1.
kisah nabi sulaiman disebut
dalam surah al-Naml:15-44, surah al-Anbiaa':79-82, surah Saba':12-14, surah
Sod:30-40
2.
kelebihan Sulaiman, dia seorang
raja dan nabi, diberi ilmu, hikmah, harta dan kuasa di samping itu anak kepada
raja dan nabi. Oleh kerana dia seorang daripada nabi-nabi Allah maka dia
ditaklifkn berdakwah, menyeru manusia kepada Allah, bukan seperti raja-raja
yang biasa. Jadi apa yang Allah kurniakan kepadanya merupakan mukjizat, bukan
sekadar memenuhi tuntutan sebagai penguasa atau raja yang biasa
3.
memiliki keperibadian unggul:
a.
pengabdiannya kepada Tuhannya
(sod:30)
b.
awwab (orang yang kembali
kepada Allah), banyak bertaubat,
istighfar dan zikir
c.
mengiktiraf nikmat ilmu
daripada Allah serta kurniaanNya
d.
tawadhu' walaupun memiliki segala
kekuasaan
e.
diberi ilmu, hikmah dan
kefahaman
4.
kehebatan pentadbiran Nabi
Sulaiman:
a.
husnut-tabdir – sulaiman
mewarisi daripada Daud khilafah imaniah, daulah qawiyyah, mamlakah mutakamilah.
Dia memeliharanya, menguatkannya, mempertahankannya, meluaskannya. Pembahagian
tugas (yuza'un), pemantauan (tafaqqada), tindakan yang tegas (hukuman ke atas
hudhud). Sebagai contoh, bala tentera yang ramai, terdiri dari pelbagai jenis
serta lapisan makhluk disusun dengan rapi, teratur, sistematik. Kecekapan,
keadilan dan kebijaksaan seorang ketua dalam kisah hudhud.
b.
ketinggian himmahnya dalam
thabat 'alal-mabda' (an -Naml:36 -37)
c.
ketinggian himmahnya dalam
mencari redha Tuhannya (an-Naml:19) baginda berdoa memohon tiga perkara:
ü taufiq supaya mensyukuri ni'mat
ü taufiq supaya beramal soleh
ü dimasukkan ke dalam syurga bersama hambaNya yang soleh
5.
pengajaran dari kisah semut:
a.
antara manifestasi ilmu Nabi
Sulaiman, mendengar seruan seekor semut di satu lembah mengingatkan kaumnya
agar tidak dipijak Raja Sulaiman dan bala tenteranya. Kebiasaannya manusia
biasapun tidak menghiraukan binatang melata yang sekecil semut, apalagi seorang
raja sehebat Sulaiman, menunjukkan bahawa pemimpin wajib mengambil berat
terhadap rakyatnya walau sekecil semut apa lagi manusia.
b.
peranan individu dalam
menyelamatkan umat. Gerakan islah bermula daripada seorang
c.
mengutamakan kepentingan jamaah
daripada kepentingan individu
d.
tumpukan pada usaha tidak
persoal natijah
e.
mengemukakan cadangan yang
praktikal, peringatan semut kepada kaumnya tentang bahaya yang mendatang, terus
kemukakan solution
f.
bersangka baik
g.
mendengar seruan semut, baginda
senyum lantas berdoa menunjukkan kemantapan peribadi baginda, tidak terpedaya
dengan ilmu dan kuasa yang diberi sebagaimana kebanyakan raja-raja di muka bumi
ini
h.
mengambil berat tentang haiwan
dihayati oleh Nabi Muhamaad s.a.w.
Daripada Abdul Rahman bin Abdullah daripada ayahnya r.a. dia berkata:
kami bersama Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan. Ketika Nabi s.a.w. pergi
menunaikan hajat, kami ternampak seekor humarah (sejenis burung kecil) bersama
dua ekor anaknya yang masih kecil. Kami mengambil dua anak kecilnya. Lalu
ibunya berkicau-kicau tak berhenti. Bila Nabi kembali, baginda bertanya, siapa
yang menyakitkan humarah ini? Pulangkan anaknya kepadanya!" Abu Daud
6.
Pengjaran dari kisah hudhud:
a.
Ketua mesti mutaba'ah junud dan
rakyatnya dari sesi disiplin dan ketaatan. Kisah menunjukkan hudhud pergi tanpa
minta izin. Ketua mesti tegas menegur dan menghukum siapa yang salah supaya
tiada yang cuba mengelat. Namun sebelum hukuman dijatuhkan wajib beri peluang
kepada yang dituduh mengemukakan alasan yang kukuh.
b.
Jawapan Hudhud memberi suatu
pengajaran yang sangat besar, dia mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh
tuannya. Biasanya mana-mana raja tidak akan mendengar kata-kata rakyat yang
mendakwa mengetahui apa yang tidak diketahuinya. Namun Sulaiman mendengar.
Justeru, seorang insan walau setinggi mana ilmu ada yang tidak diketahui. Maka
pemimpin jangan memandang remeh pandangan jundinya yang paling bawah sekalipun.
Mungkin dia mampu mengemukakan satu fikrah yang membawa kesan yang besar kepada
umat.
c.
Walaupun kelihatan hudhud
begitu bijak mengemukakan alasannya namun Nabi tidak lekas menerima atau
menolak bulat-bulat atau mempersendakan apa yang disampaikan oleh hudhud. Sebaliknya
baginda menunggu bukti.
7.
Pengajaran dari kisah Puteri Balqis
a.
Balqis menerima sepucuk surat.
Beliau tidak mengetahui siapa yang campak, bagaimana ia dicampakkan. Namun dia
tidak memandang enteng kepada surat itu. Tidak mengisytihar darurat,
keselamatan istana telah diceroboh, tidak menyalahkan pengawal atas kecuaian
mengawal keselamatan istana dan tidak cemas atau gelabah dengan kehadiran surat
yang tidak diketahui hujung pangkal itu, bahkan menyifatkannya sebagai surat
yang mulia (kitabun karim).
b.
Sifat kitabun karim, mungkin
difahaminya daripada isi kandungan atau cop mohornya. Kisah itu juga
menggambarkan meskipun dia tidak menyembah Allah, namun dakwah Sulaiman
kemungkinan telah merebak dan telah menembusi istananya, mungkin juga agama
Allah bukan suatu yang asing kerana warisan dakwah Nabi Ibrahim dan Ismail yang
tersebar di bumi Arab. Jelasnya beliau seorang yang tidak buta huruf dan
kemungkinan pada ketika itu terdapat satu bahasa perantara yang difahami oleh
semua bangsa.
c.
Kandungan surat simple, jelas
dan tegas "Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah
kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah).”
(An-Naml:31)
d.
Balqis tidak membuat keputusan
sendiri. Beliau bermesyuarat. Pegawai sentiasa tunjukkan kesediaan kalau perlu
perang atau lawan. Namun beliau meminta pandangan dari segi kandungan surat
yang menyeru kepada menganut agama baru yang lain daripada apa yang mereka
anuti sekarang. Ia bukan mudah. Kalau dia terima, mereka bagaimana? (berlaku
pada Hirqal raja Rom. Dia yakin Nabi Muhammad itu benar, namun padri-padri
menolak. Akhirnya dia akur kepada padri)
e.
Meskipun Balqis faham ajakan
Nabi Sulaiman, namun beliau ingin menguji terlebih dahulu dengan mengirim hadiah.
Harta biasanya dapat menutup mulut mereka yang jadikan dunia matlamatnya.
f.
Penolakan Nabi Sualaiman akan
hadiah yang berupa harta yang pada anggapannya merupakan satu rasuah supaya dia
berhenti dari berdakwah (Nabi Muhammad pernah ditawarkan harta)
g.
Hadiah mengandungi tiga misi,
kebenaran dakwaan hudhud tentang kerajaan Saba' serta pemerintahnya yang hebat,
penolakan raja Saba' terhadap dakwah pertama, menjawab persoalan Balqis sama
ada Sulaimana benar-benar Nabi atau raja biasa
h.
Meskipun Balqis menolak
dakwahnya dengan mengirim hadiah, namun Sualain yakin dia akan terima. Istana
Balqis yang terletak di Yaman, kira-kira 2000 km dari Palestin berjaya dibawa
dalam sekelip mata. Ia bukan dilakukan oleh nabi, sebaliknya suatu kuasa luar
biasa yang diberi kepada seseorang yang rapat dengan Allah. Sulaiman yang
dianugerahkan ilmu yang cukup hebat, tidak diberi ilmu dalam aspek itu (seperti
Musa dengan Khidhir). Dan penerimaan Sulaiman kejadian luar biasa itu jelas menunjukkan
sifat ubudiahnya.
i.
Mukjizat yang terbentang di
ruang mata membuatkan Balqis tiada pilihan kecuali tunduk menyerah diri kepada
yang Esa.
1 comment:
point2 yg sangat bermanfaat, terima kasih!
Post a Comment