“Sehingga apabila sampai
ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia:
"Wahai Tuhanku,
kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -
"Supaya aku
mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku
tinggalkan".
Tidak!
Masakan dapat?
Sesungguhnya perkataannya
itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan
mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka
dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Kemudian, apabila ditiup
sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di
antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.
Maka sesiapa yang berat
timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Dan sesiapa yang ringan
timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya
sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam -
Api neraka itu membakar
muka mereka, dan tinggalah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat.”
PERHATIKAN
AYAT INI : “Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka
itulah orang-orang yang berjaya.”
Untuk berjaya, amal
kebaikan mesti lebih berat daripada kejahatan.
Apakah amalan yang
memberatkan timbangan amal baik kita? Di ataranya:
1.
Tahlil (la ilaha illa Allah)
Daripada
Abdullah bin Amru bin al-Aas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya
Allah akan memilih salah seorang daripada umatku di hadapan khalayak ramai pada
hari qiamat nanti, lalu dibentangkan 99 lembaran catatan amalnya. Setiap satu
lembar sejauh mata memandang. Kemudian Allah berfirman: “Adakah engkau
menafikan apa yang tercatat ini? Adakah malaikat pencatat telah menzalimimu?”
Hamba
itu menjawab: “Tidak ya Tuhanku!”
Allah
berfirman: “Adakah engkau mempunyai alasan (untuk membebaskan dirimu daripada
balasan jahat)?”
Hamba
itu menjawab: “Tidak ada ya Tuhanku!”
Allah
berfirman: “Sesungguhnya di sisi Kami terdapat satu kebaikanmu. Sesungguhnya pada
hari ini tidak ada kezaliman ke atasmu!”
Lalu
dikeluarkan sekeping kad yang tertulis di atasnya dua kalimah syahadah.
Allah
pun berfirman: “Bawakan timbangan untuk ditimbang amalanmu!”
Hamba
itu berkata: “Apakah erti sekeping kad ini berbanding dengan lembaran yang
banyak itu?”
Allah
menjawab: “Sesungguhnya engkau tidak dizalimi!”
Lalu
diletakkan semua lembaran catatan di sebelah neraca dan kad kalimah syahadah di
sebelah lagi. Maka terangkatlah neraca sebelah lembaran dan neraca sebelah kad
jatuh memberat. Sesungguhnya tiada suatupun yang lebih berat daripada Nama
Allah.”
Riwayat
Ahmad (6699) dan At-Tirmizi (2639)
2.
Tasbih dan tahmid
Daripada
Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Dua kalimah, ringan di
lidah, berat di dalam mizan (timbangan), disukai oleh ar-Rahman: “subhanallahil-‘adzim,
subhanallahi wabihamdih”. Riwayat al-Bukhari (6406) dan Muslim (2694)
3.
Sentiasa mengamalkan zikir selepas solat fardhu
Daripada
Abdullah bin Amru r.a. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Dua perkara, tidak ada
seorang hamba yang muslim sentiasa memeliharanya melainkan dia akan masuk
syurga. Dua perkara itu mudah tetapi orang yang beramal dengan keduanya sedikit
(tidak ramai). Iaitu:
i.
Bertasbih (menyebut subhanallah) setiap kali lepas
solat fardhu10 kali, bertahmid (menyebut Alhamdulillah) 10 kali dan bertakbir (menyebut
Allahu Akbar) 10 kali. Maka ia dikira 150 di lisan dan 1500 di dalam mizan
(timbangan)
ii.
Bertakbir (menyebut Allahu Akbar) 34 kali ketika
mendatangi tempat perbaringan (sebelum tidur di waktu malam), bertahmid (menyebut
Alhamdulillah) 33 kali dan bertasbih (menyebut subhanallah) 33 kali, maka semua
itu dikira 100 kali di lidah dan 1000 kali di dalam mizan (timbangan)”
Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Bagaimana dua
perkara yang mudah tetapi orang yang beramal dengannya sedikit?”
Baginda menjawab: “Apabila selesai solat, syaitan datang
kepada salah seorang kamu menyebut atau mengingatkan tentang hajatnya atau
urusannya, lantas dia bangun tanpa berzikir. Dan di waktu hendak tidur, syaitan
datang kepadanya, lalu menidurkannya sebelum dia berzikir.”
Riwayat Ahmad (6616), Abu Daud (5065), at-Tirmizi
(3410), an-Nasae (1331), Ibn Majah (926)
4.
Akhlak mulia
Daripada
Abu Dardaa’ r.a. Nabi s.a.w bersabda maksudnya: “Tidak ada sesuatupun yang
lebih berat timbangannya di dalam mizan daripada akhlak yang baik (yang mulia).”
Riwayat Abu Daud (4799)
5.
Sabar ketika kematian anak
Daripada
Zaid, daripada Abi Sallam, daripada Maula Rasulullah s.a.w. bahawa baginda
s.a.w. bersabda maksudnya: “Bakh, bakh! lima perkara, alangkah beratnya mereka
ini di dalam mizan:
La
ilaha illah Allah, Allahu Akbar, Subhallah dan Alhamdulillah, dan seorang anak
yang soleh yang diwafatkan lalu ibu bapanya bersabar dengan mengharap ganjaran
daripada Allah. Bakh,bakh! Sesungguhnya lima perkara itu, sesiapa yang bertemu
Allah dengan yakin kepadanya, dia akan masuk syurga di samping dia beriman
kepada Allah dan hari akhirat, dengan syurga dan neraka, dengan kebangkitan
selepas mati dan dengan hisab.” Riwayat Ahmad (15107)
6.
Mengiringi jenazah
Daripada
Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang hadir
(menzirahi) jenazah sehingga selesai solat ke atasnya, baginya satu qirat. Dan sesiapa
yang hadir sehingga selesai pengkebumiannya, maka baginya dua qirat.” Baginda
ditanya: “Apakah maksud dua qirat?” Baginda menjawab: “Seperti dua bukit yang
besar!” Riwayat al-Bukhari (1325) dan Muslim (945)
Adakah
anda mahu termasuk di dalam golongan orang yang berjaya?
Amalkanlah
enam perkara di atas.
No comments:
Post a Comment