Sunday, June 09, 2013

Kehidupan tidak dihitung dengan bilangan tahun



Nukilan asy-Syahid Sayyid Qutub 

Ketika kita hidup untuk diri kita sendiri sahaja, ternyata bagi kita kehidupan ini singkat dan sempit. Ia bermula ketika kita mula sedar kita hidup dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang telah dibataskan. 

Adapun ketika kita hidup untuk orang lain, iaitu ketika kita hidup untuk (memperjuangkan) satu fikrah, maka sesungguhnya kehidupan kita akan jadi panjang dan mendalam. Ia bermula seawal bermulanya kewujudan insan di dunia ini dan memanjang sehingga selepas kita pergi meninggalkan muka bumi ini.

Sesungguhnya dalam hal ini kita akan memperolehi keuntungan berlipat kali ganda daripada usia peribadi kita. Keuntungan yang hakiki, bukan khayalan atau andaian semata-mata. 

Maka tasawwur tentang kehidupan seperti ini mencetuskan dalam diri perasaan lebih menghargai hari-hari kita, jam-jam kita dan detik-detik hidup kita berkali-kali ganda.

Justeru, kehidupan tidak dihitung dengan bilangan tahun, tetapi dihitung dengan apa yang kita rasai dan alami.

No comments: