Wednesday, June 03, 2009

MUTIARA KATA

Mutiara kata
Hasil pengalaman dan renungan orang tua-tua
Semalam mereka telah menanam
Hari ini kita mengutip buahnya
Hari ini kita menanam
Esok anak cucu kita bakal mengutip buahnya pula


 Kita semua seperti bulan, ada bahagian yang gelap.
 Kawan yang kamu beli dengan hadiah, suatu hari nanti orang lain akan membelinya dengan hadiah juga
 Rahsia yang menyebabkan kamu tidak disenangi ialah kamu bercakap dalam semua perkara.
 Ramai orang dengki terhadap kamu adalah satu pengiktirafan terhadap pencapaian kamu
 Kita mesti menyediakan kubur untuk mengebumikan kesalahan kawan-kawan
 Kehebatan seseorang dinilai pada sejauh mana dia dapat memaafkan orang yang berbuat salah terhadapnya.
 Seorang ibu berharap anak perempuannya akan berkahwin dengan lelaki yang lebih baik dari ayah, tetapi dia tidak percaya anak lelakinya akan berkahwin dengan wanita yang lebih baik dari ibu.
 Jika kamu sering menceritakan tentang diri sendiri, itu menunjukkan kamu tidak mempunyai kayakinan diri.
 Kalau kita menyebarkan keburukan seseorang, lebih cepat dipercayai berbanding jika kita menyebarkan kabaikannya.
 Sesiapa yang memperdengarkan kamu kata-kata yang bermadu, dia akan menyuapi kamu sudu yang kosong.
 Jika kamu membiasakan diri memarahi semua perkara yang kamu tidak senangi, maka kamu tidak akan menemui ketenangan selama-lamanya.
 Rahsia kejayaan hidup bukan kamu buat apa yang kamu suka, sebaliknya kamu suka apa yang kamu buat.
 Sesiapa yang menjadi sebab orang lain bahagia, sesungguhnya dia telah mencapai kebahagiannya yang sebenar.
 Kekaguman seseorang terhadap diri sendiri adalah bukti kelemahannya.
 Meski setinggi manapun status social seseorang gadis, kerja rumah tetap merupakan perkara yang asasinya baginya.
 Alangkah manisnya tidur kalau dapat memilih mimpi
 Sesiapa yang bercakap tentang dirinya apa yang dia suka, manusia akan bercakap tentangnya apa yang dia tidak suka
 Bukti seorang pemimpin itu berjiwa rakyat ialah dia dikasihi rakyatnya selepas dia meninggalkan jawatannya sebagaimana mereka mengasihinya semasa dia memegang jawatan.
 Kadang-kadang manusia itu dibenci bukan kerana kelemahannya, tetapi kerana kelebihannya.
 Jangan kamu membebankan diri dengan kerisauan tentang hari esok. Mungkin apa yang kamu risaukan itu tidak akan berlaku, sebaliknya kerisauan itu hanya menjadi penghalang untuk kamu menikmati kegembiraan hari ini.
 Rahsia di dalam hati seorang wanita laksana racun. Kalau dia tidak meluahkannya ia boleh membunuhnya.
 Sifat malu pada wanita lebih menarik dari kejelitaannya.
 Tidak ada sesuatu yang dapat mengangkat darjat wanita di dunia ini selain kesucian diri dan maruahnya.

No comments: