Rabu, 8 May jelajah pusiangan ke dua. Tempat yang dituju
ialah Air Terjun Niagara.
Air terjun Niagara (Niagara Falls) ialah satu
kelompok air terjun yang besar di Sungai Niagara
yang terbentang di sempadan antarabangsa yang memisahkan wilayah Ontario,
Kanada
dan negeri New York,
Amerika
Syarikat. Air terjun ini terletak 27 km di barat daya
Buffalo, New York, 120 km di selatan Toronto,
Ontario di antara bandar
berkembar Niagara Falls, Ontario dan
Niagara Falls, New York. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Air_Terjun_Niagara)
Dalam perjalanan, singgah di Toledo untuk solat jamak Zohor
dan Asar.
Perjalanan diteruskan. Tempat yang dituju telah hampir tiba,
tapi hari sudah menjelang senja. Singgah bermalam di rumah pelajar-pelajar
Malaysia di Rochester (RIT)
Keesokan hari baru bergerak ke Niagara Falls. Suatu pemandangan yang sungguh menakjubkan, sukar digambarkan dengan kata-kata. Hanya matahati yang mengenali Allah mampu menilai kehebatan dan keindahan ciptaanNya.
Setelah kepenatan, singgah menjamu selera di sebuah gerai yang menjual makanan halal.
Meneruskan perjalanan ke Boston, melawat kampus University
Harvard yang terkenal itu.
Universitas Harvard (bahasa
Inggris: Harvard University) adalah universitas
swasta di Cambridge, Massachusetts,
Amerika
Serikat dan anggota Ivy League. Universitas ini merupakan salah
satu universitas terbaik dunia.
Universitas ini didirikan pada 8 September
1636 dan merupakan perguruan
tinggi tertua di Amerika
Serikat. Awalnya bernama New College, dan dinamakan ulang
menjadi Harvard College pada 13 Maret
1639 untuk menghormati
penyumbang terbesarnya, John Harvard, seorang
mantan mahasiswa Universitas Cambridge. (http://id.wikipedia.org/wiki/Universitas_Harvard)
Melawat juga ISBCC (Islamic society of boston cultural
center), tempat Imam Suhaib Webb bertugas. Kami diberitahu bahawa ISBCC
merupakan satu-satunya masjid di USA yang dibenarkan mengkumandangkan azan menggunakan mikrofon tiap kali tiba waktu
solat.
Dari situ, bergerak ke New Jersey. Terlajak juga masuk ke
Kotaraya New York yang sesak lagi sibuk.
Pusing-pusing sekejap, terus keluar. Singgah di rumah pelajar kita yang menuntut di Stevens Institut of Technology, terletak di pinggir Sungai Hudson, menghadap ke kotaraya New York.
Hari Jumaat, berangkat pulang ke East Lansing. Isnin 13 May,
barang-barang akan dihantar ke Malaysia menerusi kapal laut. Dan hari Rabu 15
May, ‘Aakif mesti keluar dari rumah sewanya di Spartan Village MSU.
Bersambung, in shaa Allah....
No comments:
Post a Comment