TAKBIR MUQAYYAD
Takbir muqayyad bermaksud takbir yang dilakukan selepas
solat, sama ada solat fardhu atau sunat, tunai atau qada’ termasuk solat
jenazah.
Takbir muqayyad disunatkan pada hari raya haji sahaja
bermula daripada subuh hari Arafah bagi mereka yang tidak menunaikan haji dan
berakhir pada asar hari tasyriq, iaitu hari ke 13 Zul Hijjah.
TAKBIR MURSAL ATAU MUTLAQ
Takbir mursal atau mutlaq ialah takbir yang disunatkan di
semua tempat: di dalam masjid, di rumah-rumah, di jalan-jalan, di pekan-pekan,
ketika berjalan kaki atau berkenderaan, sambil duduk, berdiri atau berbaring.
Ia disunatkan bermula daripada tenggelam matahari pada malam
raya dan berakhir apabila imam telah mengangkat takbiratul-ihram solat sunat
hari raya.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bertakbir pada hari
raya fitrah ketika baginda keluar dari rumah sehingga baginda sampai di tempat
solat sunat hari raya.
(Dipetik daripada kitab Bughyah al-Tullab, Syeikh Daud al-Fatoni,
232/1)
No comments:
Post a Comment