Nukilan : Maznah binti Daud
“Wahai umat manusia, sekiranya kamu
menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari
kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya
Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih,
kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang
disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara
yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan
Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang
Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami
mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai
ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang
dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan
umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu
yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat
bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah
tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah
ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.”
“Dia lah yang menciptakan kamu dari
tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku,
kemudian dari seketul daging; kemudian Ia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak;
kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian
kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua. Dan (dalam pada itu) ada di
antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang
demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan);
dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan).”
“Allah yang menciptakan kamu bermula
dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat.
Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa
yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.”
ADAKAH TUA ITU ALASAN?
Pada usia berapakah akhawat rasa sudah
tua?
Rasulullah s.a.w. memulakan dakwah ketika
berusa 40 tahun.
Berjalan kaki ke Taif sejauh 60 batu
ketika berusia 50 tahun
Berhijrah ke Madinah ketika berusia 53
tahun
Peperangan terakhir pada tahun ke 9
hijrah, ketika berusia 62 tahun.
HIKMATUS-SYUYUKH
Hikmah selalu dikaitkan dengan
usia, tetapi tidak semestinya. Ia anugerah Allah kepada sesiapa yang
dikehendakiNya. Semua nabi dan rasul diberi hikmah. Firman Allah Ta’ala
bermaksud: “Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan
hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan
tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang
yang menggunakan akal fikirannya.”
Sebahagian ulamak berpendapat, hikmah
terdiri dari tiga unsur: kecerdikan, pengetahuan yang luas, keinganan yang
kuat.
Contoh-contoh hikmah tokoh terdahulu:
i.
Pada
suatu hari, Umar bin Abdul Aziz dikunjungi puteranya seraya berkata: duhai
ayahku, kenapa ayah mengambil ringan tentang sesetengah perkara? Demi Allah
sekiranya saya berada di tempat ayah, saya tidak takut kepada sesiapapun dalam
menegakkan kebenaran!
Umar menjawab: jangan tergesa-gesa wahai
anakku. Sesungguhnya Allah mencela arak sebanyak dua kali dan Dia
mengharamkannya pada kali ke tiga. Aku bimbang sekiranya aku memaksakan manusia
mematuhi kebenaran kesemuanya sekali gus mereka akan menolak kesemuanya sekali
gus!
ii.
Imam
Syafi’ei diminta supaya menunjukkan satu dalil yang membuktikan kewujudan Allah
s.w.t. Beliau berfikir sejenak, kemudian berkata: “Daun mulberry. Rasanya satu
saja. Tetapi bila dimakan ulat sutera ia mengeluarkan sutera, dimakan lebah ia
mengeluarkan madu yang manis, dimakan rusa ia mengeluarkan kasturi yang harum
baunya. Maka siapakah yang menjadikan asalnya sama, namun hasilnya berbeza? Sesungguhnya
Dia-lah Allah Pencipta Yang Maha Agung.
iii.
Muhammad
al-Ghazali pernah ditanya tentang hukum orang yang tidak solat. Beliau
menjawab, hukumnya kamu pimpin tangannya ke masjid dan ajar dia solat.
iv.
Asma’
binti Abi Bakar r.a.
ADAKAH SESUATU YANG
LAYAK DIJADIKAN ALASAN?
i.
MENGIMPIKAN HUSNUL-KHATIMAH
حسن الخاتمة هو : أن يُوفق العبد قبل
موته للابتعاد عما يغضب الرب سبحانه ، والتوبة من الذنوب والمعاصي ، والإقبال على
الطاعات وأعمال الخير ، ثم يكون موته بعد ذلك على هذه الحال الحسنة ، ومما يدل على
هذا المعنى ما صح عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه
وسلم : ( إذا أراد الله بعبده خيراً استعمله ) قالوا : كيف يستعمله ؟ قال : (
يوفقه لعمل صالح قبل موته ) رواه الإمام أحمد (11625) والترمذي (2142) وصححه
الألباني في السلسلة الصحيحة 1334.
وقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِعَبْدٍ خَيْرًا
عَسَلَهُ قِيلَ وَمَا عَسَلُهُ قَالَ يَفْتَحُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ عَمَلًا
صَالِحًا قَبْلَ مَوْتِهِ ثُمَّ يَقْبِضُهُ عَلَيْهِ " رواه أحمد 17330 وصححه
الألباني في السلسلة الصحيحة 1114
Husnul-khatimah
ialah Allah memberi taufiq kepada seseorang hamba sebelum dia mati agar
menjauhi perkara yang dimurkaiNya, bertaubat dari segala dosa dan maksiat,
cergas melakukan ketaatan dan amal-amal kebaikan, kemudian dia mati dalam
keadaan demikian. Buktinya adalah sabda Nabi s.a.w. “Apabila Allah menghendaki
kebaikan kepada hambaNya Dia mempergunakannya.” Mereka bertanya, “Bagaimanakah
cara Dia mempergunakannya?” Baginda menjawab, “Dia mentaufiqkannya untuk
beramal soleh sebelum kematiannya.” Riwayat Ahmad dan Tirmizi
Pada
riwayat lain Baginda bersabda, “Apabila Allah menghendaki kebaikan untuk
hambaNya ‘asalahu.” Baginda ditanya, “Apa maksud ‘asalahu?” Jawab Baginda,
“Allah membuka untuknya amalan soleh sebelum kematiannya kemudian dicabut
nyawanya dalam keadaan itu.”
ii.
KEUZURAN TIDAK DITERIMA.
فقد أخرج البخاري في صحيحه حديث أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه
وسلم قال: أعذر الله إلى امرئ أخر
أجله حتى بلَّغه ستين سنة.
قال المناوي في فيض القدير في شرح ذلك الحديث: أعذر الله إلى امرئ أي سلب عذر ذلك الإنسان فلم يبق له عذر يعتذر
به كأن يقول: لو مد لي في الأجل لفعلت ما أمرت به، فالهمزة للسلب. أو بالغ في
العذر إليه عن تعذيبه حيث أخر أجله يعني أطاله حتى بلغ ستين سنة لأنها قريبة من
المعترك وهو سن الإنابة والرجوع وترقب المنية ومظنة انقضاء الأجل، فلا ينبغي له
حينئذ إلا الاستغفار ولزوم الطاعات والإقبال على الآخرة بكليته، ثم هذا مجاز من
القول فإن العذر لا يتوجه على الله وإنما يتوجه له على العبد، وحقيقة المعنى فيه
أن الله لم يترك له شيئا في الاعتذار يتمسك به، وهذا أصل الإعذار من الحاكم إلى
المحكوم عليه. وقيل لحكيم: أي شيء أشد؟ قال: دنو أجل وسوء عمل.
Maksud
hadis, menurut al-Munawi, Allah merampas keuzuran daripada seseorang yang
dilanjutkan usianya sehingga 60 tahun. Tiada lagi alasan yang boleh diberikan
seperti berkata, ya Allah sekiranya Engkau lanjutkan usiaku nescaya aku akan
melakukan itu dan ini.
60
tahun adalah masa untuk bertaubat, kembali kepada Allah, menunggu ajal datang
dalam keadaan beramal soleh.
iii.
SALAF SOLEH MENGHADAPI KEMATIAN:
a. Suatu hari ‘Amru bin al-‘Aas r.a.
melintasi kawasan perkuburan. Beliau berhenti dan solat dua rakaat. Beliau
ditanya, kenapa beliau lakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini?
Beliau menjawab bahawa dia teringat kepada ahli kubur dan apa yang menghalang
mereka daripada melakukan apa yang mereka ingin lakukan. Maka aku ingin
bertaqarrub kepada Allah dengan dua rakaat itu.
b. Al-Mu’afi bin Zakaria meriwayatkan
daripada beberapa orang yang tsiqah bahawa mereka berada di sisi Abu Jaafar
at-Tobari ketika beliau sedang nazak. Ada seseorang menyampaikan bahawa Jaafar
bin Muhammad berkata, “Apabila engkau sampai ke Baitil-Haram, letaklah tanganmu
di dinding rumah itu (Kaabah) kemudian hendaklah engkau berkata: “Wahai Tuhan
yang memulangkan apa yang hilang, yang mendengar segala suara, yang membalut
tulang dengan daging selepas ia mati. Selepas itu engkau berdoalah apa saja
yang engkau hajatkan.” Lalu Abu Jaafar meminta kertas dan pena lantas
menulisnya. Mereka yang berada di sisinya bertanya, “Adakah dalam keadaan ini?”
Beliau menjawab: “Tidak patut bagi seseorang insan membiarkan peluang mengutip
ilmu sampai ke mati!” Selepas satu jam atau kurang, Abu Jaafar menghembuskan
nafasnya yang terakhir.
c. Daripada Farqad seorang Imam di masjid
Basrah. Beliau menceritakan bahawa beliau beberapa orang teman menziarahi
Sufyan ats-Tsauri yang sedang sakit tenat. Salah seorang daripada mereka
membacakan sepotong hadis. Sufyan tertarik dengan hadis tersebut. Beliau
meraba-raba di bawah tilam, lantas mengeluarkan papan tulis dan menulisnya.
Mereka bertanya, “Dalam keadaan engkau seperti ini?” Dia menjawab, “Hadis itu
elok. Kalau aku masih hidup, aku pernah mendengar sesuatu yang elok. Kalau aku
mati, aku telah menulis sesuatu yang elok.”
d. Qadhi Ibrahim bin al-Jarrah menceritakan
tentang gurunya Imam Abu Yusuf al-Qadhi. Belaiu berkata, aku menziarahi ketika
beliau sakit tenat. Ketika aku tiba dia tidak sedarkan diri. Beberapa ketika
kemudian dia sedar. Apabila dia terpandang aku berada di sisinya dia berkata
kepadaku, “Wahai Ibrahim, apa pendapatmu tentang satu masalah?” Aku bertanya,
“Dalam keadaan seperti ini?” Dia menjawab, “Tidak mengapa. Kita mengkajinya
mudah-mudahan dapat menyelamatkan seseorang.” Kemudian dia bertanya, “Wahai
Ibrahim, yang mana lebih afdhal, melontar (dalam ibadah haji)dalam keadaan
berjalan kaki atau menunggang kenderaan?” Aku menjawab, “Berkenderaan”. Dia
berkata, “Salah”. “Berjalan kaki”. “Salah”. “Apa pendapat tuan guru?
Katakanlah. Semoga Allah meredhaimu!” Dia berkata, “Sekiranya seseorang itu
mahu berhenti untuk berdoa di sisi jamrah, afdhal baginya berjalan kaki. Jika
tidak, afdhal baginya berkenderaan.” Kemudian aku bangun untuk pulang. Apabila
aku ingin melangkah keluar dari pintu rumahnya aku mendengar suara tangisan.
Dia telah pergi...
e. Seorang faqih Abu Hasan Ali bin Isa
menceritakan bahawa dia menziarahi Abu Raihan al-Biruni ketika dia sedang
tenat. Nafasnya tercungap-cungap hampir keluar dari badannya. Dalam keadaan itu
dia berkata kepadaku: “Apakah yang kamu katakan kepadaku pada hari itu tentang
hak pusaka nenek sebelah ibu?” Abu Hasan berkata kerana kasihan melihat
keadaannya: “Adakah pada keadaan seperti ini?” Abu Raihan menjawab: “Wahai
kawan, aku meninggalkan dunia ini dalam keadaan aku mengetahui tentang masalah
ini, bukankah lebih baik bagiku daripada aku meninggalkannya dalam keadaan aku
jahil tentangnya?” Dia ingin belajar tentang sesuatu perkara sebelum dia mati,
semata-mata kerana ilmu kerana dia mengetahui kelebihan dan keistimewaan orang
yang berilmu. Kemudian aku beredar dari sisinya. Dalam perjalanan aku mendengar
tangisan. Dia telah pergi selepas beberapa detik mempelajari satu ilmu.
PENUTUP
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana)
yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman
kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah
berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui
akan tiap-tiap sesuatu.
Wahai orang-orang yang beriman!
Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi
musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka.
Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan
kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya harta benda kamu dan
anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang
besar.
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah
sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah
(akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah)
kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta
memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah
orang-orang yang berjaya.
Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada
Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan
balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat
memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha
Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya
bertaubat).
Dia lah yang mengetahui segala yang
ghaib dan yang nyata, (dan Dia lah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
No comments:
Post a Comment