Tuesday, August 19, 2025

PEMANDU PERTAMA DI DUNIA

Pada Suatu Pagi Musim Panas Tahun 1888...

Pada suatu pagi musim panas tahun 1888, seorang wanita Jerman bernama Bertha Benz terjaga dari tidurnya dengan satu tekad dalam hati — tekad yang bakal mengubah wajah sejarah. Ia adalah keputusan yang tidak pernah berani diambil oleh suaminya sendiri, pencipta agung yang bernama Karl Benz.
Di atas meja dapur, Bertha meninggalkan sekeping nota ringkas yang berbunyi:
“Pergi bersama anak-anak melawat ibu.”
Satu ayat ringkas, tetapi ia merupakan permulaan kepada revolusi terbesar dalam dunia pengangkutan.

Karl Benz telah mencipta sebuah kenderaan aneh — beroda tiga dan digerakkan oleh enjin pembakaran dalaman menggunakan petrol. Ketika itu, mesin tersebut dilihat lebih seperti satu kegilaan berbanding keajaiban. Seluruh dunia mentertawakannya. Bahkan Karl sendiri ragu-ragu, takut sekiranya ciptaannya hanyalah satu khayalan.
Namun tidak bagi Bertha. Di matanya, tiga roda itu bukan sekadar besi dan paip, tetapi sebuah masa depan.

Pada waktu fajar hari itu, ketika suaminya masih lena, Bertha menolak kenderaan itu keluar dari bengkel secara senyap agar bunyi enjin tidak mengejutkan suaminya.
Dia duduk di belakang stereng — buat pertama kali dalam sejarah manusia, di sebelahnya dua orang anak kecil. Dengan tangan yang sedikit menggeletar, namun penuh tekad, dia menghidupkan enjin.
Pada detik itu, lahirlah pemanduan, dan buat kali pertama dalam sejarah, seorang manusia memimpin seluruh umat manusia ke arah dunia yang baharu.

Perjalanannya bukan mudah. Laluan berbukit, berlumpur, dan roda yang terbenam dalam tanah. Apabila minyak kehabisan, dia berhenti di sebuah farmasi kecil di bandar Wiesloch — dan di situlah, buat pertama kalinya dalam sejarah, sebuah farmasi menjadi stesen minyak pertama di dunia.
Apabila paip minyak tersumbat, dia tidak mengeluh. Sebaliknya, dia mengeluarkan pin topi dan membuka sumbatan itu.
Dan ketika brek menjadi lemah dan perjalanan hampir musnah, dia membaikinya menggunakan pin rambutnya sendiri.
Dia adalah seorang ibu, pencipta secara tidak sengaja, dan pemimpin tanpa rasa takut.

Perjalanannya mengambil masa 12 jam — penuh dengan kesabaran dan cabaran. Dalam masa itu, dia telah menempuh lebih 100 kilometer meneroka ke dalam yang tidak diketahui.
Bukan sekadar satu perjalanan, ia adalah lompatan besar dari zaman kereta kuda ke zaman enjin petrol.
Bertha tidak tahu bahawa tindakannya itu akan mengabadikan namanya dalam sejarah sebagai pemandu kereta pertama di dunia — orang pertama yang memegang stereng dan mengemudi kemanusiaan ke masa depan.

Apabila Bertha Benz kembali ke rumah pada penghujung hari itu, tiada siapa lagi yang berani mentertawakan "kereta pelik Benz".
Dengan keberanian hati dan kepercayaan kepada suaminya, seorang wanita telah membuktikan bahawa ciptaan itu bukanlah satu mimpi kosong, tetapi revolusi yang bergerak di atas roda.

Ini bukan sekadar kisah tentang sebuah mesin —
Ini adalah kisah tentang keazaman seorang wanita yang mendahului zamannya,
mencipta sejarah baharu,
dan membuktikan bahawa keberanian sahaja sudah cukup untuk menggerakkan dunia.

SUMBER:

https://www.facebook.com/profile.php?id=100090032363124



Wednesday, August 13, 2025

Wasiat Anas Jamal al-Syarif


Ini wasiatku, dan pesanan terakhirku.
Jika kata-kata ini sampai kepada kalian, ketahuilah bahawa Zi@nis telah berjaya membunuhku dan membisukan suaraku.
Pertama sekali, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Demi Allah, aku telah mengerah segala tenaga dan kekuatan yang aku miliki untuk menjadi sandaran dan suara bagi anak bangsaku, sejak aku membuka mata di lorong-lorong dan jalan-jalan sempit di Kem Pelarian Jabalia.
Harapanku adalah agar Allah memanjangkan umurku sehingga aku dapat kembali bersama keluarga dan orang-orang yang aku cintai ke tanah asal kami di Asqalan yang diduduki, “Al-Majdal”. Namun ketentuan Allah mendahului segalanya, dan kehendak-Nya pasti berlaku.
Aku telah hidup dengan segala pahit getir penderitaan, berulang kali merasai kesakitan dan kehilangan. Namun aku tidak pernah sekalipun berhenti menyampaikan kebenaran sebagaimana adanya — tanpa putar belit atau penipuan — semoga Allah menjadi saksi terhadap mereka yang berdiam diri, mereka yang redha dengan pembunuhan kami, mereka yang menyesakkan nafas kami, dan mereka yang tidak tergerak hatinya walau melihat jasad anak-anak dan wanita kami yang hancur, serta tidak menghentikan pembantaian yang telah menimpa rakyat kami selama lebih setahun setengah ini.
Aku berpesan kepada kalian tentang P@lestin, permata mahkota umat Islam, degupan jantung setiap insan merdeka di dunia.
Aku berpesan kepada kalian tentang penduduknya, dan anak-anak kecilnya yang tertindas, yang tidak sempat hidup untuk bermimpi dan merasai keamanan serta kedamaian, kerana tubuh-tubuh suci mereka telah digilis ribuan tan bom dan roket Israel, hancur berkecai dan berselerakan anggota mereka di dinding-dinding.
Aku berpesan agar kalian jangan dibisukan oleh belenggu, jangan dilemahkan oleh sempadan. Jadilah jambatan ke arah pembebasan tanah dan rakyat, sehingga mentari maruah dan kebebasan terbit di tanah air kami yang dirampas.
Aku berpesan agar kalian berbuat baik kepada keluargaku.
Aku berpesan tentang penyejuk mataku, puteriku tercinta, Syam, yang tidak sempat aku melihatnya membesar sebagaimana yang aku impikan.
Aku berpesan tentang anakku tersayang, Salah, yang aku ingin menjadi sahabat dan teman seperjalanan hidupnya sehingga dia dewasa, agar dia dapat memikul beban ini dan menyempurnakan perjuangan.
Aku berpesan tentang ibuku tercinta, yang dengan keberkatan doanya aku sampai ke tahap ini, yang doanya menjadi benteng dan cahayaku di sepanjang jalan. Aku berdoa agar Allah meneguhkan hatinya dan membalas segala kebaikannya terhadapku dengan sebaik-baik balasan.
Aku juga berpesan tentang teman hidupku, isteriku tercinta, Ummu Salah, Bayan, yang dipisahkan oleh perang daripada diriku selama berhari-hari dan berbulan-bulan, namun dia tetap setia pada janji, teguh bagaikan batang pokok zaitun yang tidak tunduk, sabar dan tabah, memikul amanah di saat ketiadaanku dengan penuh kekuatan dan iman.
Aku berpesan agar kalian bersama mereka, menjadi penopang mereka selepas Allah Azza wa Jalla.
Jika aku mati, maka aku mati tetap di atas prinsip. Aku bersaksi kepada Allah bahawa aku redha dengan ketentuan-Nya, beriman dengan pertemuan dengan-Nya, dan yakin bahawa apa yang di sisi Allah itu lebih baik dan lebih kekal.
Ya Allah, terimalah aku dalam kalangan para syuhada, ampunkanlah dosa-dosaku yang lalu dan akan datang, dan jadikanlah darahku cahaya yang menerangi jalan kebebasan untuk bangsaku dan keluargaku.
Maafkan aku jika ada kekurangan, dan doakan aku dengan rahmat, kerana aku telah pergi berpegang pada janji, tidak mengubah dan tidak menggantikan.
Jangan lupakan G@za…
Dan jangan lupakan aku dalam doa-doa kalian agar diampuni dan diterima.
Anas Jamal al-Syarif
06.04.2025

Wednesday, August 06, 2025

Monday, August 04, 2025

HAMAS PERLU SERAHKAN SENJATA?

Perkongsian penting oleh Dr. Yahya Ghoneim dan analisis yang hebat, beliau berkata:

Seorang rakan bertanya kepada saya:
“Apakah senjata yang kamu seru agar pihak pejuang pertahankan itu? Apa yang telah dilakukan oleh senjata itu? Bukankah lebih baik jika Hamas menyerahkan senjata mereka agar rakyatnya selamat?”

Saya menjawab:

Itulah senjata yang telah membunuh lebih daripada dua puluh ribu tentera Israel,
Senjata yang telah mengeluarkan seratus ribu tentera Israel dari medan pertempuran,
Senjata yang telah memusnahkan lebih separuh kereta kebal dan kenderaan tentera Israel,
Senjata yang telah menguras simpanan senjata Amerika dan Eropah demi menyokong Israel,
Senjata yang telah berperang melawan Israel, Amerika dan Barat hampir dua tahun,
Senjata yang menghalang Israel daripada menguasai walau seinci pun tanah Gaza,
Senjata yang telah dibuat dengan tangan dan gigi mereka sendiri, dan dinamakan sempena nama pemimpin serta para syuhada mereka,
Senjata yang musuh mereka tidak tahu jaraknya, cara kerjanya, atau bagaimana untuk melumpuhkannya,
Senjata yang tidak dibeli dengan pinjaman riba, tidak melibatkan komisen berbillion, dan tidak tunduk pada syarat antarabangsa.

Dan, wahai sahabatku, sekiranya mereka menyerahkan senjata mereka waktu petang, mereka akan disembelih waktu subuh, dan kaum mereka akan dihapuskan waktu tengah hari, dan belum pun malam menjelma, Gaza akan kosong daripada penduduknya, sementara syarikat-syarikat Amerika akan datang membina ‘Trump Riviera’ di sana!

Kita, wahai sahabatku, adalah umat yang tidak membaca sejarahnya, dan tidak menyedari penderitaan masa lalunya.
Organisasi Pembebasan Palestin pernah menyerahkan senjatanya dan meninggalkan Lubnan, lalu rakyat Palestin yang tidak bersenjata disembelih di Sabra dan Shatila, dan pemimpin mereka diburu dan dibunuh di Tunisia dan tempat-tempat lain!

Kita, wahai sahabatku, sedang berhadapan dengan musuh yang paling hina, paling jahat, paling rendah, paling kotor, paling dengki dan paling biadab yang pernah dikenal dalam sejarah.
Namun, kita adalah kaum yang jahil.

#GazaBerjuangDanAkanMenangDenganIzinAllah
Dr. Yahya Ghoneim



Wednesday, July 16, 2025

Unta:

Unta:

Ia adalah haiwan yang Allah perintahkan kepada hamba-Nya untuk melihat kepada penciptaannya. Adakah kamu pernah benar-benar merenung tentang unta?

{Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan?}
(Surah Al-Ghaasyiyah, Ayat 17)

Haiwan yang digelar sebagai “kapal padang pasir” ini adalah antara makhluk yang menakjubkan, yang Allah kurniakan keistimewaan tersendiri berbanding makhluk lain.

Unta adalah antara haiwan yang paling sabar menahan lapar dan dahaga, paling mampu menahan panas dan sejuk, serta paling tahan lasak ketika bermusafir.
Jika ia mengangkat beban, ia kuat,
Jika ia berjalan, ia jauh,
Jika ia diperah, ia mengenyangkan,
Dan jika ia disembelih, ia mencukupi.


Ciri-ciri Unta Arab:

Unta Arab mempunyai leher yang panjang dan melengkung, dada yang dalam tetapi ramping, serta satu bonggol di belakangnya.

Ramai menyangka bahawa bonggol unta berisi air, tetapi hakikatnya, ia adalah timbunan lemak yang membolehkan unta terus berjalan di padang pasir selama berhari-hari tanpa makan.
Seekor unta boleh membawa sehingga 36 kilogram lemak dalam bonggolnya.


Bagaimana unta makan tumbuhan berduri tanpa cedera?

Mulut unta dilapisi dengan papila yang diperbuat daripada protein keras seperti kuku dan rambut, menjadikan bahagian dalam mulutnya kasar dan kuat.
Ia boleh mengunyah duri dan memecahkannya tanpa sebarang luka.


Ciri-ciri Luar Biasa Lain:

  • Satu-satunya haiwan yang boleh menyerap semula wap air dari udara yang dihembus, dengan menukarkan wap itu kepada air semula.

  • Boleh menutup lubang hidungnya ketika ribut pasir untuk mengelakkan pasir masuk.

  • Unta menaikkan suhu badannya sehingga 41.7°C pada siang hari supaya tidak berpeluh. Jika suhu melebihi 42°C, barulah ia mula berpeluh untuk menyejukkan badan.

  • Sekumpulan unta boleh merapatkan diri antara satu sama lain untuk mengurangkan kesan panas.

  • Boleh kehilangan sehingga 30% kandungan air dalam badan tanpa maut.


Unta dan Air Laut:

Subhanallah, unta boleh minum air laut kerana buah pinggangnya dapat menyingkirkan lebihan garam.
Jika dahaga, ia boleh minum sehingga 18 liter air dalam satu masa tanpa menjejaskan sel darahnya. Ini kerana sel darah unta berbentuk bujur, tidak seperti makhluk lain. Bila ia menyerap air, sel itu membesar dan menjadi bulat tanpa pecah.

Darahnya juga menyerap semula air dari air kencing, yang dihantar ke perut dan ditukar oleh bakteria khas menjadi protein dan air. Unta menyimpan air kencing dalam pundi kencing selagi ia memerlukannya.


Ciri Perlindungan & Deria:

  • Dua lapisan bulu mata panjang melindungi mata dari pasir dan habuk.

  • Deria pendengaran sangat kuat, walaupun telinganya kecil.

  • Mempunyai selaput mata yang menutup mata bila berhadapan terus dengan cahaya matahari.


Keajaiban Sistem Peredaran Darah:

Antara keajaiban ciptaan Allah, unta adalah satu-satunya haiwan yang sistem peredaran darahnya berbeza dari semua makhluk lain di muka bumi.
Subhanallah.


Organ Unik: "Al-Shaqshaqa"

Unta jantan memiliki organ unik dalam tekaknya yang dipanggil "Al-Shaqshaqa" — sejenis kantung besar yang boleh membengkak dan terkeluar dari mulut dalam keadaan:

  • Marah atau

  • Menunjukkan dominasi terhadap kawanan atau

  • Ketika mengawan.


Unta dan Sifatnya:

  • Walaupun berdiet tumbuhan, unta mempunyai taring berbahaya yang mampu membunuh. Sebab itu, taringnya sering dipotong.

  • Unta jantan yang dominan melindungi betina daripada jantan lain, dengan berdiri di antara mereka atau menghalau jantan asing.

  • Sangat cemburu dan agresif, dan akan bertarung sehingga mati jika ada jantan lain cuba mendekati betina yang telah dikawininya.


Sifat Pintar dan Ingatan Kuat:

  • Unta sangat cepat belajar dan taat kepada tuannya. Ia tidak duduk atau berjalan melainkan mendengar suara gembala yang dikenalnya.

  • Mempunyai ingatan luar biasa — mengingati tempat lahirnya, tempat air, dan gembala yang menjaganya.
    Malah, orang Badwi menggunakan unta untuk menunjukkan arah jika sesat di padang pasir.


Kesetiaan dan Sifat Dendam:

  • Unta setia kepada pemiliknya. Ketika cuaca buruk, ia membuka kakinya supaya tuannya boleh berlindung di bawahnya.

  • Tetapi ia juga dikenali pendendam — tidak pernah lupa siapa yang menyakitinya walaupun bertahun-tahun berlalu. Bila berpeluang, ia akan membalas dendam.


Penutup:

Makhluk yang hebat ini, dengan struktur tubuh yang luar biasa dan sifat yang unik, Allah ciptakan untuk berkhidmat kepada manusia dan memenuhi keperluan mereka.

{Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan?}
(Surah Al-Ghaasyiyah, Ayat 17)

Maha Suci Allah, Pencipta Yang Agung.



Wednesday, July 02, 2025

"Awal Akhir: Israel Akan Runtuh Dalam Masa Dua Tahun... "

"Awal Akhir: Israel Akan Runtuh Dalam Masa Dua Tahun... dan Israel Akan Melarikan Diri Seperti Tikus"

Oleh Lior Ben-Shaul, Penganalisis Politik di Yedioth Ahronoth


Siapa sangka bahawa sebuah negara yang diasaskan di atas abu perang dunia, disuburkan oleh sokongan Barat tanpa had, akan mencapai detik gelap ini?

Ya, saya katakan dengan jelas dan tanpa hiasan: Israel akan runtuh dalam masa dua tahun.


Apa yang kita alami hari ini bukan sekadar "krisis keselamatan" atau "kebuntuan politik." Ia adalah gempa bumi wujud yang memusnahkan asas projek Zionis. Hamas bukan sahaja menang di medan perang; ia juga telah menghancurkan mitos "negara yang tidak dapat dikalahkan" dan mendedahkan kerapuhan kita kepada dunia.


Kami lemas, dan orang ramai melarikan diri.

Penerbangan ke Eropah, Amerika Syarikat dan Kanada telah ditempah sepenuhnya. Kedutaan dibanjiri dengan permohonan imigresen. Keluarga menjual harta mereka secara senyap. Ibu bapa menghantar anak mereka ke luar negara untuk belajar, tanpa berniat untuk kembali. Kami tidak berhijrah... kami melarikan diri. Ya, kami melarikan diri seperti tikus dari kapal yang karam.


Adegan penghinaan telah menjadi setiap hari:

– Askar menangis di hadapan kamera.

– Peneroka melarikan diri dari selatan dan utara.

– Menteri menjerit dan mengugut… tidak berjaya.

– Dan seluruh negara hidup dengan ubat penenang.


Apakah jenis negara ini yang modal dan penempatannya dihujani setiap hari dan tidak dapat bertindak balas?


Apakah jenis tentera ini yang gagal "membuat Gaza bertekuk lutut" walaupun beribu-ribu serangan udara?


Apakah jenis kepimpinan ini yang bercakap tentang kemenangan manakala kemusnahan menggerogoti kita dari dalam?


Hamas telah mendedahkan segala-galanya.


Ia telah mendedahkan sifat pengecut kita dan menyemarakkan api kebencian yang menghanguskan kita. Di Tebing Barat, intifada semakin menghampiri. Di dalam Israel, orang Arab semakin yakin. Tetapi kita? Kami berpecah, takut, dan reput.


Hari ini kita adalah entiti tanpa projek, tanpa kompas, tanpa justifikasi. Negara yang tidak bermoral, yang membunuh orang awam dan menangkap kanak-kanak, kemudian meminta dunia untuk memujinya.


Dalam dua tahun, Israel akan berhenti wujud seperti yang kita ketahui. Ia mungkin menjadi "negeri kubu yang dikepung," atau "kampung Yahudi bersenjata" yang hidup dari sisa perlindungan Amerika. Atau ia mungkin runtuh sepenuhnya, dan tanah itu akan dikembalikan kepada pemiliknya.


Adakah saya berlebih-lebihan?

Tanya sejarah. Setiap projek penjajah berdasarkan pembunuhan dan pembohongan telah runtuh. Setiap entiti yang diasaskan atas ketidakadilan telah tumbang.


Jam berdetik.

Dan apabila Israel jatuh-dan ia akan-dunia akan bercakap tentang saat itu apabila negara bersenjata nuklear meninggalkan kemanusiaannya dan kehilangan segala-galanya.


Bagi kita, jika kita tidak bangun sekarang, kita akan diingati sebagai bangsa paling bodoh yang hidup dalam ilusi kuasa sementara dunia melihatnya runtuh.


Sumber : JUSTICE & DEMOCRACY FORUM

Wednesday, June 25, 2025

Aurat dan Tudung


 

SELAMAT JALAN 1446

 Selamat jalan 1446

Maafkan aku 

Kerana aku hanya mampu 

Membekalkan pemergianmu dengan

Air mata

Darah 

Cebisan-cebisan anggota yang terputus dari badan

Kepingan-kepingan batu batu bata daripada runtuhan

Rumah-rumah kediaman

Sekolah-sekolah

Masjid-masjid

Hospital-hospital…

1446

Engkau telah menjadi saksi

Segerombolan makhluk

Yang lupa diri

Yang tidak mengingati

Bahawa mereka adalah anak-anak keturunan Adam

Yang dinobat sebagai khalifah

Sebaliknya mereka menjadi penyembah syaitan

Buas 

Ganas 

Rakus 

Tanpa batas

Tanpa tandingan 

Walaupun dengan apa yang dinamakan bintang buas

Selamat jalan 1446

Dan penggantimu 1447

Tetap disambut

Dengan hidangan yang sama

Seperti hidangan perpisahan denganmu jua

Dan aku akan terus menangis

Menanti janji Tuhan

Yang aku yakin pasti akan datang


Shah Alam

29 Zulhijjah 1446 / 26 Jun 2025


Tuesday, June 24, 2025

Jangan pakaikan seseorang dengan jubah yang dia sendiri tidak mahu memakainya!

Nasihat kepada sesetengah yang terlalu beremosi:

Jangan pakaikan seseorang dengan jubah yang dia sendiri tidak mahu memakainya!

Negara mempunyai kepentingan, ia tidak ada akidah!

  1. Apabila bintang Erdogan bersinar, kamu gambarkan dia seolah-olah seorang khalifah. Mana-mana kritikan terhadapnya dianggap seperti menghina Saidina Umar al-Khattab!
    Padahal lelaki itu tidak pernah pun mengangkat dirinya sebagai khalifah!
    Dia sejak dahulu hingga kini membuat pakatan dan permusuhan berdasarkan kepentingan negaranya, bukan berdasarkan ucapan — kerana kata-kata itu percuma!
    Apabila kepentingan negaranya memerlukan campur tangan tentera di Libya, dia melakukannya melalui laut!
    Apabila kepentingan negaranya memerlukan campur tangan di Syria, dia mengubah keseimbangan kuasa di sana!
    Apabila kepentingan negaranya hanya menonton Gaza disembelih, dia duduk menonton seperti orang lain, walaupun Palestin lebih dekat dengan Turki berbanding Libya!
    Palestin ialah isu agama dan akidah, manakala Libya isu ekonomi dan kepentingan — sesimpel itu. Politik beragama pada kepentingan!

  2. Hal yang sama juga berlaku terhadap Iran!
    Iran tidak pernah berkata bahawa ia menyerang Tel Aviv demi Gaza — kamulah yang berkata begitu! Dan siapa yang tidak setuju, kamu tuduh mereka sebagai pengkhianat!
    Gaza disembelih selama 650 hari, Iran hanya menyerang dua kali, itu pun apabila mereka sendiri diserang!
    Iran ialah sebuah kuasa serantau, yang menggerakkan orang lain, bukan digerakkan oleh sesiapa!
    Apabila kepentingan dan pengaruhnya tergugat, ia membakar Syria, tanpa kira apa atau siapa!
    Apabila ada kepentingan untuk menyokong, ia menyokong.
    Iran akan menyokong Sunni jika ada manfaat, dan akan meninggalkan Syiah jika tiada manfaat!
    Politik tidak mengenal mazhab, dan agama hanyalah bidak catur yang digerakkan untuk mengawal manusia!
    Semua negara di dunia begini — bahkan Israel juga tidak beragama, dan sanggup mengorbankan orang Yahudi demi terus wujud!

Iran berperang kurang dari dua minggu demi kepentingan dan kelangsungannya, dan berhenti juga demi itu!
Iran tidak pernah meletakkan satu pun syarat yang menyentuh Gaza — jadi kenapa kamu tetap mahu mengatakan ia berperang demi Gaza?

Pakatan politik boleh difahami — jin boleh bersekutu dengan manusia, yang baik dengan yang jahat!
Kadang-kadang kepentingan menyatukan pihak-pihak yang kita sangka tidak akan pernah bersatu!
Yang bodoh sahaja menganggap pakatan politik sebagai perkara akidah dan agama, yang memaksa diri mereka dan orang lain untuk patuh kepadanya, dan menghukum sesiapa yang menolaknya sebagai cacat dalam akidah dan wala’!
Sampai Palestin dijadikan tuhan yang disembah selain Allah! “Tolong aku dan selepas itu kamu boleh buat apa saja pada umat Islam yang lain!”
Seolah-olah Palestin itu seperti sabun dan air panas — tak kira sejauh mana kamu kotor di luar, datang saja ke Palestin, kamu boleh basuh tangan kamu di situ!
Pura-pura tidak nampak kadang-kadang boleh difahami — semoga Allah membantu yang lemah dalam permainan orang kuat — tapi membela kezaliman secara terbuka tidak boleh diterima!

Siapa yang berurusan dengan kamu atas dasar kepentingan, balaslah dengan kepentingan.
Siapa yang berpakat dengan kamu dalam politik, berpakatlah dalam politik.
Tetapi kepentingan dan politik tidak akan pernah menjadi agama!

Dr. Adham Sharkawi



Sunday, June 22, 2025

Bagaimana mengenal pasti masyarakat yang gagal?

Apabila penulis Rusia, Anton Chekhov, ditanya tentang sifat masyarakat yang gagal, beliau menjawab:

"Dalam masyarakat yang gagal, terdapat seribu orang dungu bagi setiap seorang yang berakal waras, dan seribu kata bodoh bagi setiap satu kata yang bijaksana. Majoriti sentiasa berada dalam kejahilan, dan mereka sering mengatasi yang berfikiran waras. Jika kamu melihat isu-isu remeh menjadi tajuk utama dalam perbincangan sesuatu masyarakat, dan individu yang remeh menjadi tumpuan utama, maka kamu sedang bercakap tentang masyarakat yang sangat gagal."

Sebagai contoh, lagu-lagu dan lirik-lirik yang tidak mempunyai makna menarik jutaan orang untuk menari dan menyanyikannya, dan penyanyi lagu itu menjadi terkenal, dikenali, dan disukai ramai — malah ada yang diminta memberi pandangan tentang isu masyarakat dan kehidupan.

Sebaliknya, para penulis dan pengarang tidak dikenali dan tidak diberi nilai atau perhatian. Kebanyakan orang lebih suka perkara yang remeh dan memabukkan jiwa. Seorang yang membuat kita lalai dan melupakan realiti dianggap lebih baik daripada seseorang yang membangunkan kita dengan kebenaran yang menyakitkan.

Oleh itu, demokrasi tidak sesuai untuk masyarakat yang jahil, kerana majoriti yang jahil itulah yang akan menentukan nasib kamu!


Monday, June 16, 2025

"Keajaiban Saintifik al-Quran dalam Surah at-Tāriq"

Ini merupakan satu topik yang agung, yang menghimpunkan antara tadabbur terhadap kalam Allah عز وجل dan penemuan sains moden. Pada zaman Nabi ﷺ, tidak mungkin manusia mengetahui kewujudan objek-objek angkasa yang begitu halus dan berbahaya ini.

Firman Allah:

"Demi langit dan at-Tāriq (yang datang mengetuk) ۝ Dan tahukah engkau apakah itu at-Tāriq? ۝ Ianya ialah bintang yang menembusi (kegelapan)."
(Surah at-Tāriq: 1–3)


Apakah itu at-Tāriq?

Ia merujuk kepada bintang mati yang sangat padat — saiznya sangat kecil, tetapi jisimnya amat besar (malah lebih besar daripada matahari). Ia berpusing dengan kelajuan yang sangat tinggi dan memancarkan denyutan berkala gelombang radiasi seperti gelombang radio, sinar-X, dan sinar gamma.

Mengapa dinamakan "at-Tāriq"?

Bintang ini memancarkan denyutan atau "ketukan" radiasi seakan-akan ia mengetuk langit waktu malam. Ia benar-benar sepadan dengan istilah "at-Tāriq", yang membawa maksud yang datang pada malam hari dan mengetuk.

"An-Najm ath-Thāqib" – Bintang yang Menembusi

Sinaran bintang ini menembusi kegelapan seperti anak panah – ini selari dengan maksud "الثاقب" (yang menembusi). Ia menerangi ruang gelap dengan pancaran luar biasa, walaupun tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi hanya boleh dikesan dengan teleskop dan teknologi canggih.


Kenapa ini dianggap sebagai Mukjizat?

  • Pada zaman penurunan al-Quran, manusia tidak mungkin mengetahui tentang objek angkasa seperti neutron stars dan pulsar (bintang denyut).

  • Nama dan sifat yang digunakan al-Quran seperti "الطارق" dan "الثاقب" sangat tepat menggambarkan fenomena fizikal yang hanya ditemui beribu tahun kemudian.

  • Firman Allah: "Dan tahukah engkau apakah at-Tāriq?" memberi isyarat bahawa apa yang bakal disebut bukan sesuatu yang biasa difahami manusia ketika itu.


Kesimpulan

Keajaiban al-Quran tidak hanya terletak pada keindahan bahasanya, tetapi juga pada kedalaman maknanya. Ia mengandungi mesej yang boleh difahami oleh manusia biasa, dan pada masa yang sama, terus menyingkap makna-makna baharu selaras dengan perkembangan ilmu dan teknologi. Inilah antara bukti bahawa al-Quran adalah kalam Tuhan yang mendahului zamannya, dan tidak mungkin lahir daripada manusia biasa.

“Sesungguhnya Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami di seluruh ufuk dan dalam diri mereka sendiri, sehingga jelas bagi mereka bahawa al-Quran itu benar...”
(Surah Fussilat: 53)



"Bagaimana Kepimpinan Netanyahu Menulis Pengakhiran Bagi Israel?"

Bagaimana Kepimpinan Netanyahu Menulis Pengakhiran Bagi Israel?

Kita boleh memahami gelinciran sejarah ini melalui sekumpulan teori ketenteraan, politik dan sosial yang menjelaskan bagaimana kekuatan boleh berubah menjadi beban, kemenangan menjadi perangkap, dan peluasan menjadi kejatuhan. Apa yang saya tulis di sini bukanlah satu bentuk pendamaian dengan kesakitan, bukan juga menyemai ilusi, atau mencantikkan kekalahan. Ia adalah satu percubaan untuk membaca keadaan seperti mana adanya — dengan fikiran yang sejuk, pandangan yang tajam, dan hati yang tidak menipu diri.


1. Terlalu Meluaskan Diri (Overextension)

Setiap kali sesebuah negara meluaskan pengaruhnya melepasi sempadan geografi dan demografi secara berlebihan hingga melampaui keupayaannya untuk mengawal, negara itu tidak sedang menuju kekuatan — malah tergelincir ke dalam apa yang dikenali dalam wacana politik sebagai overextension (pengembangan berlebihan). Konsep ini merujuk kepada keadaan di mana negara melangkaui keupayaan sebenar lalu membuka pelbagai medan dan konflik yang tidak mampu ditanganinya, yang akhirnya menyebabkan keletihan dan keruntuhan.


2. Ilusi Kemenangan (Victory Delusion)

Apabila sesebuah negara menyangka bahawa siri kemenangan kecilnya bererti kemenangan mutlak, maka ia terdorong oleh keangkuhan untuk melakukan pengembaraan besar. Apa yang sedang berlaku pada Israel hari ini adalah satu persepsi keterlaluan terhadap kawalan, yang mendorong kepada keputusan peluasan yang emosional, lalu membawa kepada kebutaan strategik.


3. Kelesuan Kuasa Besar (Great Power Fatigue)

Istilah ini digunakan untuk menggambarkan keadaan apabila kekuatan sesebuah negara berubah menjadi beban, bukannya aset. Negara kecil dari segi penduduk dan geografi, tanpa kedalaman strategik yang sebenar, cuba memainkan peranan sebagai kuasa serantau utama, lalu membebankan institusi politik dan ketenteraannya, bahkan melemahkan penyokongnya. Lebihan kuasa yang digunakan secara tidak seimbang akan menghasilkan keletihan — bukan kemenangan.


4. Perang Pelbagai Medan (Multi-Front Warfare Trap)

Membuka lebih dari satu medan pada masa yang sama mungkin kelihatan seperti tindakan proaktif, tetapi ia berubah menjadi bencana apabila negara gagal mengawal mana-mana medan. Israel kini terlibat dalam konflik di Gaza, Lubnan, Syria, Iran, dan sedang berdepan ancaman dari Yaman dan Iraq. Kepelbagaian medan ini melemahkan pusat kepimpinan dan mengganggu keupayaan tentera untuk mengurus sumber serta bertindak dengan berkesan.


5. Perang Abadi (Forever Wars)

Satu bentuk konflik di mana sesebuah negara kehilangan keupayaan untuk mencapai kemenangan muktamad atau memaksakan penyelesaian, lalu terperangkap dalam keadaan keletihan berpanjangan tanpa had masa. Israel hari ini tampak telah memasuki era ini: setiap pertempuran membuka medan baharu, dan setiap medan berubah menjadi paya lumpur.

(Sebagai catatan: istilah ini lahir selepas peristiwa 11 September untuk menggambarkan penglibatan Amerika dalam konflik tanpa kesudahan menentang musuh yang tidak jelas. Walaupun permulaannya cepat — menumbangkan Taliban dan Saddam — Amerika terjerumus dalam perang terbuka melawan kumpulan-kumpulan yang sentiasa diperbaharui, tanpa hala tuju atau kemenangan yang pasti.)

Hari ini, musuh mengulangi corak yang sama: siri operasi yang dianggap sebagai kemenangan, lalu tergelincir ke dalam pertempuran kekal melawan kuasa tidak berpusat — perang tanpa peta jalan. Tiada musuh yang jelas, tiada penamat yang hampir, hanya keletihan yang berterusan. Dilema? Israel meneruskan peperangan bukan kerana tahu apa yang akan berlaku selepasnya — tetapi kerana ia takut pada apa yang tidak dapat dilihat esok hari.


6. Kos Melebihi Keuntungan (Cost exceeds Gain)

Setiap pusingan baru yang dilalui Israel membawa kos politik, ekonomi dan ketenteraan yang lebih besar daripada keuntungan yang diperolehnya. Legitimasi semakin terhakis, dominasi semakin terhakis, dan masyarakat memasuki keadaan tekanan berterusan. Kemenangan sesaat berubah menjadi beban yang berlarutan.


7. Kemenangan Membunuh (Pyrrhic Victory)

Ini adalah kemenangan yang dicapai secara ketenteraan tetapi memusnahkan keseimbangan dalaman dan asas kelangsungan negara. Ia umpama menang dalam satu pertempuran tetapi ditinggalkan tanpa keupayaan untuk menyertai pertempuran seterusnya. Israel mungkin telah memenangi beberapa pusingan, tetapi kini kehilangan keupayaan untuk meneruskannya.


Dalam konteks ini, kita mengimbau kembali analisis Ibn Khaldun mengenai saat kejatuhan negara. Beliau menyamakan pengakhiran sesebuah negara dengan sinaran pelita sebelum padam — sinaran terakhir, kilauan yang menipu. Israel hari ini berada di puncak kuasanya, tetapi sedang terbakar di tengah-tengah puncak itu. Ia melebihi kapasiti yang dimilikinya, berperang lebih dari yang mampu, dan terus memaksa dominasi sambil kehilangan kawalan.


Oleh itu, kita perlu membaca lanskap ini dari kejauhan.

Bukan untuk berdamai dengan kesakitan, bukan juga untuk mencantikkan kekalahan, tetapi untuk memahami arah konflik.
Kerana perlawanan yang sedar tidak hanya bersorak, tetapi juga menganalisis, membina, dan bersiap untuk hari esok.

"Sesungguhnya mereka melihatnya jauh, sedangkan Kami melihatnya dekat."
(Surah al-Ma’arij: 6–7)

— Minna Hawwa (منى حوّا)



Tuesday, June 10, 2025

Dunia Di Dalam Sebiji Telur!

Ibnu Qayyim meriwayatkan dalam karya agungnya "Miftah Dar al-Sa’adah" bahawa Ibnu ‘Abbas berkata:

Syaitan-syaitan berkata kepada Iblis:

“Kenapa kami lihat engkau lebih gembira dengan kematian seorang ulama berbanding kematian seorang ahli ibadah?”

Iblis menjawab:

“Marilah ikut aku!”

Mereka pun pergi menemui seorang abid (ahli ibadah) yang sedang khusyuk beribadah.

Lalu Iblis bertanya kepadanya:

“Adakah Tuhanmu mampu untuk memasukkan seluruh dunia ke dalam sebiji telur?”

Abid itu menjawab:

“Aku tidak tahu.”

Lalu Iblis berkata:

“Tidakkah kamu lihat, dia telah kufur hanya dalam satu saat?!”

Kemudian mereka mendatangi seorang ulama, yang sedang duduk bersama murid-muridnya sambil bergurau dan berbual.

Mereka berkata:

“Kami ingin bertanya sesuatu.”

Ulama itu menjawab:

“Tanyalah apa sahaja yang kamu mahu!”

Lalu Iblis bertanya:

“Adakah Tuhanmu mampu untuk memasukkan seluruh dunia ke dalam sebiji telur?”

Ulama itu menjawab:

“Ya!”

Mereka bertanya:

“Bagaimana?”

Dia menjawab:

“Dia hanya perlu berkata ‘Jadilah!, maka ia pun terjadi.”

Lalu Iblis berkata kepada syaitan-syaitan:

“Kamu lihat? Yang pertama itu tidak memberi kesan selain kepada dirinya sendiri, tetapi yang ini, boleh merosakkan hasratku untuk mempengaruhi ramai manusia kerana ilmunya!”


Tuesday, February 18, 2025

Umur Khadijah RA

Berkenaan dengan usia Ummul Mukminin Khadijah رضي الله عنها ketika berkahwin dengan Nabi صلى الله عليه وسلم, tidak ada hadis yang sahih yang menyebutkan usia beliau. Namun, pendapat yang terkenal di kalangan para ahli sejarah adalah bahawa beliau berusia sekitar empat puluh tahun ketika perkahwinan tersebut. Ibn Sa'd dalam al-Tabaqat menyebutkan bahawa Muhammad bin Umar berkata, "Kami diberitahu oleh al-Mundhir bin Abdullah al-Hazami dari Musa bin 'Uqbah dari Abu Habibah, maula al-Zubair, yang berkata: 'Saya mendengar Hakim bin Hizam berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم menikahi Khadijah ketika beliau berusia empat puluh tahun, dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم berusia dua puluh lima tahun. Khadijah lebih tua dua tahun dari saya. Beliau dilahirkan lima belas tahun sebelum Tahun Gajah, dan saya dilahirkan tiga belas tahun sebelum Tahun Gajah.'" Muhammad bin Umar al-Waqidi juga menyatakan bahawa menurut kami para ahli ilmu, Khadijah dilahirkan lima belas tahun sebelum Tahun Gajah dan ketika menikah dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم beliau berusia empat puluh tahun, namun Muhammad bin Umar al-Waqidi adalah seorang yang tidak diterima riwayatnya.

Ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa usia Khadijah ketika berkahwin dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah dua puluh lapan tahun. Ibn Sa'd dalam al-Tabaqat juga menyebutkan bahawa beliau mendengar dari Hisham bin Muhammad bin al-Sa'ib, dari ayahnya, dari Abu Salih, dari Ibn Abbas, yang berkata: "Khadijah pada hari perkahwinannya dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم berusia dua puluh lapan tahun, dan mahar beliau adalah dua belas uqiyah." Begitu juga mahar perkahwinan Nabi-nabi beliau yang lain. Namun, Hisham al-Kalbi juga dikenal sebagai seorang yang tidak diterima riwayatnya.

Kesimpulannya, tidak ada kepastian mengenai usia sebenar Khadijah ketika beliau berkahwin dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Sumber: https://www.islamweb.net/ar/fatwa/


Wednesday, February 12, 2025

HAKIM-HAKIM YANG PERNAH MEMALUKAN NEGARA, DIRI SENDIRI, KELUARGA DAN RAKAN HAKIM

HAKIM-HAKIM YANG PERNAH MEMALUKAN NEGARA, DIRI SENDIRI, KELUARGA DAN RAKAN HAKIM
Hari ini pada 2015. Ku simpan di sini untuk ku fahami erti perjuangan. Ucapan akhir DS Anwar Ibrahim di hadapan 5 Hakim:
1- Arifin Zakaria
2- Abdul Hamid Embong
3- Md Raus Sharif
4- Suriyadi Halim Omar
5- Ramly Ali
Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelek ini- insiden ini tidak pernah berlaku.
Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.
Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.
Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!
Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.
Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian telah menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian telah menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.
Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.
Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat. Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.
Benar, kalian telah menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.
Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.
Mahasiswa undang-undang dan kalangan professor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus. Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.
Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang telah kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.
Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu bahawa satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif? Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.
Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat Negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.
Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.
Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. ALLAH SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah!
ANWAR IBRAHIM
10 FEBRUARI 2015

daripada:
https://www.facebook.com/datotarmizi.mohdjam

Sunday, February 02, 2025

Thursday, January 16, 2025

Kisah Perang di Gaza dan Perlawanan dari Perspektif Israel

Oleh Penulis Eyal Hanania

Apabila saya merenung perang pada hari-hari awal, saya meramalkan bahawa Hamas akan menyerah dan merayu untuk dihentikan serangan.

Kami telah mengerahkan tujuh briged, dengan dua briged terkuat yang tidak pernah kalah dalam sebarang peperangan dengan negara Arab, dan merupakan pasukan utama tentera Israel: Briged Givati dan Briged Golani. Kami juga mengerahkan seluruh pasukan udara kami, yang merupakan antara yang terkuat di dunia selepas Amerika Syarikat.

Kami menempatkan tiga skuadron tentera laut di hadapan Gaza dan mengerahkan briged terbaik pasukan kereta kebal kami, termasuk Briged 401 yang terdiri sepenuhnya daripada kereta kebal Merkava 4, kebanggaan tentera Israel yang dianggap antara kereta kebal terkuat di dunia dari segi daya tembak dan pelindungannya.

Di atas semua itu, beberapa pemimpin Arab menyokong penuh operasi ini. Hamas pula hidup dalam pengepungan ketat yang telah diberlakukan selama dua puluh tahun.

Pada beberapa hari terakhir, Hamas berhadapan dengan krisis pembayaran gaji kepada kakitangannya oleh pihak berkuasa Ramallah, yang memaksa mereka untuk berusaha berdamai dengan Abu Mazen, yang ingin menggunakan isu gaji untuk merendahkan dan menundukkan Hamas.

Saya merenung dari segi politik, dan saya membuat ramalan bahawa Hamas akan menyerah sekiranya serangan tentera besar-besaran dilakukan, malah kemungkinan senjata mereka akan dilucutkan dengan sokongan dari negara-negara Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Perlawanan pun bermula, dan jurucakap Hamas muncul di televisyen dengan cara bercakap seolah-olah mereka memimpin sebuah kuasa besar dan tentera yang sangat kuat.

Presiden Amerika Syarikat sendiri mengetuai Majlis Perang Israel dari Tel Aviv, dan membuka gudang tentera Amerika untuk menyokong Israel dengan jambatan udara dan laut pada hari kedua peperangan, bertujuan untuk menumpaskan Hamas dari muka bumi ini.

Kami menyangka bahawa ucapan pemimpin Hamas adalah satu bentuk kesombongan politik dan tidak menghargai kekuatan gabungan negara yang bukan sahaja menyokong Israel, malah berdiri bersama mereka. Ucapan mereka adalah sekadar permainan psikologi, tetapi ketahanan mereka dalam serangan udara dan terus melancarkan roket dalam beberapa minggu pertama perang mengubah sepenuhnya keseimbangan pertempuran dan daya penghalang kami. Kami terpaksa melancarkan serangan darat, yang disokong oleh udara dan laut.

Apabila serangan darat dimulakan, kami berhadapan dengan pejuang Hamas yang kukuh dan berani, yang mengganggu setiap peringkat tentera Israel dan merosakkan imej serta kekuatan penghalang yang kami cuba bina.

Pejuang Hamas yang menggunakan peralatan yang sangat rendah dan buatan tempatan bertahan dengan cara yang luar biasa, sesuatu yang perlu dipelajari dan dianalisis di sekolah-sekolah ketenteraan baik di Timur mahupun Barat.

Saya mula menyelidik aspek ideologi pergerakan ini dan mendapati bahawa mereka melatih pejuang mereka sejak kecil dengan pendidikan agama sebelum latihan ketenteraan yang keras. Mereka dididik dengan ideologi Islam jihad yang dikenali sebagai sistem masjid.

Imam masjid adalah pemimpin pasukan, dan jemaah di belakangnya adalah tentera, mengikut cara orang Islam 14 abad yang lalu.

Pejuang Hamas percaya bahawa apabila mereka mati, mereka akan hidup semula dan terus masuk ke syurga, sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran, yang mereka hafal dengan sempurna. Mereka percaya bahawa cara terbaik untuk mati adalah melalui jihad, berperang melawan Yahudi dan mati di tangan mereka.

Mereka mencontohi Nabi Muhammad yang berperang melawan orang kafir dan Yahudi. Ideologi mereka diperoleh melalui kajian sejarah Islam, peperangan, kehebatan dan penaklukan yang dilakukan oleh umat Islam.

Pejuang Hamas bersedia untuk meledakkan diri mereka tanpa ragu-ragu dan melakukan aksi yang luar biasa, yang menghancurkan segala teori ketenteraan yang ada, dalam keadaan pertempuran yang hampir mustahil.

Mereka berhadapan dengan pasukan kereta kebal, unit khas, dan tentera udara tanpa sebarang senjata yang signifikan!

Sungguh tiada apa-apa yang boleh dibandingkan dengan senjata milik mereka, yang bahkan milisi Afrika yang lapar pun memiliki lebih banyak senjata daripada mereka. Namun begitu, mereka mampu bertahan, tidak menyerah, dan bertempur dengan cara yang keras dan luar biasa.

Ia adalah ideologi mereka yang membentuk kekuatan ini, berteraskan pengorbanan diri dan semangat yang tinggi. Mereka memandang rendah kepada musuh kafir dan berjuang dengan penuh maruah, menganggap diri mereka lebih tinggi secara agama dan intelektual daripada musuh mereka.

Ideologi mereka mendorong mereka untuk bekerja 24 jam sehari demi agama mereka, berjuang untuk mencapai perkara yang mustahil, kerana mereka percaya dengan berbuat demikian mereka berkhidmat untuk agama dan bangsa mereka dan bahawa mereka akan masuk ke syurga.

Ia adalah ideologi yang sangat kuat dan tidak akan lelah, yang memberi mereka matlamat yang jelas. Ideologi yang tetap mereka pegang walaupun di Tebing Barat, walaupun di tengah-tengah kempen penghapusan yang dilancarkan Israel dengan bantuan keselamatan Palestin yang dilatih dan dibiayai oleh Amerika dan Israel.

Mereka tetap berpegang pada ideologi jihad walaupun dianiaya dan ditekan, dan kini mereka kembali bangkit di Tebing Barat dengan kekuatan yang lebih besar, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Apabila saya melihat seorang pejuang Hamas yang berlari menuju ke kereta kebal Merkava 4 yang kelihatan seperti raksasa keluli yang luar biasa, membawa bahan letupan dan meledakkan dirinya tanpa sebarang keraguan, saya berasa ngeri. Bagaimana jika mereka memiliki senjata yang lebih kuat? Bagaimana jika mereka mempengaruhi pemuda Islam di negara-negara Arab dan Islam?

Saya mengakui bahawa ideologi mereka telah mengalahkan Merkava dalam pertempuran ini. Dan ini akan menjadi ancaman terbesar kepada kewujudan Negara Israel.

Kita perlu mengambil iktibar, dan perang kita melawan Hamas haruslah perang yang bersifat pemusnahan total, sama ada kita atau mereka. Jika kita bertolak ansur hari ini, kita akan melihat mereka dalam dekad yang akan datang di pintu-pintu Tel Aviv, mengucapkan takbir seperti yang mereka tunjukkan dalam video propaganda mereka.

Saat itu, itulah akhirnya.



Thursday, January 02, 2025

MUKJIZAT AL-QURAN

Tidak dinafikan al-Quran adalah kitab mukjizat yang amat menakjubkan. Keajaibannya terbongkar dari semasa ke semasa dalam pelbagai aspek. Satu daripadanya adalah dari aspek susunan dan bilangan. Contohnya nama Nabi Muhammad SAW.


Berapa tempatkah nama Nabi disebut dalam al-Quran?


Terdapat EMPAT tempat disebut nama MUHAMMAD:

Aali ‘Imran: 144

Al-Ahzab: 40

Muhammad: 2

Al-Fath: 20


Dan SATU kali disebut nama AHMAD:

Al-Saff : 6


Mereka yang mengkaji mukjizat al-Quran dari sudut bilangan telah menghitung bermula dari perkataan AHMAD yang terdapat dalam surah Al-Saff hingga perkataan terakhir al-Quran pada surah terakhir, iaitu perkataan an-nas. 

Jumlahnya adalah 2637 perkataan. 

Apakah keajaiban bilangan 2637?

Ia adalah hasil daripada 99x63 = 2637!

99 adalah Nama Allah al-Husna

63 adalah usia Nabi SAW.


Adakah satu kebetulan? Pastinya TIDAK.

Sebab Allah menghitung segala sesuatu dengan betul, tepat dan teliti.