FIDYAH
⬇️
https://www.billplz.com/fidyah-ikram
-------
10. Dana Pembangunan Institut Pendidikan Hira'
Bantu dalam usaha murni melahirkan generasi insan RABBANI
⬇️
https://dana.hira.edu.my
📱http://www.wasap.my/60162227595/danahira
-------
11. Dana Pembangunan Sekolah Rendah I-Musleh (SRiM)
Bantu dalam usaha murni melahirkan generasi anak-anak Soleh Wa Musleh
⬇️
https://tabungdanasrim.yzza.io/w483e
-------
12. Yayasan Pendidikan Hidayah, Johor
Membantu fakir miskin, pembelajaran Tahfiz dan Sekolah Islam
⬇️
https://yayasanhidayah.my/derma/
-------
13. Pusat Pendidikan Hidayah Ipoh, Perak
⬇️
https://alhidayahperak.edu.my/zakat/infaq/
-------
14. Tabung Pendidikan Sekolah Al Hidayah Manjung, Perak
⬇️
Maybank
5582-9361-9993
Tabung Pendidikan Sekolah Al Hidayah Manjung
📱http://www.wasap.my/601124239549/KempenODRM1
-------
15. Pusat Pendidikan Al-Azhar Jitra, Kedah
⬇️
https://ppaz-info.webs.com/infak
-------
16. Tabung Pembangunan Al-Amin
⬇️
Kempen Infaq Ramadan
https://ppaab21.yzza.io/wk4l4
17. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
Infaq Ramadhan, Prihatin Ummah
Bank Islam : 12038010075125
-------
"Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan." (HR Bukhari dan Muslim)
#semarakramadan
#sahamakhirat
TAZKIRAH RAMADAN 2 – WAKTU MUSTAJAB
Perkara yang paling diharapkan oleh setiap muslim yang berdoa ialah doanya diperkenankan oleh Yang Maha Esa.
Maka, cubalah panjatkan doa, angkatlah hajat, luahkanlah hasrat pada waktu-waktu yang dijanjikan mustajab. Banyak waktu mustajab.
Antara 7 waktu doa mustajab:
1. Waktu di antara azan dengan iqamah. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Tidak akan ditolak doa (yang dipanjatkan) di antara azan dan iqamah.” At-Tirmizi
2. Ketika sujud di dalam solat. Baginda SAW bersabda maksudnya: “Seseorang hamba itu paling hampir dengan Tuhannya ketika dia sujud. Maka hendaklah kalian memperbanyakkan doa.” Muslim
3. Sebelum memberi salam atau selepas membaca tahiyyat akhir. Nabi SAW mengajar sahabat banginda berdoa pada ketika itu, “Kemudian hendaklah kalian memilih daripada doa-doa yang kalian sukai dan berdoalah dengan doa itu.” Abu Daud
4. Di tengah dan di akhir malam. “Dibuka pintu-pintu langit pada waktu pertengahan malam, lalu ada yang menyeru: “Adakah sesiapa yang berdoa, lantas akan diperkenankan doanya? Adakah sesiapa yang meminta sesuatu hajat, lantas akan ditunaikan permintaanya? Adakah sesiapa yang dicengkam kesempitan (memohon untuk dilapangkan), lantas akan dilapangkan jalannya? Maka tidak tertinggal seorang muslimpun yang berdoa pada Ketika itu kecuali Allah perkenankan doanya, melainkan pezina yang terus melacurkan maruahnya atau orang yang mengutip cukai secara zalim.” Al-Albani
5. Hari Jumaat. Nabi SAW bersabda: “Pada hari itu terdapat satu waktu, andainya berbetulan dengan seseorang hamba muslim berdiri menunaikan solat, dia meminta sesuatu daripada Allah, terus diperkenankan permintaannya.” Al-Bukhari
6. Antara waktu Zuhur dan Asar pada hari Rabu. Jabir bin Abdullah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW berdoa di masjid al-Fath selama tiga hari: Isnin, Selasa dan Rabu. Maka Allah perkenankan doa baginda pada hari Rabu pada waktu di antara dua solat (Zuhur dan Asar). Maka jelas terserlah kegembiraan pada wajah baginda SAW. Jabir berkata: maka, setiap kali aku berhadapan dengan perkara besar dan penting, aku akan mengintai waktu itu untuk berdoa dan aku memperolehinya.” Al-Albani
7. Ketika berpuasa khususnya waktu berbuka. “Sesungguhanya bagi orang yang berpuasa itu doa yang tidak ditolak.” Ibn Majah