Jadikan orang yang memandang anda bercita-cita untuk jadi seperti anda.
Siapa di antara kita yang tidak mahu menjadi seorang pendakwah yang berjaya? Tetapi bagaimana caranya?
Seringkali peringatan yang disampaikan, ayat-ayat yang dibacakan, hadis-hadis yang dikupas tidak mendatangkan sebarang kesan di hati manusia.
Jadi bagaimana kita mahu menjadi pendakwah dan bagaimana mahu menjadikan dakwah kita berkesan?
Jawapannya:
Anda kena jadi seperti yang anda seru!
Jadikan orang yang memandang anda bercita-cita untuk jadi seperti anda.
Jangan berbicara dengannya tentang iman. Tetapi biarkan dia merasainya dari pancaran cahaya yang terbias diwajahmu.
Jangan berbicara dengannya tentang akidah. Tetapi biarkan dia menganutnya dengan sebab keutuhan peganganmu.
Jangan berbicara dengannya tentang ibadah. Tetapi biarkan dia melihatnya dengan mata kepalanya sendiri (melihat bagaimana anda beribadah)
Jangan berbicara dengannya tentang akhlak. Tetapi biarlah dia menyukai akhlak melalui penghayatanmu.
Jangan berbicara dengannya tentang iltizam. Tetapi biarlah dia mengecapi kemanisannya dengan menyaksikan iltizamnya anda dengan ajaran Islam.
Jangan berbicara dengannya tentang lagu-lagu yang haram. Tetapi biarlah dia melihat hidupmu yang tanpa lagu lebih manis, indah dan bahagia.
Nukilan:
الشيخ الفاضل : عائض القرني
And whatever good you do, (be sure) Allâh knows it. And take a provision (with you) for the journey, but the best provision is At-Taqwa (piety, righteousness). So fear Me, O men of understanding! (Al-Baqarah 2:197)
Monday, June 29, 2009
Tuesday, June 23, 2009
Doa Sambut Ramadhan
Ramadhan sudah di ambang pintu
Mengetuk hati-hati yang kematu
Menatang rahmat menjunjung restu
Mengajak kita melutut ke hadhrat Allah yang satu
Justeru tiada persiapan yang lebih baik selain doa agar dimudahkan kita menghayati Ramadhan; siang dan malam
Andai usia dipanjangkan
Dapatlah berpuasa, bertarawih, bersedekah, tilawah al-Quran dan apa jua kebaikan
Moga-moga
Dosa terampun
Doa terqabul
Rahmat tersusul
اللَّهُمَّ بَلِّغْنا رَمَضَانَ وَأَعِنَّا عَلَى صِيَامِهِ وَقِيَامِهِ
عَلَى الوَجْهِ الّذِي يُرْضِيكَ عَنَّا
Ya Allah
Sampaikan kami ke gerbang Ramadhan
Bantulah kami untuk berpuasa dan berqiam
Sepertimana yang Engkau redhai dan Engkau kehendaki kami melaksanakannya

Thursday, June 18, 2009
SENYUM ITU SEDEKAH
Smile -- And The World Can Hear You, Even If You Hide
Sekumpulan ahli sains dari School of Health Sciences and Social Work at the University of Portsmouth, telah menjalankan satu penyelidikan mengenai kesan senyum ke atas individu. Mereka mendapati bahawa senyuman membawa maklumat yang mampu meninggalkan kesan yang mendalam di dalam diri seseorang.
Kajian juga mendapati bahawa setiap individu mempunyai senyumannya yang tersendiri yang tidak sama dengan sesiapapun. Dan setiap senyuman itu mendatangkan kesan yang berbeza. Gambar yang diambil ketika seseorang tersenyum, kemudian ditayangkan di skrin dengan gerak perlahan mendapati beberapa pergerakan tertentu telah berlaku di wajah ketika senyum. Seseorang individu tertentu juga memiliki beberapa jenis senyuman mengikut keadaan yang dialami dirinya dan mengikut percakapan serta orang-orang yang berada di hadapannya.
Antara dapatan yang penting dalam kajian ini ialah saintis berbicara mengenai sumbangan yang boleh diberikan kepada seseorang melalui senyuman. Sesungguhnya pemberian senyuman melebehi pemberian yang berupa benda kerana beberapa sebab:
1. Melalui senyuman anda dapat menggembirakan hati orang lain. Ini merupakan satu bentuk pemberian, malah boleh dikatakan pemberian yang paling berharga. Beberapa kajian yang pernah dilakukan menunjukkan keperluan manusia kepada kegembiraan kadang-kadang lebih daripada keperluan mereka kepada makanan dan minuman. Dan kegembiraan dapat merawat banyak penyakit, terutama penyakit kelukesah atau gangguan emosi.
2. Melalui senyuman anda dapat menyampaikan maklumat kepada orang lain dengan mudah kerana perkataan-perkataan yang disulam dengan senyuman memberi kesan yang lebih besar ke atas otak. Perkataan yang sama jika diungkapkan tanpa senyuman kesannya akan berbeza.
3. Dengan sedikit senyuman sahaja anda mampu mengelakkan suasana tegang yang menyelubungi keadaan tertentu. Ini tentunya tidak boleh dilakukan dengan harta. Lantaran itu senyuman lebih penting daripada harta. Justeru sedekah paling mudah adalah senyuman.
4. Senyuman dan kesembuhan: ramai di kalangan pengamal perubatan mengenal pasti peranan senyuman dalam menyembuhkan penyakit. Lantaran itu para pengkaji berkata: senyuman doktor merupakan sebahagian daripada rawatan. Oleh sebab itu apabila anda melemparkan sekuntum senyuman kepada kawan, isteri atau jiran, sebenarnya anda telah menghadiahkannya rawatan percuma tanpa anda sedari. Dan ini merupakan satu pemberian.
Jelaslah bahawa senyuman merupakan satu bentuk pemberian, sedekah dan kemurahan hati. Maka benarlah sabda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Senyumanmu di hadapan saudaramu adalah satu sedekah”.
Sumber:
1. www.sciencedaily.com
2. www.kaheel7.com
Wednesday, June 17, 2009
Kaffarah Yamin
Definisi:
Perkataan kaffarah diambil daripada kata kerja kaffara yang bermaksud: menutup.
Kaffarah Yamin bererti penutup dosa yang ditanggung oleh orang yang bersumpah kerana tidak menepati atau memungkiri sumpahnya.
Hukum:
Kaffarah Yamin adalah wajib ke atas orang yang memungkiri sumpahnya. Firman Allah SWT bermaksud:
“Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan, akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat. Maka dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat, maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda sumpahmu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu bersyukur”. (Al-Maidah : 89)
Ayat ini menerangkan bahawa orang yang tidak menepati sumpahnya wajib membayar satu daripada tiga pilihan; memberi makan kepada 10 orang miskin, atau memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau memerdekakan seorang hamba. Jika tidak mampu melakukan satu daripada tiga pilihan di atas, maka dia hendaklah berpuasa sebanyak tiga hari.
Pilihan 1: Memberi Makan
Meskipun Allah memberikan tiga pilihan, ulamak berpendapat afdhal memberi makan sebab Allah menyebutnya terlebih dahulu.
Kadar makanan yang wajib diberikan ialah satu cupak gandum untuk setiap seorang. Imam Malik meriwayatkan bahawa Ibn Umar RA membayar kaffarah sumpahnya sebanyak itu.
Harus juga memberi makan kepada setiap orang miskin dua hidangan, iaitu makan tengahari dan makan malam.
Al-Hanafiyyah dan al-Awza'iy berpendapat harus membayar dengan nilai makanan kerana ia mencapai maksud, iaitu memenuhi keperluan orang miskin. Kadang-kadang mereka lebih memerlukan nilai (wang) berbanding dengan makanan.
Menurut jumhur fuqahak, antaranya Imam Malik, Syafi'iy, Ahmad dan Ibn Munzir serta dari kalangan Sahabat: Umar bin al-khattab, Ibn Abbas dan lain-lain Kaffarah tidak memadai dengan nilai atau kadar.
Pilihan 2 : Memberi Pakaian
Terdapat dua pendapat fuqahak tentang maksud pakaian.
Pendapat Pertama: Pendapat Malik, Abu Hanifah dan Ahmad, pakaian adalah apa saja yang boleh menutup aurat, iaitu yang membolehkan seseorang menunaikan solat dengannya. Untuk lelaki baju qamis, dan untuk wanita baju qamis dan tudung. Maka tidak memadai kalau sekadar kasut, selipar atau songkok kerana memakainya tidak dinamakan berpakaian dan tidak boleh dibuat solat dengannya.
Pendapat Kedua: Pendapat yang masyhur di dalam Mazhab al-Syafi'iy, pakaian adalah apa saja yang biasa dipakai seperti qamis, serban, kain sarung, selendang, jubah dan sebagainya.
Pilihan 3 : Memerdekakan Hamba
Setengah fuqahak seperti al-Syafi'iy, Malik dan yang zahir daripada Mazhab Ahmad, mensyaratkan hamba yang beriman, bebas dari sebarang kecacatan yang menjejaskan pekerjaan. Maka tidak sah dan tidak memadai hamba yang kafir, kudung, buta, gila, pekak, bisu, tempang, berpenyakit kusta atau tua.
Manakala pihak lain seperti Ato’, Abu Thur dan Hanafiyyah tidak meletakkan syarat iman. Maka sah memerdekakan hamba yang zimmiy.
Puasa
Fuqahak berbeza pendapat mengenai puasa; apakah disyaratkan berturut-turut atau tidak.
Pendapat Pertama : Pendapat Hanafiyyah, yang sahih daripada Mazhab Ahmad, satu qaul dalam Mazhab al-Syafi'iy dan lain-lain, wajib berturut-berturut. Tidak sah jika dicerai-ceraikan.
Pendapat Kedua : Pendapat Imam Malik, yang muktamad dalam Mazhab al-Syafi'iy dan satu qaul dalam Mazhab Ahmad, berturut-turut adalah afdhal. Namun berselang seli juga diterima.
Meninggal Dunia Sebelum Membayar Kaffarah
Menurut Imam al-Nawawiy, jika seseorang meninggal dunia sebelum selesai kaffarahnya wajib disempurnakan dengan menggunakan harta peninggalannya sama ada dia wasiat atau tidak, sama seperti hutang-hutangnya yang lain.
Penerima Kaffarah
Kaffarah tidak harus diberi kepada sesiapa sahaja. Terdapat syarat-syarat tertentu yang digariskan oleh fuqahak. Sesetengah syarat disepakati dan setengahnya tidak disepakati.
Syarat Pertama: Miskin dan Faqir. Ini telah dinyatakan di dalam ayat. Maka tidak sah membayar kaffarah kepada orang kaya. Menurut Hanafiyyah, sah membayar kaffarah kepada semua asnaf yang berhak menerima zakat seperti yang tersebut di dalam ayat 60 suarah al-Taubah bermaksud:
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang sedemikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
Syarat Kedua: Islam. Imam Malik, al- Syafi'iy dan lain-lain berpendapat kaffarah tidak harus diberikan kepada bukan Islam kerana kaffarah adalah satu qurbah, sedangkan orang bukan Islam tidak termasuk dalam golongan itu. Abu Hanifah dan lain-lain berpendapat harus diberi kepada Zimmiy.
Syarat Ketiga: Merdeka. Imam Malik, al- Syafi'iy dan Ahmad mensyaratkan penerima kaffarah mestilah merdeka dan tidak sah hamba. Namun terdapat fuqahak yang berpendapat harus diberi kepada hamba mukatab.
Syarat Keempat: Penerima mestilah orang yang boleh makan sekiranya kaffarah yang dikeluarkan itu dalam bentuk makanan.
Syarat Kelima: Penerima bukan usul atau furu' atau orang yang wajib ditanggung nafkahnya oleh pembayar kaffarah. Maka tidak sah membayar kaffarah kepada ibu, ayah, anak dan isteri.
Syarat Keenam: Tidak memberi secara berulang-ulang. Tidak harus membayar kaffarah kepada seorang individu sahaja dengan memberinya satu cupak sehari selama sepuluh hari, atau memberi pakaian kepada seorang miskin sepuluh kali.
Syarat Ketujuh: Tidak harus dikurangkan habuan setiap orang dari yang sepatutnya seperti memberi makanan kepada 20 orang miskin setengah cupak setiap seorang.
Syarat Kelapan: Tidak boleh digabungkan antara dua jenis kaffarah atau lebih seperti memberi makanan kepada lima orang miskin dan pakaian kepada lima yang lain.
Petikan dari Kitab al-Aiman wa al-Nuzur, Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris, Dar al-Arqam, Amman 1988.

Monday, June 15, 2009
PENCARIAN
Sekian lama ku cari
Di ketika aku tegak berdiri
Menghadap wajah
Mengusung hati nan kosong
Mengerah minda nan hampa
Ku cari lagi
Di ketika badan ku rukuk membongkok
Mataku rapat terkatup
Mengesan rasa yang mula mengensot
Di celah-celah lipatan hati
Namun ia segera pergi dan menyepi
Ku cari dan cari
Di ketika dahiku mencecah bumi
Mengumpul tangan dan kaki
Kejap rapat menekan bumi
Ada lintasan mengintai-intai
Namun tiada jua mendekat rapat
Aku terus mencari
Di ketika aku bersimpuh
Kumat kamit mulutku melafaz kata
Yang telah lekat terpahat
Seketika hati rasa tercuit
Namun terus sirna sebelum tersapa
Ku cari dan cari
Menyahut asakan rindu yang tak tertanggung
Rindu oh rindunya kepada
Kemanisan ibadah
Kelazatan khusyuk
Nyamannya belaian
Cinta Maha Esa
Kota Bharu
09.06.09

Saturday, June 13, 2009
FATHI YAKAN DALAM KENANGAN
Semalam, sabtu 13 Jun 2009 dunia telah kehilangan seorang ‘alim dan da’i yang berwibawa al-Ustaz Fathi Yakan yang telah menyumbang timbunan karya yang amat besar nilainya kepada dakwah dan perpustakaan Islam. Kenyataan rasmi mengenai kewafatan beliau telah dikeluarkan oleh pejabat beliau di Beirut berbunyi: Inna lillah wa inna ilaiHi raji’un. Sesungguhnya airmata pasti menitis, hati pasti merasa sedih, sesungguhnya kami, wahai Syaikh di atas perpisahan ini amat terguris. Namun kami tidak mampu berkata selain daripada apa yang diredhai oleh Rabb kita. Kami sampaikan kepada kalian semua, dengan penuh redha dan pasrah, berita kewafatan pendakwah Islam yang besar, Dr. Fathi Yakan Rahimahullahu Ta’ala.
Dr. Fathi Yakan adalah Presiden Jabhah al-‘Amal al-Islamiy di Lubnan. Dilahirkan pada 9 February 1933 di Tarablus Lubnan. Berkahwin dan memiliki empat orang puteri dan seorang putera. Memperolehi ijarah kedoktoran dalam bidang pengajian Islam dan Bahasa Arab.
Terlibat secara aktif di dalam gerakan Islam di Lubnan sejak tahun 1950an dengan menggabungkan diri di dalam Jamaah Islamiyyah (Ikhwan Muslimun). Beliau diamanahkan beberapa jawatan penting di dalam jamaah sehingga ke tahap setiausaha agung. Beliau telah melepaskan jawatan setiausaha agung apabila menang di dalam pilihanraya umum pada tahun 1992 .
Belaiu telah menulis lebih daripada 35 buah buku, di mana kebanyakan buku-buku tersebut telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa. Antara karya beliau yang terkenal ialah:
1. Permasalahan Dakwah dan Pendakwah
2. Bagaimana Menyeru kepada Islam?
3. Ke Arah Gerakan Islam ’Alamiy Yang Satu
4. Encyclopedia Gerakan Islam (2 juzuk)
5. Apa Ertinya Saya Menganut Islam
Dan banyak lagi.
Semoga Allah menerima kepulangan beliau ke pangkuan Maha Pencipta dan menempatkannya di sisiNya bersama hamba-hambaNya yang soleh. Amin.
Wednesday, June 03, 2009
MUTIARA KATA
Mutiara kata
Hasil pengalaman dan renungan orang tua-tua
Semalam mereka telah menanam
Hari ini kita mengutip buahnya
Hari ini kita menanam
Esok anak cucu kita bakal mengutip buahnya pula
Kita semua seperti bulan, ada bahagian yang gelap.
Kawan yang kamu beli dengan hadiah, suatu hari nanti orang lain akan membelinya dengan hadiah juga
Rahsia yang menyebabkan kamu tidak disenangi ialah kamu bercakap dalam semua perkara.
Ramai orang dengki terhadap kamu adalah satu pengiktirafan terhadap pencapaian kamu
Kita mesti menyediakan kubur untuk mengebumikan kesalahan kawan-kawan
Kehebatan seseorang dinilai pada sejauh mana dia dapat memaafkan orang yang berbuat salah terhadapnya.
Seorang ibu berharap anak perempuannya akan berkahwin dengan lelaki yang lebih baik dari ayah, tetapi dia tidak percaya anak lelakinya akan berkahwin dengan wanita yang lebih baik dari ibu.
Jika kamu sering menceritakan tentang diri sendiri, itu menunjukkan kamu tidak mempunyai kayakinan diri.
Kalau kita menyebarkan keburukan seseorang, lebih cepat dipercayai berbanding jika kita menyebarkan kabaikannya.
Sesiapa yang memperdengarkan kamu kata-kata yang bermadu, dia akan menyuapi kamu sudu yang kosong.
Jika kamu membiasakan diri memarahi semua perkara yang kamu tidak senangi, maka kamu tidak akan menemui ketenangan selama-lamanya.
Rahsia kejayaan hidup bukan kamu buat apa yang kamu suka, sebaliknya kamu suka apa yang kamu buat.
Sesiapa yang menjadi sebab orang lain bahagia, sesungguhnya dia telah mencapai kebahagiannya yang sebenar.
Kekaguman seseorang terhadap diri sendiri adalah bukti kelemahannya.
Meski setinggi manapun status social seseorang gadis, kerja rumah tetap merupakan perkara yang asasinya baginya.
Alangkah manisnya tidur kalau dapat memilih mimpi
Sesiapa yang bercakap tentang dirinya apa yang dia suka, manusia akan bercakap tentangnya apa yang dia tidak suka
Bukti seorang pemimpin itu berjiwa rakyat ialah dia dikasihi rakyatnya selepas dia meninggalkan jawatannya sebagaimana mereka mengasihinya semasa dia memegang jawatan.
Kadang-kadang manusia itu dibenci bukan kerana kelemahannya, tetapi kerana kelebihannya.
Jangan kamu membebankan diri dengan kerisauan tentang hari esok. Mungkin apa yang kamu risaukan itu tidak akan berlaku, sebaliknya kerisauan itu hanya menjadi penghalang untuk kamu menikmati kegembiraan hari ini.
Rahsia di dalam hati seorang wanita laksana racun. Kalau dia tidak meluahkannya ia boleh membunuhnya.
Sifat malu pada wanita lebih menarik dari kejelitaannya.
Tidak ada sesuatu yang dapat mengangkat darjat wanita di dunia ini selain kesucian diri dan maruahnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)