Abu Hurairah
r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. berkunjung ke sebuah gereja yahudi
di Madinah. Baginda berkata kepada mereka bahawa baginda ingin bertemu dengan
seseorang yang paling alim dalam kalangan mereka. Lalu datanglah kepada baginda
lelaki bernama Abdullah bin Dhauriya.
Rasulullah s.a.w.
berbicara dengannya tanpa didengari kaumnya. Baginda menyebut kepadanya tentang
agamanya, tentang pelbagai ni’mat yang Allah telah anugerahkan kepada bangsa
mereka seperti menurunkan manna dan salwa, memayungi mereka dengan awan dan
lain-lain.
Kemudian baginda
bertanya kepada Abdullah: “Adakah kamu semua tahu bahawa aku adalah Pesuruh
Allah?”
Abdullah menjawab:
“Sesungguhnya ya. Dan sesungguhnya kaumku mengetahui sama seperti apa yang aku
ketahui. Dan sesungguhnya sifat-sifatmu, ciri-ciri yang ada padamu diterangkan
dengan jelas di dalam kitab Taurat. Tetapi mereka dengki kepadamu.”
Rasulullah
s.a.w. bertanya: “Maka apakah pula yang menghalangmu dari beriman?”
Abdullah menjawab:
“Aku tidak suka berselisih dan berbeza dengan kaumku. Aku harap suatu hari
mereka akan mengikutimu dan memeluk Islam, maka akupun akan memeluk Islam.”
-
TALBIS IBLIS, Ibn Jauzi.
Betapa malangnya
mereka yang mengetahui kebenaran tetapi tidak mahu mengikutinya semata-mata
kerana hasad atau dengan alasan mahu menjaga hubungan dengan kaum atau bangsa
sendiri. Akhirnya siapa yang rugi? Diri sendiri….
Kisah ini
juga menunjukkan kegigihan Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan risalah. Baginda
tidak memilih tempat, tidak memilih manusia berdasarkan bangsa dan puak. Sesungguhnya
Islam yang dibawanya wajib disampaikan kepada semua insan di mana jua mereka
berada.
Peringatan buat
diriku dan kita semua.
No comments:
Post a Comment