Thursday, August 04, 2011

Doa tidak diterima?

Doa adalah ibadah paling afdhal, cara seorang hamba berhubung dengan Tuhannya Yang Maha Pencipta, Yang Menyahut seruan dan Memenuhi semua keperluan makhluk-Nya. Dia-lah tempat sekelian makhluk-Nya meminta. “Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!” (Maksud Ar-Rahman:29)

Dia perintahkan hamba-Nya berdoa dan Dia berjanji akan memakbulkannya. Dia sangat murka kepada hamba yang enggan berdoa dan menganggap mereka sebagai orang yang sombong. “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Maksud Ghafir: 60)

Namun kadang-kadang ada orang yang merasakan doanya tidak diterima.
Apa sebabnya?

Ibrahim bin Adham pernah ditanya tentang kenapa kadang-kadang doa lambat diterima, pada hal Allah telah berjanji akan memakbul doa dan memerintahkan hamba-Nya berdoa?
Beliau menjawab:

Kerana hati kamu mati dengan 10 sebab:
1. Kamu mengenali Allah tetapi kamu tidak mentaati-Nya
2. Kamu mengenali Rasulullah tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya
3. Kamu mengenali al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengan kandungannya
4. Kamu makan daripada ni’mat-ni’mat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya
5. Kamu mengetahui tentang syurga tetapi kamu tidak mengejarnya
6. Kamu mengetahui tentang neraka tetapi kamu tidak lari darinya
7. Kamu kenal syaitan tetapi kamu tidak memeranginya, sebaliknya selalu bersetuju dengannya
8. Kamu mengetahui tentang mati tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya
9. Kamu kebumikan orang mati tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya
10. Kamu terbangun dari tidur, lalu kamu sibuk menghitung keaipan manusia dan kamu abaikan keaipan diri kamu sendiri.

4 comments:

Noor's Outlet said...

Assalamualaikum.
Maaf ustazah. Lari dari tajuk. Tak tahu nak tanya siapa dgn cepat.
Seorang wanita belajar tajwid, berguru dengan seorang ustaz. Terdapat juga pelajar2 lelaki tetapi majoriti adalah pelajar wanita. Dalam kelas, tentulah kena mengaji dan diperbetulkan oleh ustaz tersebut. Suara pelajar2 wanita tentulah d dengar oleh ustaz dan pelajar2 lelaki lain. Adakah suaranya d anggap aurat? Adakah d perbolehkan? Perlukah pelajar wanita mencari guru lain (ustazah)?

Maznah Daud said...

Salam, ada khilaf ttg suara perempuan aurat atau tidak. Kalau nak selamat lebih baik belajar dgn ustazah atau boleh dgn ustaz tp pelajarnya perempuan sahaja. Yang terbaik adalah kita cuba keluar dari khilaf, iaitu jika ada pendapat yg kata boleh dan tak boleh, kita buat apa yg ditrm oleh kedua2 pihak

Noor's Outlet said...

Jazakillah ustazah

Maznah Daud said...

lain kali kalau ada soalan, email atau fb, blog jarang buka.
maznah.daud@gmail.com