(Sebelum ditambah dan disunting. Untuk simpanan arkibku)
Aku seorang insan
Tercipta daripada
satu jiwa
Aku makhluk mulia
Istimewa
Di hati ini iman
terpelihara
Di pundak ini
amanah bertakhta
Di kala kecil aku
bergelar puteri
Sesiapa yang
mengasihi dan mendidikku
Mengajarku adab
dan tanggungjawab
Baginya syurga
Limpahan rahmah
yang tiada tara
Hari beranjak
tahun berganti
Aku melangkah ke
gerbang remaja
Puteri kini
bergelar isteri
Suami qawwam aku
dilindungi
Bersama meniti
sakinah berbekal mawaddah
Redha dan rahmah
Ilahi sentiasa ditadah
Setelah dewasa aku
bergelar ummi
Dalamnya kasihku
tak daya diselami
Luasnya cintaku
tak mampu disukat
Aku bersyukur
Aku berbangga
Rahmah Tuhanku
yang tak terungkap nilainya
Di bawah kakiku
diletakkan syurgaNya
Aku wanita
Puteri, isteri dan
ummi
Rumah bagiku bukan
penjara
Istana bagiku
bukan dunia
Umat dan
masyarakat wajib diambil berat
Makruf disebar
mungkar di sekat
Bergandingan para
mukminin dan mukminat
Bagai termaktub di
dalam ayat
"Dan
orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong
bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang
daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat,
serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;
sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah:71)
Kami barisan
pimpinan wanita IKRAM
Sederap
melangkah menerobos segenap medan:
Tarbiah
dimantapkan, wasael dipelbagaikan
Bekalan
duat secara berterusan
Genarasi
rabbani pengibar panji-panji
Penerus
perjuangan menuju kemenangan
IKRAM
Junior titik permulaan
Wanita
muda harapan semua
Ilmu
turath digali kemahiran dijana
Mewarisi
perjuangan antunna tonggaknya
Teguh
jati diri berteraskan ilmu
Ibu
mithali isteri solehah
Mendidik
masyarakat teladan ummah
Surah
al-Hujurat menjadi panduan
Bertaaruf,
berkerjasama dengan semua lapisan
Menebar
jaringan mengukuhkan persaudaraan
Faham
Syariah celik undang-undang
Menegak
keadilan membela kebenaran
Wanita
terelak dari kekejaman dan penindasan
Menyampai
maklumat tepat dan cepat
Menyebar
fikrah jelas dan mantap
Mengupas
isu menyelesaikan masalah
Media
diperkasa wanita IKRAM menyerlah
Akhawat
yang kami kasihi
Teguhlah
berdiri di sisi kami
Andai
lurus jalan kami, followlah di
belakang kami
Andai
lembab langkah kami, tolaklah kami
Andai
tersasar jejak kami, luruskan kami
Kerana
kita menggenggam satu janji
IKRAM wadah perjuangan
Kerana
kita mendukung satu slogan
Ukhuwwah teras kegemilangan
No comments:
Post a Comment