Mesej indah yang perlu dibaca ✌️
Abdul Hadi Raji Al-Majali
Kepada anakku,
anakku sayang:
Aku tahu bahawa setiap malam, aku datang ke bilikmu supaya engkau boleh memberitahuku berita terkini tentang Gaza yang aku terlepas... Dan aku tahu bahawa aku sangat meletihkanmu, dengan perbualan tentang sejarah Gaza, isu perang dan bom. Aku tahu!
Engkau tahu kenapa? Kerana aku mahu engkau menjadi seperti mereka dan bukan seperti aku! ... Aku hanya produk birokrat, pena yang terbuang, dan identiti yang hilang. Maka jangan sekali-kali jadi seperti aku.
Ketahuilah wahai anakku, bahawa perkara ini tidak boleh diukur dengan masa sekarang. Apa yang berlaku di Gaza akan mempunyai pengiraan masa depan yang serius. Ia adalah satu-satunya sekeping tanah di bumi ini yang tidak berlutut, sujud kepada pihak lain. Jerman berlutut dan menyerah dalam Perang Dunia II. Jepun, dengan kehebatan perindustrian dan ketenteraan selepas bom nuklear kedua, melutut dan menandatangani perjanjian penyerahan. Itali fasis pun turut melutut.
Adakah engkau menyaksikan Gaza menandatangani penyerahan itu? Ini adalah pelajaran pertama yang aku ingin engkau ketahui, iaitu apabila penduduk di sana mengakhiri kenyataan mereka dengan kalimat: (Dan ia adalah jihad kemenangan atau syahid), mereka membumikan apa yang mereka ucapkan di atas dunia yang nyata. Gaza adalah satu-satunya empayar di dunia ini yang rumahnya musnah, penduduknya diusir, namun ia tidak menandatangani sebarang penyerahan. Belajarlah wahai anakku daripada mereka untuk tidak menandatangani penyerahan di masa depan. Menandatangani penyerahan tidak sekadar pen atau kertas atau menerima syarat musuh. Menandatangani bermaksud keruntuhan nilai, hilang keyakinan, dan lenyapnya identiti.
Perkara lain yang harus engkau pelajari daripada pelajaran ini ialah kebiasaannya peperangan meletus antara beberapa negara. Dan kadangkala antara negara-negara yang berdiri di atas satu paksi dengan negara lain yang membentuk pakatan yang bertentangan. Tetapi peperangan ini adalah yang pertama dalam sejarah umat manusia, di mana kuasa besar menentang sebuah bandar. Adakah engkau tahu bahawa Gaza lebih kecil daripada Paris?!!! Tahukah engkau wahai anakku bahawa kawasannya juga lebih kecil daripada Tokyo?!!! Jauh lebih kecil daripada Kaherah?!!! Bayangkan seluruh dunia sedang berperang dengan sebuah bandar. Apa yang peliknya ialah bandar ini... yang secara kiasan mereka panggil (Jalur)... setakat ini telah mempersembahkan hampir (33) ribu syahid, namun masih melawan!... Pastinya selepas lima puluh tahun anakku, kamu akan tua... dan aku akan berada di bawah tanah Karak (sebuah kawasan di Jordan). Namun engkau akan membaca pelajaran dalam sejarah yang mencatakan bahawa sebuah bandar menewaskan beberapa negara. Dan orang Arab di Palestin adalah orang yang mengubah perjalanan perang dalam sejarah. Engkau juga akan membaca bahawa sebuah bandar pada peta yang kelihatan sebesar bulu mata atau lebih kecil dapat menghasilkan beberapa pelajaran dalam bidang ilmu kemasyarakatan atau sosiologi, pelajaran yang meleburkan semua teori Freud dalam psikologi, dan menghasilkan "teori Ghazian" dalam perang, mengatasi teori relativiti Einstein...dan yang paling penting, ia memindahkan perang dari atas bumi ke bawah. Dan engkau akan belajar anakku, untuk mendengar kembali kata-kata Tariq bin Ziyad ketika beliau berkata: “laut di belakangmu dan musuh di hadapanmu” Engkau akan mendapati bahawa Gaza telah dikelilingi oleh musuh dari semua penjuru, sehingga laut wahai anakku. Laut berperang dengan penghuninya dan berperang dengan pantainya. Laut enggan menghukurkan ikan dan garamnya. Sesungguhnya musuh merekrut laut supaya melawat bandar itu (Gaza). Dunia apakah ini?
Kamu juga mesti tahu anakku, suatu perkara yang sangat penting, iaitu: Apabila mereka memberitahu kamu bahawa Hamas yang memerangi. Jangan percaya kepada mereka. Apabila mereka memberitahu kamu bahawa puak-puak mujahidin yang memerangi. Jangan percaya kepada mereka. Dan apabila mereka berkata bahawa mereka menghadkan pertempuran kepada puak bersenjata tertentu, jangan percaya kepada mereka kerana yang diperangi adalah Palestin, dan peluru yang dilepaskan tidak membezakan antara mana-mana kumpulan, malah tidak membezakan antara askar dan orang awam.. Israel sedang memerangi Palestin tanpa mengira ideologi dan asal usulnya, dan perang ini adalah peperangan identiti yang paling penting dalam sejarah..
Apabila engkau membaca (Amin Maalouf) "Identiti Maut" engkau akan tahu apa yang aku maksudkan.. Orang Palestin mempunyai geografi, warisan, budaya, agama, dan tanah.
Orang Palestin adalah satu-satunya di dunia ini yang sempurna identitinya. Manakala musuhnya berpecah-pecah dari segi Bahasa ibunda dan asal usul mereka.
Musuh, wahai anakku, kalau benar mereka percaya bahawa Israel sebagai identiti asal mereka yang berakar umbi sejak asal, tentu mereka tidak akan membawa pasport kewarganegaraan yang lain. Jika mereka benar percaya bahawa negera dan tanah itu milik mereka, mereka tidak akan melakukan jenayah. Sekurang-kurangnya identiti sesuatu bangsa asasnya adalah akhlak.
Istilah akhlak hanyalah bahan lucu yang mereka gembar-gemburkan bahawa mereka adalah bangsa terpilih, umat terbaik. Sedangkan bangsa lain tidak berguna, sampah yang membebankan. Itulah ciri-ciri kumpulan pelampau yang datang sebagai penjajah.
Selepas (lima puluh) tahun, kamu akan mendapati, wahai anakku, bahawa perjalanan sejarah telah berubah, sebuah bandar mengalahkan negara-negara besar. Engkau akan dapati bahawa semua ilmu yang berkaitan dengan kemanusiaan akan berubah haluannya. Engkau akan membaca semula biografi dan tingkah laku penduduk Gaza. Engkau juga akan dapati, anakku, bahawa perkara yang paling penting yang telah dicacat oleh sejarah kepada kita adalah satu ayat sahaja, iaitu satu ayat yang menyimpulkan keseluruhan cerita dari awal hingga akhir: (Sesungguhnya ini adalah jihad kemenangan atau syahid).
No comments:
Post a Comment