And whatever good you do, (be sure) Allâh knows it. And take a provision (with you) for the journey, but the best provision is At-Taqwa (piety, righteousness). So fear Me, O men of understanding! (Al-Baqarah 2:197)
Sunday, February 17, 2013
Pakar Bahasa Arab
Al-Asmu’iy (121H - 216H /740M - 831) merupakan seorang yang sangat pakar dalam Bahasa Arab (BA). Beliau selalu berada di majlis ilmu bersama para ulama’ di istana Khalifah Harun ar-Rashid. Apabila berlaku percanggahan pendapat di kalangan ulama’, Khalifah akan berpaling kepada al-Asmu’iy seraya berkata: “Kemukakan pendapatmu wahai Asmu’iy!”
Maka pendapat yang dikemukakannya itulah yang menjadi kata pemutus.
Pada suatu hari, beliau sedang mengajar BA kepada orang ramai. Beliau menggunakan dalil-dalil daripada ayat al-Quran, Hadis dan juga syair-syair. Antaranya beliau membaca sepotong ayat yang bermaksud:
“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Tiba-tiba seorang Arab Badwi (A’rabi), antara yang hadir dalam majlis pengajian itu bertanya:
“Wahai tuan guru, kata-kata siapakah itu?”
Al-Asmu’iy menjawab: “Kalam Allah.”
A’rabi berkata: “Maha Suci Allah daripada berkata begitu.”
Orang ramai, termasuk Al-Asmu’iy sangat hairan mendengar kata-kata A’rabi itu. Al-Asmu’iy berkata kepadanya: “Encik, jaga kata-katamu! Ini Kalam Allah, dalam surah al-Maidah!”
A’rabi tetap mengulangi kata-katanya:“Maha Suci Allah daripada berkata begitu, bahkan ia sesuatu yang mustahil!”
Asmu’iy bertanya: “Adakah encik menghafaz al-Quran?”
A’rabi menjawab: “Tidak.”
Dan dia tetap tidak mahu menarik balik kata-katanya sehingga orang ramai hampir-hampir mahu memukulnya. Bagaimana dia begitu berani mencanggahi seorang yang sangat pakar dalam bahasa Arab, malah mengingkari ayat Allah pula?
Al-Asmu’iy menenangkan mereka dengan berkata: “Sabar, sabar! Bawakan mushaf!”
Setelah dibawa dan dibuka mushaf, nyatalah bahawa al-Asmu’iy telah tersilap. Akhir ayat itu ialah “Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
Sekali lagi orang ramai, termasuk al-Asmu’iy kehairanan. Al-Asmu’iy bertanya: “Bagaimana encik tahu saya salah sedangkan encik tidak menghafaz al-Quran?”
A’rabi menjawab, sebab Allah berkata: “potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah”. Kata-kata itu lahir dari sifat perkasa dan bijaksana, bukan sifat keampunan dan kasihan belas.”
(Maksud A’rabi, tidak munasabah perintah supaya menghukum dengan begitu tegas lagi keras, diakhiri dengan sifat maha mengampun dan maha mengasihani. Sebab itu bila Asmu’iy baca “Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”, dia dapat menangkapi kesilapan Asmu’iy)
Lantas al-Asmu’iy berkata dengan merendah diri: “Demi Allah, sesungguhnya aku sebenarnya tidak mengenali Bahasa Arab!”
Pengajaran: Orang yang hebat bukanlah orang yang tidak pernah buat silap. Tetapi orang yang sedia mengaku silap jika telah tersilap.
Sumber:
http://www.alamatonline.net/l3.php?id=51201
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment