Sunday, April 28, 2019

TADABBUR - AJAL



“Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. BAGI TIAP-TIAP UMAT ADA TEMPOH YANG DITETAPKAN; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya".

Ayat di atas dengan jelas menyatakan bahawa bagi tiap-tiap umat itu ada ajalnya, ada tempoh yang ditetapkan untuknya. Sama juga dengan setiap orang daripada kita. Ada ajal yang telah ditetapkan sejak awal kejadian kita. Sama ada kita suka atau tidak suka, kita mengharap atau tidak mengharap akan ketibaannya, ia pasti tiba pada saat yang telah ditetapkan tanpa cepat atau lewat walau satu detik sekalipun.

Ajal juga tidak ada kena mengena dengan baik atau jahatnya seseorang atau sesuatu umat. Orang yang baik ada ajalnya. Orang yang jahat juga ada ajalnya. Umat yang baik ada ajalnya. Umat yang jahat juga ada ajalnya.

Justeru, jatuh dan bangun sesebuah pemerintahan, kalah dan menang sesuatu kerajaan tidak terlepas daripada ketepan Maha Pencipta Yang Esa. Yang gagah berkuasa akan jatuh bila ajalnya tiba tanpa sesiapapun dapat menghalangnya.

Apa yang dapat kita lakukan ialah berusaha sedaya mampu untuk sentiasa berada di atas landasan benar setiap masa dan ketika.
“maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu)….”

No comments: