Diceritakan bahawa seorang hamba perempuan baru berpindah
dari satu keluarga kepada keluarga yang lain. Kebetulan ketika itu waktu hampir
menjelang Ramadan. Dia mendapati ahli keluarga itu membuat persiapan yang hebat
dengan menyediakan bekalan makanan dan sebagainya.
Dia bertanya, “untuk apa semua ini?”
Mereka menjawab, “kami membuat persiapan untuk berpuasa di
bulan Ramadan.”
Dia berkata, “adakah kalian tidak berpuasa kecuali Ramadan? Sesungguhnya
aku dahulu tinggal dengan satu keluarga di mana sepanjang tahun bagi mereka
adalah Ramadan. Kembalikan aku kepada mereka!”
Mungkin inilah maksud ungkapan Dr Yusuf al-Qaradhawi, “Kunu
Rabbaniyyin, wala takunu ramadhaniyyin”
“Jadilah kamu insan rabbani, jangan jadi insan ramadhani!
(beribadah hanya dalam bulan ramadan sahaja)”
No comments:
Post a Comment