Sunday, December 28, 2025

KISAH AL-QADHI MUHAMMAD BIN ‘ABD AL-BAQI AL-ANSARI AL-BAZZAR

Satu kisah yang menakjubkan telah berlaku kepada salah seorang imam hadis, iaitu al-Qadhi Muhammad bin ‘Abd al-Baqi al-Ansari al-Bazzar, yang terkenal dengan gelaran Qadhi al-Maristan, seorang hafiz yang wafat pada tahun 535 Hijrah.

Beliau menceritakan bahawa pada suatu musim haji, beliau berada di Mekah dalam keadaan sangat miskin, tidak memiliki apa-apa daripada kesenangan dunia. Pada suatu hari, rasa lapar yang amat sangat memaksanya keluar mencari secebis roti atau apa sahaja yang dapat mengalas perutnya. Tiba-tiba beliau menemui sebuah bungkusan kain sutera merah yang terletak di atas tanah. Lalu beliau membukanya dan mendapati di dalamnya terdapat seutas kalung mutiara yang sangat berharga, yang nilainya dianggarkan mencecah lima puluh ribu dinar. Beliau pun mengambil bungkusan itu dan beredar.

Ketika beliau sedang dalam perjalanan, tiba-tiba terdengar seorang lelaki mengumumkan kehilangan kalung tersebut kepada orang ramai. Lelaki itu berkata bahawa dia telah kehilangan sebuah bungkusan sutera, dan sesiapa yang menemuinya akan diberi ganjaran lima puluh dinar.

Beliau bertanya: “Apakah yang terdapat di dalam bungkusan itu?”

Lelaki tersebut menjawab: “Di dalamnya terdapat seutas kalung mutiara yang sangat berharga.”

Beliau bertanya lagi tentang tanda-tanda kalung tersebut.

Apabila lelaki itu menyebutkan ciri-cirinya, beliau segera menyerahkan bungkusan itu kepadanya.

Lelaki tersebut pun mengeluarkan lima puluh dinar dan menghulurkannya kepadanya. Namun beliau enggan menerimanya sambil berkata:

“Tidak sepatutnya aku mengambil balasan terhadap barang yang aku temui lalu aku kembalikan kepada pemiliknya. Aku mengembalikan kalung ini bukan kerana mengharapkan ganjaran, tetapi kerana mengharapkan keredaan Tuhanku.”

Beliau menolak untuk menerima wang itu, sedangkan pada ketika itu beliau sangat kelaparan dan tidak mempunyai walau secebis roti kering untuk mengalas perutnya.

Lelaki tersebut mendoakan kebaikan untuknya lalu beredar.

Qadhi dan ahli hadis itu tinggal di Mekah beberapa hari, kemudian beliau memutuskan untuk belayar menaiki kapal laut, dengan harapan memperoleh sedikit rezeki. Namun ketika mereka berada di tengah lautan, tiba-tiba bertiup ribut yang sangat kuat, menghempas kapal mereka sehingga hancur dan tenggelam.

Qadhi itu berpaut pada sekeping papan daripada serpihan kapal. Beliau terus berpaut sambil dihempas ombak selama beberapa hari, sehingga akhirnya ombak mencampakkannya ke tepi pantai dalam keadaan sangat letih dan tidak berdaya.

Dengan sisa tenaga yang ada, beliau mengheret dirinya sehingga sampai ke sebuah masjid yang terdekat, lalu rebah di dalamnya. Beliau tidak mengetahui apa-apa tentang kawasan itu, dan tidak mengenali sesiapa pun daripada penduduknya.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki masuk ke masjid tersebut. Apabila melihat keadaannya, lelaki itu bertanya tentang dirinya. Setelah beliau menceritakan kisahnya, lelaki itu membawakan makanan, minuman dan pakaian untuk menghangatkannya. Lelaki itu juga berkata bahawa mereka sedang mencari seseorang untuk diupah menjadi imam solat di masjid tersebut.

Apabila beliau memberitahu bahawa beliau menghafaz Kitab Allah Ta‘ala, mereka segera melantiknya sebagai imam masjid. Apabila mereka mengetahui bahawa beliau juga pandai menulis, mereka turut mengupahnya untuk mengajar anak-anak mereka.

Beliau berkata: “Aku pun memperoleh rezeki dan hidup dalam keadaan baik.”

Pada suatu hari mereka berkata kepadanya:

“Kami mempunyai seorang gadis yatim. Kami ingin menikahkan engkau dengannya.”

Mereka mendesaknya, lalu beliau pun bersetuju.

Apabila beliau dibawa bertemu dengannya, beliau terlihat pada dada gadis itu seutas kalung mutiara. Beliau tidak dapat menahan dirinya daripada memandang kalung itu dengan penuh kehairanan dan kekaguman, kerana itulah kalung yang sama yang pernah beliau temui di Mekah dahulu.

Ketika beliau sedang memandang kalung itu, tiba-tiba gadis tersebut keluar sambil menangis teresak-esak dan berkata:

“Dia tidak mahu memandang wajahku, sebaliknya dia hanya memandang kalung di dadaku.”

Setelah beliau mengimami mereka solat Subuh, mereka menyampaikan hal itu kepadanya. Lalu beliau memberitahu mereka bahawa beliau pernah menemui kalung itu pada sekian-sekian waktu dahulu, terletak di atas tanah di dalam bungkusan sutera di Baitullah al-Haram, dan beliau telah mengembalikannya kepada pemiliknya.

Mereka semua bertakbir sehingga masjid bergema dengan takbir mereka.

Kemudian mereka memberitahunya bahawa pemilik kalung tersebut ialah bapa kepada gadis yatim itu. Dia tidak mempunyai sesiapa selain anak perempuannya itu. Dia dahulu mengimami mereka solat di masjid tersebut dan telah meninggal dunia beberapa waktu yang lalu.

Namun sejak dia pulang dari haji, dia tidak pernah berhenti berdoa dengan doa ini, dan mereka mengaminkan di belakangnya:

“Ya Allah, aku tidak pernah menemukan seseorangpun seperti pemilik kalung ini. Ya Allah, pertemukanlah aku dengannya agar aku dapat menikahkannya dengan anak perempuanku yang tunggal ini.”

Maka Allah Ta‘ala telah memperkenankan doanya, lalu mendatangkan engkau dan menikahkan engkau dengan anak perempuannya, walaupun setelah kematiannya!

Inilah balasan bagi amanah dan kesucian jiwa. 💜

Sumber 📚

Dhayl Tabaqat al-Hanabilah karya Imam Ibn Rajab

Siyar A‘lam al-Nubala’ karya Imam Shams al-Din al-Dhahabi


Thursday, December 04, 2025

Terowong Rafah


نفق رفح… معجزة صنعتها أيادي رجالٍ من نور، رجالٍ لا يعرفون المستحيل، وقفوا في وجه أقوى جيوش الأرض، وأمام عيون أميركا وبريطانيا وفرنسا، وصنعوا ما تعجز عنه الدول العظمى. هل تدرك ماذا يعني أن يمتد نفق بطول ٨ آلاف متر؟ ثمانية آلاف! يمكنك أن تعُدّها بلسانك وستتعب قبل أن تصل للنصف، فكيف بمن حفرها في قلب الأرض؟ وكيف بمن حمل ترابها، وصنع حجارتها، وبنى جدرانها وسقوفها تحت النار؟
جيش الاحـ.ـتلال نفسه قال إنه وجد داخله ٨٠ غرفة قيادة وإدارة. أيّ إرادةٍ هذه؟ أيّ رجال هؤلاء؟ هذا ليس عملًا بشريًا عاديًا… هذا حصاد سنوات طويلة من التعب، والغياب عن الأهل، وساعات الاختناق تحت التراب، وليالٍ كاملة بين الإغماء والاستمرار لأن التراجع خيانة، ولأن فلسطين تستحق.
تخيّل فقط كيف نزلوا إلى عمق ٣٠ مترًا… ثم ساروا أفقيًا في بطن الأرض. حرارة خانقة، أوكسجين قليل، رطوبة، انهيارات محتملة، ومع ذلك كانوا يحفرون، وحين يكتمل متر واحد فقط كانوا يكبّرون ويسجدون شكرًا. متر واحد كان بالنسبة لهم انتصارًا، فتحًا صغيرًا، خطوة نحو يوم سيأتي… يوم الطوفان.
حين منع العدوّ الأسمنت، هل توقّفوا؟ هل رفعوا الراية؟ أبداً. انتقلوا إلى مرحلة أقسى: تكسير حجارة البيوت المهدّمة، سحقها، صناعتها من جديد، حجارة ثقيلة تُحمل على الظهور، تُنقل سرًا إلى منطقة الحفر، ثم تُنزّل إلى الأعماق. هل تخيّلت كم حجر يحمل الرجل الواحد في اليوم؟ كم خطوة يمشيها؟ كم خطرًا يواجهه؟ ثم يبدأ البناء… سقف وجدران… بمواد بدائية، وبإيمانٍ يشقّ الصخر.
كل هذا تحت عيون طائرات التجسّس، والأقمار الصناعية الأميركية والبريطانية، والعيون الإلكترونية على الحدود. ومع ذلك لم يُكتشف شيء. لم يلتقط العدوّ صوتًا، ولا صورة، ولا ضوءًا واحدًا. كانوا يتحركون مثل الظلال، كأن الأرض تحميهم، وكأن الغيوم تخفي أنفاسهم.
أكثر من ٦٠٠ شهيـ.ـد ارتقوا خلال إعداد هذه الشبكة، ومئات الجرحى. كانوا يسقطون في صمت، بعيدًا عن الكاميرات. لم يكن يعرفهم أحد. لم يكن يبكيهم إلا رفاقهم. ومع ذلك ظهر حينها منافقون من بني فتح يتهمونهم بأنهم “يقتلون بعضهم بعضًا” وأنها “تصفيات داخلية”. لم يعرفوا أنها دماء إعداد… دماء إخلاص… دماء رجال يموتون من أجل أن يعيش وطن.
حتى جاء يوم الطوفان… يوم خرجت غزة من تحت الأرض لتضرب احتلالًا مدججًا بأقوى أسلحة العالم. ويوم رأى العالم جزءًا من الأنفاق قال بايدن — مجرم الحرب الأميركي — إنها مذهلة ويجب تدريسها في الأكاديميات العسكرية. الأكاديميات التي تخرّج قادة الجيوش صعقت أمام رجال تعلموا من سيرة سلمان الفارسي وخندق الأحزاب وبنوا بما تيسر لهم.
٦٠٠ كيلومتر من الأنفاق… أطول من شبكة أنفاق فرنسا التي احتاجت عشرات السنين لبنائها. وفرنسا دولة عظمى، أما غزة فهي مدينة محاصرة، بلا معدات، بلا مواد، بلا كهرباء، بلا هواء… ومع ذلك صنعت معجزة لا تُصدَّق.
ومع كل هذا… تُرِكوا وحدهم. العرب صامتون، والمسلمون منشغلون، والأنظمة خانعة، والقلوب باردة. وحدهم حفروا، وحدهم قاتلوا، وحدهم نزفوا، وحدهم صبروا، ووحدهم رفعهم الله بين الأمم، وأذلّ إسـ.ـرائيل في أعين العالمين.
نفق رفح ليس مشروعًا هندسيًا… نفق رفح آية من آيات الإيمان. صفحة من صفحات المجد. سيرة رجالٍ عاشوا تحت الأرض ليرفعوا راية فوق الأرض. رجال لا يعرفون الكسر، ولا يتقنون إلّا الصبر. رجال بنوا مدينة كاملة في الأعماق، ليحموا مدينة كاملة فوق التراب.
وسيكتب التاريخ — شاء العالم أم أبى — أنّ غزة صنعت أعظم شبكة أنفاق عرفتها حروب العصر الحديث… وأن رجالها كانوا أعظم من السلاح، وأصدق من السياسة، وأطهر من كل خطابات الخوف والخذلان.
الحمد لله رب العالمين.

Terowong Rafah… satu keajaiban yang dibina oleh tangan-tangan lelaki daripada cahaya, lelaki yang tidak mengenal erti mustahil. Mereka berdiri menentang tentera terkuat di dunia, di hadapan mata Amerika, Britain dan Perancis, lalu mereka mencipta sesuatu yang negara-negara besar pun tidak mampu lakukan.

Adakah kamu faham apa ertinya sebuah terowong yang menjulur sepanjang 8 ribu meter? Lapan ribu! Kamu boleh cuba mengiranya dengan lidahmu dan kamu akan letih sebelum sampai separuhnya. Maka bagaimana pula keadaan orang yang menggali sejauh itu di perut bumi? Bagaimana pula dengan mereka yang mengangkat tanahnya, mengolah batunya, membina dinding dan bumbungnya di bawah hujan peluru?

Tentera pendu­du­kan sendiri mengaku bahawa mereka menemui 80 bilik pengurusan dan ketenteraan di dalamnya. Tekad apakah ini? Lelaki apakah mereka itu? Ini bukan kerja manusia biasa… Ini adalah hasil bertahun-tahun kepayahan, jauh daripada keluarga, berjam-jam tercekik di bawah tanah, malam penuh antara pengsan dan bangkit semula kerana berundur itu pengkhianatan, dan kerana Palestin itu layak diperjuangkan.

Bayangkan sahaja bagaimana mereka turun sedalam 30 meter… kemudian bergerak mendatar dalam isi bumi. Panas yang menyesakkan, oksigen yang sedikit, kelembapan, risiko runtuhan, namun mereka terus menggali. Bila satu meter sahaja siap, mereka bertakbir dan sujud syukur. Satu meter bagi mereka adalah kemenangan, pembukaan kecil, satu langkah menuju hari yang akan tiba… hari taufan.

Ketika musuh menyekat simen, adakah mereka berhenti? Adakah mereka mengangkat bendera putih? Tidak sekali-kali. Mereka beralih ke fasa lebih sukar: memecahkan batu rumah-rumah yang musnah, menghancurkannya, membentuk semula menjadi batu-bata. Batu yang berat dipikul di atas belakang, dibawa secara rahsia ke kawasan penggalian, lalu diturunkan ke dalam perut bumi. Pernahkah kamu bayangkan berapa banyak batu seorang lelaki angkat setiap hari? Berapa banyak langkah dia berjalan? Berapa banyak bahaya yang dihadapinya? Kemudian bermulalah pembinaan… bumbung dan dinding… dengan bahan yang serba kekurangan, dengan iman yang memecahkan batu.

Semua ini berlaku di bawah mata pesawat risikan, satelit Amerika dan Britain, dan mata-mata elektronik di sempadan. Namun tidak satu pun dikesan. Musuh tidak menangkap bunyi, tidak menangkap gambar, tidak satu cahaya pun. Mereka bergerak seperti bayang-bayang, seolah bumi melindungi mereka, dan awan menyembunyikan nafas mereka.

Lebih daripada 600 syahid yang gugur semasa penyiapan rangkaian ini, dan ratusan yang cedera. Mereka gugur dalam senyap, jauh daripada kamera. Tiada siapa mengenali mereka. Tiada siapa menangisi mereka kecuali rakan-rakan seperjuangan. Namun ketika itu muncul golongan munafik dari Fatah menuduh mereka kononnya “berbunuhan sesama sendiri” dan ia hanyalah “pembersihan dalaman”. Mereka tidak tahu itulah darah persiapan… darah keikhlasan… darah lelaki yang mati agar sebuah tanah air dapat hidup.

Sehinggalah tiba hari taufan… hari Gaza keluar dari perut bumi untuk menyerang pendu­du­kan yang dilengkapi persenjataan paling canggih di dunia. Dan ketika dunia melihat sebahagian daripada terowong itu, Biden — penjenayah perang Amerika — berkata ia menakjubkan dan perlu diajar di akademi ketenteraan. Akademi yang melahirkan panglima-panglima perang terkejut melihat lelaki yang belajar daripada kisah Salman al-Farisi dan Parit al-Ahzab, lalu membina dengan apa yang termampu.

600 kilometer terowong… lebih panjang daripada rangkaian terowong di Perancis yang mengambil masa puluhan tahun untuk dibina. Perancis itu sebuah negara besar, tetapi Gaza hanyalah sebuah kota yang dikepung, tanpa jentera, tanpa bahan, tanpa elektrik, tanpa udara… namun ia mencipta satu keajaiban yang sukar dipercayai.

Dan dengan semua ini… mereka ditinggalkan sendirian. Arab diam, umat Islam sibuk, pemerintah tunduk, hati-hati dingin. Mereka menggali sendiri, berperang sendiri, berdarah sendiri, bersabar sendiri, dan Allah mengangkat mereka tinggi di antara bangsa-bangsa, serta menghinakan Israel di mata dunia.

Terowong Rafah bukan sebuah projek kejuruteraan… Terowong Rafah adalah satu ayat daripada ayat-ayat keimanan. Satu lembaran kemuliaan. Kisah lelaki yang hidup di bawah tanah untuk mengangkat panji di atas tanah. Lelaki yang tidak mengenal patah, dan hanya mahir dalam kesabaran. Lelaki yang membina sebuah kota di dasar bumi untuk melindungi sebuah kota di permukaan bumi.

Dan sejarah akan menulis — sama ada dunia mahu atau tidak — bahawa Gaza telah membina rangkaian terowong paling hebat yang pernah dikenali dalam peperangan moden… dan lelaki-lelakinya lebih hebat daripada senjata, lebih jujur daripada politik, dan lebih suci daripada segala retorik ketakutan dan pengkhianatan.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.