Tercipta satu
sejarah
Dua musuh
yang sekian lama berbalah
Kini bercantum
di atas satu wadah
Sebelumnya dinafikan
dengan pelbagai helah
Pemerhati
yang meramal dikatanya memfitnah
Kini portrait
dengan jelas bermadah
Pasti tersirat
di lipatannya beribu hujjah
Usah ditanya
al-Quran, hadis atau sirah
Semuanya telah
dikaji dan ditelaah
Oleh ulamak
dan pemikir yang tidak terkalah
Pengikut dan
pewala’ tak usah gundah
Keputusan pemimpin
pantang disanggah
Dengar dan
taat itulah falsafah
Yang diterap
sebagai bahan tarbiah
Di dalam
usrah, tamrin dan daurah
Maka tiada
tersembunyi walau seberat zarrah
Kebenaran dan
kebatilan di sisi Allah
Namun perjalanan
belum dinuktah
Kerana berbolak-balik
itu satu fitrah
Hari ini
sepakat esok berpecah
Sebagaimana
berlaku yang sudah-sudah
No comments:
Post a Comment